Wednesday, 21 June 2017
KARTUN APAKAH INI?
Hari ini (Rabu) jam 10 pagi, bekas Pengerusi Felda Global Ventures atau FGV, Isa Samad dan isterinya, Bibi Shahriza Mohd Khalid dilaporkan akan hadir ke pejabat SPRM dinPutrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadap syarikat tersebut.
Kehadiran mereka difahamkan adalah atas arahan SPRM setelah sebelum ini agensi tersebut turut melakukan serbuan ke pejabat FGV di Menara Felda.
Bagi sesetengah pihak, tentu ada yang gembira dengan perkembangan ini kerana seolah-olah Isa dan isterinya akan disiasat dan selepas itu mungkin akan didakwa oleh agensi penguatkuasa anti rasuah itu.
Tambahan lagi, cerita-cerita yang berlegar dari mulut ke mulut mengenai mereka bukan sedikit diperkatakan oleh orangramai sejak Isa menerajui Felda dan FGV lagi.
Benarkan Isa dan isterinya yang bakal disiasat?
Jika benar Isa dan isterinya yang sedang disiasat oleh SPRM, keadaan ini benar-benar umpama cerita kartun kerana bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu baru saja dipindahkan daripada FGV ke SPAD atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada Isnin lalu.
Perpindahan itu dilakukan oleh Najib Razak sebagai tindakan untuk meredakan kemelut FGV yang sedang berlaku antara Isa dengan CEOnya, Zakaria Arshad yang dikini digantung tugas dan berdepan proses siasatan dalaman.
Dalam pertemuan dengan Isa pada pagi Isnin, Najib dilaporkan memujuk Isa supaya bersetuju berundur daripada FGV dengan janji akan diberikan jawatan baru di SPAD.
Pengerusi SPAD sebelum ini ialah Syed Hamid Albar, tetapi beliau sudah pun mengumumkan pengundurannya pada 3 Jun lalu.
Lantaran bersetuju dengan tawaran Najib itulah Isa meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FGV beberapa jam kemudian dan disusuli dengan pengumuman oleh Pejabat Perdana Menteri mengenai perlantikannya sebagai Pemangku Pengerusi SPAD.
Tawaran dan perpindahan ke tempat baru sebagaimana yang diusulkan oleh Najib dikhabarkan diterima dengan gembira dan senang hati oleh Isa.
Dengan demikian perjalanan ceritanya, adakah logik jika Isa yang baru saja diberikan jawatan di SPAD, tiba-tiba disiasat pula oleh SPRM?
Lebih tidak logik jika Isa juga akan didakwa di mahkamah kerana kiranya semua itu berlaku, Najib dengan sendirinya telah memalukan dirinya sendiri lantaran "orang kesayangannya" yang baru tiga hari dianugerahkan jawatan untuk memimpin sebuah agensi kerajaan, kini terpaksa berdepan suatu proses lain iaitu pengadilan.
Oleh kerana SPRM berada di bawah kekuasaan Perdana Menteri dan kuasa melantik pengerusi agensi kerajaan juga hak Perdana Menteri, adalah lebih munasabah kiranya Isa yang mahu disiasat, lebih-lebih jika sampai ke peringkat pendakwaan, Najib bertindak menangguhkan dahulu perlantikannya menerajui SPAD sehingga agensi penguatkuasa anti rasuah itu selesai menjalankan siasatan berkaitan FGV.
Hanya setelah Isa didapati tidak terlibat dengan sebarang salah laku di FGV oleh SPRM, barulah perlantikannya dibuat untuk menerajui SPAD.
Oleh itu, untuk apa Isa hadir ke SPRM?
Selain mungkin kehadiran beliau adalah untuk diambil keterangannya berhubung siasatan SPRM tentang urusniaga antara Safitex dengan Delima Oil Products yang melibatkan kemungkinan ada salah laku oleh Zakaria, kebarangkalian lain ialah ini merupakan satu bentuk "gertakan halus" terhadap Isa.
Serentak dengan pengumuman pertukaran Isa ke SPAD pada Isnin lalu juga, Pejabat Perdana Menteri turut mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Lembaga Pengarah FGV menggantung jawatan Zakaria dan tiga yang lain dengan alasan mereka ada alasan yang munasabah untuk berbuat demikian.
Ia secara tidak langsung merupakan sokongan terbuka Najib terhadap tindakan Isa menggantung jawatan Zakaria dan ternampak sangat mustahil kalau ia disusuli dengan membenarkan siasatan terhadap bekas Pengerusi FGV itu.
Berhubung kebarangkalian "gertakan halus" terhadap Isa, jika pun siasatan itu melibatkan beliau dan isterinya, ia mungkin hanya sekadar siasatan semata-mata.
Selagi Isa "menunjukkan kesetiaan" terhadap Najib dan "tidak lawan tauke" beliau bukan saja akan terus kekal di SPAD, bahkan akan "selamat" sampai bila-bila. (ShahbudinHusin 21/06/2017).
Posted by Shahbudin Husin at 05:48

No comments:
Post a Comment