Friday, June 2, 2017

Penabur fitnah beserban: siPengecut yang cuba lari dari bertanggung jawab

DAP lapor polis, YDP PAS Gombak padam status fitnah
01 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Shukri bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis. Foto Roketkini

Keceluparan Yang Dipertua (YDP) Pas Gombak, Salehhuddin Nasir memuat naik status berunsur fitnah di laman facebook mengundang padah apabila Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membuat laporan polis.

Laporan polis itu dibuat aktivis DAPSY Subang Shukri Mokhtar di  Balai Polis Damansara.

Ini ekoran kenyataan fitnah Sallehuddin kononnya pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menaja pesta arak dan onani di negeri tersebut.

Salehhuddin juga digesa supaya membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin DAP yang berbuka puasa dengan masyarakat Islam sehingga menimbulkan polemik tidak sihat di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut Shukri, perbezaan pandangan adalah perkara biasa namun ia bukan bererti seseorang itu boleh melakukan apa sahaja.

"Saya sedih melihat YDP Pas Gombak memulakan bulan mulia ini dengan fitnah dan juga penyebaran berita palsu. Saya cabar beliau untuk beri bukti dan hujah, bahawa DAP pernah menganjurkan pesta arak dan pesta onani.
"Jika kopiah dan serban itu dianggap sebagai lesen untuk menfitnah dan memaki hamun, maka tidak terkejutlah kita hari ini, YDP Pas Gombak, Ustaz Salehhuddin Nasir melakukan seperti yang sedemikian," katanya.
Menurutnya, budaya politik yang dibawa pemimpin Pas itu perlu dihentikan mengikut jalur undang-undang.
“Kes ini bukan lagi sekadar perselisihan politik tapi pelanggaran undang-undang melibatkan fitnah dan penyebaran berita palsu,” kata Shukri.
Sementara itu, berdasarkan carian di facebook, status Salehhuddin berhubung fitnah pesta onani dan arak di Pulau Pinang itu telahpun  dipadamkan.
Dalam kemaskini facebook terbarunya, Salehhuddin berkata oleh kerana status tersebut telah menimbulkan polemik dan kekeliruan serta kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden Pas, ianya telah dipadamkan.
“Maka saya dengan ini memohon maaf sekiranya status tersebut telah mengakibatkan suasana tidak harmoni kepada semua lapisan masyarakat,” tulis Salehhuddin.
* Kononnya menyorok di sebalik kenyataan Timbalan Presiden PAS yang terbaru

4 comments:

  1. Saman dan tindakan mahkamah adalah perlu kerana ianya bukan sahaja melibatkan fitnah. Ia juga boleh mencetus ketegangan kaum dan agama dan juga mewujudkan keadaan yang menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia keseluruhannya.
    Saman dan tindakan mahkamah juga adalah perlu sebagai tauladan dan bukan atas persepsi pegangan politik. TQ Peguam Pencen.

    ReplyDelete
  2. Ciri2 lebai sarkas antaranya taat membuta tuli dan bacul..

    ReplyDelete
  3. Segarang salehudin gombak. Akhirnya bacol kecut telor. Ayuh dap. Terus saman ke mahkamah. Mana bole minta maaf free. Mesti bayar minima rm500k. Pejuang islam butir tahik hadi awe. Bior dio mufliss. Tk leh pegang ydp gombak. Ako dah kenal lamo dio ni. Ngaji pondok dah habiss blom? Bekas kerani bank islam kan? Hihihi

    ReplyDelete
  4. Ehh ostaz ni suko minom n onani ker? Lancang benor mulut sebut. Agaknya onani mcm tantowi al germani. Kalo onani demam pon boleh kebah. Hahaha

    ReplyDelete