Saturday, June 24, 2017

Kenapa sehingga begini?

Aduh...jangan malukan diri sendiri Tok Guru!!!
24 Jun 2017 | SHAHBUDIN HUSSIN

Umpama hadiah hari raya kepada Najib Razak, Presiden Pas, Hadi Awang dalam tulisan terbarunya berkata, isu 1MDB perlu diselesaikan secara dalaman tanpa menjemput pihak asing untuk menyelesaikannya.

“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.

“Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim pihak dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,” katanya.

Tambah Hadi lagi, pihak asing selama-lamanya hanya mencari peluang untuk menjaga kepentingan mereka, walaupun mengorbankan rakyat Malaysia.

Aduhhh...adakah Tok Guru Hadi Awang sebenarnya benar-benar tentang isu 1MDB ini sehingga menulis sedemikian rupa?

Kenapa memalukan diri sampai begitu sekali?

hadi TMIKenapa Tok Guru yang berpengetahuan agama dan tahu halal haram sesuatu perkara boleh mengeluarkan kenyataan yang bagaikan "lebih UMNO daripada luahan hati perut pemimpin UMNO sendiri"?

Mengaitkan penyiasatan terhadap 1MDB dengan campurtangan asing hanya merendahkan pemikiran Tok Guru sehingga sama taraf dengan Annuar Musa dan Salleh Said Keruak yang semua orang tahu pangkat dan jawatan yang diperolehi mereka semata-mata kerana kuat mengampu saja?

Adakah Tok Guru juga sedang mengampu Najib?

Tok Guru, penyiasatan oleh beberapa negara terhadap skandal 1MDB tidak sama-sekali bermakna jemputan kepada kuasa asing untuk campurtangan, tetapi kerana jenayah berkenaan dilakukan di negara berkenaan?

Di Singapura, beberapa hukuman telah dijatuhkan dan bank ditutup, di Switzerland dan Luxembourg pula ada bank telah didenda dan Amerika melalui DOJ, proses penyitaan harta sedang dalam prosesnya, ia berlaku bukanlah kerana kita menjemput mereka, sebaliknya kerana kesalahan berkaitan penipuan serta penggubahan wang haram telah berlaku di negara-negara tersebut?

Tanpa dijemput pun, jika jenayah berlaku di negara mereka, tindakan tetap akan diambil oleh berdasarkan undang-undang yang mereka ada tanpa mengira di Malaysia dekat dengan tarikh pilihanraya atau tidak?

Selain itu, sudahkah Tok Guru membaca kenyataan Kedutaan Amerika dua hari lalu yang amat jelas dan mudah untuk difahami.

Jurucakapnya memberitahu, tindakan DOJ berkaitan 1MDB tidak sama-sekali bermaksud campurtangan asing, tetapi suatu inisiatif melindungi pasaran dan sistem kewangan Amerika daripada penipu wang.

"Matlamatnya adalah untuk mendapatkan semula aset dan mengembalikannya demi faedah negara yang terjejas, jelas jurucakap itu lagi.

Adakah Tok Guru faham mengenainya?

Tak malukah Tok Guru kepada pihak berkuasa negara lain yang ingin mengembalikan harta-harta hasil wang yang dicuri kepada kita, tetapi kita sesedap mulut pula mengatakan ia seolah-olah campurtangan asing?

Tok Guru juga harus faham dengan pemecatan secara mengejut Gani Patail sebagai Peguam Negara dan digantikan dengan Apandi Ali, harapan untuk melihat sebarang salah laku 1MDB dibawa ke mahkamah sudah tertutup sama-sekali.

Lihat saja banyak tindakan beliau sejak memegang jawatan itu, peranannya lebih untuk menyucikan 1MDB daripada menegakkan keadilan demi kepentingan rakyat dan negara.

Apa lagi harapan kita?

Satu-satunya ialah melalui mahkamah rakyat seperti yang turut disebut oleh Tok Guru sendiri.

Tetapi, di mana pula pendirian Tok Guru dalam perkara itu?

Kenapa Tok Guru sendiri lebih condong kepada Najib yang seluruh dunia tahu 1MDB itu adalah "anak kesayangannya" dan Jho Low yang berperanan mencatur segala-galanya pula adalah rakan karib keluarganya? (ShahbudinHusin 24/06/2017)

Kaitan: Amanah sedih Hadi guna Islam pertahan kerajaan pencuri dan perompak

7 comments:

  1. Sangat menyedihkan Kerana tok guru Ini tidak diberi info yang lengkap atau 'memang sikap buruk sangka sudah membusut dihatinya.
    Selayaknya ilmu tok guru ini hanya utk mengajar fekah dan ilmu agama disurau saja.
    Dia tidak dapat mentelaah dan memahami sistem dan peraturan dunia lain.
    Bertambah malang lagi, dia ini adalah dilantik sebagai ketua dan pemimpin.
    Dia ni boleh membawa kesejahteraan dan juga boleh membawa kehancuran jika tersilap langkah. Sekian-Ancient Mariner

    ReplyDelete
  2. Tuk guru kepala bana..
    Lebai sarkas ada la

    ReplyDelete
  3. Sebodoh bodohnya kita..hadi hadi..

    ReplyDelete
  4. Hadi Awang menceburkan diri dalam persada politik hanyalah untuk mendapatkan elaun wakil DUN dan Parlimen, tidak lebih dari itu. Sekarang dia kebulur hendak menjadi ketua pembangkang, untuk tambahan elaun lagi. Dia hanya bermodalkan pengetahuannya dalam bidang agama sebagai senjata yang rela dilacurkannya untuk mendapatkan sokongan ramai walaun seperti Wan Rosli.

    ReplyDelete
  5. Dgn semua bukti yg ada, dgn semua benda yg telah n sedang berlaku di negara2 luar (yg bkn islam pemerintah2nya - paling dekat singapura), dgn kenyataan doj bhwa fakta2 mereka jika dibawa ke mahkamah di sana adalah kukuh n boleh menang, takut kita menjual akhirat yg kekal abadi untuk dunia yg sementara..tp sy bkn lebai bkn ustaz apa lg tuan guru..wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. Dgn semua bukti yg ada, dgn semua benda yg telah n sedang berlaku di negara2 luar (yg bkn islam pemerintah2nya - paling dekat singapura), dgn kenyataan doj bhwa fakta2 mereka jika dibawa ke mahkamah di sana adalah kukuh n boleh menang, takut kita menjual akhirat yg kekal abadi untuk dunia yg sementara..tp sy bkn lebai bkn ustaz apa lg tuan guru..wallahua'lam

    ReplyDelete