Friday, June 16, 2017

'Takyah nak cover sangat muka korang'!

'Takyah nak cover sangat muka korang, masa korang buat anak sedara aku tak fikir plak perasaan keluarga kitorang'
KUALA LUMPUR - Terdahulu, enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, pada Mei lalu. 

Bagaimanapun, ibu saudara mangsa, Kelly Lim, memuat naik gambar lima suspek terbabit dengan kapsyen berikut:

"Tak payah nak cover sangat muka korang. Bila naik court, tahu pula korang nak tutup muka bagai. Sebab apa? Baru nak fikir hati dan perasaan keluarga ke atas perbuatan korang. 

"Masa korang buat anak saudara aku itu, korang tak fikir pula perasaan keluarga kitorang semua, kan? Terutamanya mak dan ayah arwah Zulfarhan. 

"Berani buat, berani tanggung. Kau rembat anak saudara aku sampai hilang nyawa. Kami semua mendoakan korang mendapat balasan setimpal. 

"Kalau ikutkan hati kami satu keluarga akan buat macam mana korang buat pada arwah. Tetapi kami masih ada iman walau sebesar zarah. Jadi hanya pada Allah kami mohon agar korang digantung sampai mati," tulis Kelly 12.23 pagi tadi. 

Gambar-gambar yang dimuat naik itu telah dikongsi 15,912 pengguna Facebook dan 23,000 lebih likes yang rata-rata netizen kesal dengan kejadian buli yang menimpa mangsa. 
 
 
 
 
Dalam kejadian 21 Mei lalu, mangsa telah dituduh mencuri komputer riba sebelum dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju. Selain itu, beberapa bahagian badan mangsa turut ditekap dengan seterika wap sehingga parah. 

27 Mei, keadaan mangsa semakin parah dan mengadu sakit badan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada malam 31 Mei. 

Keenam-enam suspek telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 

Laporan berkaitan:

Arwah dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap

- sumber

4 comments:

  1. seksyen 3o2 itu didakwa hanya untuk sejukkan hati orang tua si mati... nanti tukar balik 304 membunuh tanpa niat..maka bebaslah si pembunuh dengan ketawa riangnya.. alasan teknikal nanti seterika bukan senjata, hanya untuk melicinkan pakaian. Kadang-kadang plot macam ni boleh dibaca awal-awal lagi, peguam bijak alihkan keadaan..nak carik makan. Bagi aku mereka ini tidak seharusnya berada di UPNM dan mereka mesti dihukum bunuh kerana mereka membunuh. Jika dijatuhkan hukum bunuh, maka kes ini jadi tauladan dan pengajaran kepada ratusan pelajar-pelajar dan pegawai dalam UPNM dan institusi lain yang berkenaan.
    Tengok muke muke pon memang patut dibunuh juge. Apapun jika tuhan masih memanjangkan umur mereka..selamatlah.
    Jika kite kesian kepada mereka bagaimana dengan simati? dahlah mati dibunuh dan diseksa.. Kita sama-sama tunggu.

    ReplyDelete
  2. Lembaga tatatertib universiti juga perlu membuat perbicaraan dalaman kepada suspek-suspek yang telah dibebaskan dari tahanan reman. Ini adalah kerana mereka juga terlibat dalam kes membuli, cuma tiada kes prima facie yang boleh mengaitkan mereka dengan kesalahan pembunuhan. Jika terbukti mereka terlibat dengan perlakuan membuli mangsa, tentu terdapat tindakan yang boleh dikenakan samada diberi amaran atau membayar denda atau digantung pengajian selama tempoh tertentu ataupun disingkir dari universiti, tertakluk kepada AUKU.

    ReplyDelete
  3. apa saja perbuatan merbahaya yang mengakibatkan kematian tak perlu nak dikira sebagai tak senagja
    gajah pung kalau dipukul ramai ramai mati jugak
    tak perlu bela penjinayah yang patut dibela mangas bunuh
    nyawa bayar nyawa mata bayar mata
    tu belum kerja lagi kalau kerja ada pangkat sikit lagi ganas pada orang bawah
    kalau la penjinayh ni ada kaitan ngan oranag besar lagi pulak lain ceritanya
    sapa tak kenai budaya negara ni memang ngok la
    macam tu jugakla tahanan yang dipukul ramairamai dalam lokap bila mati tahanan tersebut mula cari n guna segala kuasa untuk tutup angakar jahat sipelaku

    ada kes pendakwa raya dikatakan tak cekap bila tok dalang kes bunuh terlepas
    mana mungkin tak cekap berpuluh tahun buat kerja tu dah tau selok belok pendakwaan dimahkamah
    kalau bukti dibawa memang sengaja tak lengkap memanglah kena tolak oleh hakim
    kat dunia boleh temberang kat akhirat mana mau lari oi manusia yang jahat

    Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.

    ReplyDelete
  4. Kesian gak kat ibu bapa yg kena bunuh.. Harapan agar anak belajar di UPNM, tapi UPNM hantar mayat balik ke rumah...

    ReplyDelete