Saturday, June 17, 2017

Betapa 'ngok'nya Arab!

Jika negara Arab tidak insaf, Qatar bakal ulangi episod Iraq
16 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Seorang warga Qatar bersiar siar di tepi pantai dekat Dhoha

Jika dahulu negara-negara Arab pernah bersatu di bawah Amerika Syarikat dan Israel bagi menyerang Iraq, adakah sekarang mereka mengulanginya semula untuk menyerang Qatar?

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, pergeseran Arab Saudi, UAE, Mesir, Bahrain dan negara lain yang cuba memboikot Qatar dengan memutuskan hubungan diplomatik adalah berpunca dari adu domba yang dirancang Amerika dan Zionis.

Sehubungan itu, beliau hairan dengan sikap orang Arab dan orang Islam yang tidak insaf dengan apa yang pernah berlaku.

"Cukuplah kita salahkan orang lain sebaliknya orang Islam sendiri hendaklah pergi ke meja rundingan bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Menurut beliau, Israel diwujudkan di tengah-tengah negara Arab dengan merampas tanah dan mengusir penduduk Palestin dan diiktiraf kewujudannya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1948.

Negara-negara Arab, katanya tidak pernah sepakat untuk menghadapi Zionis Israel sekalipun membaca al-Quran tetapi tidak ambil peduli amaran dan pengajaran di dalamnya.
Beliau menyarankan negara Islam bukan Arab seperti Turki dan Pakistan tidak berdiam diri dengan apa yang berlaku dan mencari jalan kembali ke meja rundingan.
"Jangan biarkan negara Arab yang kaya ini menjadi kuda tunggangan kepada Amerika dan Israel. Malangnya mereka sendiri tanpa segan silu mengaku lebih menjadi sahabat kepada Amerika dan Israel dari negara Islam lain," tegasnya.
Tambah beliau, usaha pelbagai pihak untuk membawa Qatar dan Arab Saudi ke meja rundingan perlu disokong.

"Jangan biarkan sepanjang zaman zionis Israel dan Amerika menguasai Timur Tengah dan meletakkan orang Islam dihina dan malang atas pertelingkahan mereka," katanya.

1 comment:

  1. Melayu bangang pentaksub arab sanggup ke timur tengah untuk mati. Saudara seagama konon. Bangsa suci konon pasal Nabi pun orang arab. Abu Jahal tu pun orang arab tapi buat buat lupa pasal otak melayu pentaksub ni dah terbantut! Kalau diperhatikan kat timur tengah tu kebanyakan konflik lebih kepada nasionalis kepuakan arab aje. Hari tu aku tanya makcik arab tu sapa yang jadi pengkhianat kat bangsa Palestin kalau bukan bangsa arab jugak..! Kalau begitu sikap khianat arab mengapa pulak orang lain nak bersusah hati? Arab ni la sebesar besar munafik! Terkedu makcik tu sambil terhangguk hangguk.. puuih!

    ReplyDelete