Sebahagian keluarga penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 22 Mei lalu menunggu diluar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. – Foto ihsan Malaysia Gazette
Enam pelajar didakwa kes bunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR 14 Jun 2017 – Suasana tegang, sesak dan air mata menyelubungi Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini hari ini kerana perbicaraan bagi kes bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Kawasan dalam, perkarangan dan lobi mahkamah dipenuhi keluarga dan saudara lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa bagi siasatan kes tersebut.
Setiap ruang di dalam kamar mahkamah di bahagian tempat duduk awam dipenuhi ibu bapa, saudara mara tertuduh yang sudah menunggu sejak dari pukul 9 pagi tadi.
Pertuduhan bagi kes itu yang sepatutnya berlangsung jam 11 pagi namun lewat ekoran berlaku gangguan sistem di bahagian pendaftaran mahkamah.
Bagaimanapun pertuduhan itu hanya berlangsung kira-kira jam 2.45 petang dan kesemua tertuduh di bawa masuk ke dalam kamar mahkamah dengan masing-masing tangan bergari dan digandingkan bersama tertuduh bagi kes-kes lain.
Berdasarkan pemerhatian MalaysiaGazette, ada beberapa wanita dipercayai ibu kepada tertuduh yang menangis teresak-esak selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan.
“Kesian diorang, meskipun bukan anak kita tapi dia budak lagi. Kenapalah sampai jadi macam ini,” bisik seorang wanita kepada suaminya yang duduk disebelah wartawan MalaysiaGazette sambil menangis teresak-esak.
Suasana para pelajar yang ditahan memandang ke arah orang yang hadir bagi mencari-cari ibu dan bapa mereka sambil bergenang air mata juga menambah suasana pilu dalam mahkamah.
Lima penuntut UPNM hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Zulfarhan pada Mei lalu.
Seorang lagi penuntut universiti berkenaan didakwa bersubahat dengan lima tertuduh terbabit.
Mereka didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu.
Arwah Zulfarhan, 21, merupakan penuntut tahun ketiga jurusan kejuruteraan elektrik UPNM.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun, selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan oleh beberapa rakan.
Mangsa memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di dada, tangan dan kakinya, dipercayai didera. – MalaysiaGazette via malaysianreview
KLIK BACA: Zulfarhan: Ibu mahu lihat wajah tertuduh dibicarakan kerana membunuh
* Aku juga tak boleh bayangkan betapa seksanya mangsa sebelum maut menjemput. Anak aku juga bekas penuntut UPNM

Ibubapa mengharapkan anak jadi sesorang yang berguna tetapi mayat dipulangkan dalam keadaan tersiksa....bagaimana perasaan anda.?
ReplyDeleteSaya percaya mereka mersaa angkuh, gagah, hebat semada menyiksa arwah.. Kini dapatkah keangkuhan itu menyelamatkan?
Saya juga percaya, akhirnya kes ini akan menjafi kes bunuh tanpa niat dan hukuman penjara seumur hidup.. Mska selamatlah si pembunuh-pembunuh kejam itu.... Lalu ibubapa pun bersykur.. Setelah sekian lama maka merekapun dapat pengampunan dan mereka suatu hari akan berbangga dengan kehebatan mereka melakukan buli hingga meragut nyawa... Sama sama kita tunggu. Ini Malaysia.. Semua boleh jafi.
kesian waris mangsa yang dah mati tu
ReplyDeleteakibat perbuatan kejam dari manuisa yang ikut nafsu jahat
memang padan pun dihukum
nyawa di bayar nyawa kecuali waris mangsa bagi kemaafan ikut hukum Islam
manusia makin jadi ganas dimana saja
tak perlu sedih pun pada manusia jenis ni
ganas jiwanya tak da langsung rasa kesian sewaktu mendenagr raungan dari si mangsa yang kesakitan akibat di tekap seterika panas
jika didapati bersalah hukum
jadikan satu berita diseluruh pusat pengajian dan lain lain tempat sebagai peringatan keras
jangan cuba mendera orang silap haribuilan
nayawa jadi taruhan
jika ada tahanan dalam lokap yang mati akibat diseksa pung jangan bagi muka lagi pada anggota yang terlibat
mana boleh tak tahu akibat dari perbuatan pukul tahanan terlalu terok akan merosakan sistem anggota badan tahanan dan akan mendatangkan
risiko mati
bila tahanan mati mulalah buat cerita tahanan sakit itu ini (ni semua cerita lama)
ibubapa jangan abaikan didikan terhadap anak anak secukupnya jangan hanya bangga dapat banyak aaa tapi perangai anak anak macam
inilah jadinya
waden asrama ni buat apa dalam tempoh mangsa sedang diseksa beberapa hari
.
ReplyDelete.
Dalam membesar menjadi remaja kepada se orang anak muda yang berguna ketika itu lah berkembangnya emosi, ego dan isi zat dalam aliran darahnya.
Minta lah dan ingat kan lah anak-anak supaya banyak menyebut nama Allah dan berselawat.
Insyaallah ketika dalam keadaan yang sama seperti itu anak kita di selamat kan oleh Allah.
.
ReplyDeleteBukan tidak memahami kesedihan dan pilu ibu dan ayah arwah tetapi jika di beri pilihan biar anak yang jadi mangsa dari anak yang jadi punca kematian.
Mengenang arwah air mata mengalir betapa siksa nya dia menanggung kesakitan berseorangan. Melihat anak-anak yang di bawa ke mahkamah air mata bergenang kerana betapa luluhnya hati ibu dan ayah.
Allahhuakbar. Allahhuakbar. Allahhuakbar.
kakau boleh biar ler yg betul2 bersalah dihukum gantung sampai mati itu ler saja jasa yg dpt mereka balas budi pd mangsa
ReplyDeleteLembaga tatatertib universiti juga perlu membuat perbicaraan dalaman kepada suspek-suspek yang telah dibebaskan dari tahanan reman. Ini adalah kerana mereka juga terlibat dalam kes membuli, cuma tiada kes prima facie yang boleh mengaitkan mereka dengan kesalahan pembunuhan. Jika terbukti mereka terlibat dengan perlakuan membuli mangsa, tentu terdapat tindakan yang boleh dikenakan samada diberi amaran atau membayar denda atau digantung pengajian selama tempoh tertentu ataupun disingkir dari universiti, tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Jangan dilepaskan mereka begitu sahaja kerana mereka pun sama bersubahat samada turut sama membuli atau sekadar memerhati sahaja tanpa usaha untuk menolong serta tidak segera melaporkan kejadian kepada warden. Sebagai penuntut di IPT, sudah tentunya mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk berfungsi ketika kejadian berlaku. Tidak mungkin mereka itu tengin macam Wan Rosli juga.
ReplyDelete.
ReplyDelete.
Jangan minta gantung sampai mati. Beri peluang mereka bertaubat dan menjalani hidup sebagai hamba Tuhan dalam penjara dengan hukuman seumur hidup
Memang sukar sebab mereka melakukan kezaliman. Tapi banyak faktor yang mempengaruhi kejadian tersebut sehingga mereka hilang pertimbangan.
Harapan ibu bapa mereka juga perlu di fikirkan.
Apa kah itu kehendak ibu bapa arwah ?
Memang mereka berhak tetapi mudah-mudahan lama kelamaan mereka di beri peluang bukan di maafkan. Lebih mulia jika di maafkan.
Wallahualam.
Kalau simati akibat dibuli itu adalah bapa atau abang atau anak kamu, adakah kamu masih akan memberikan hujah yang sama begini? Kamu langsung tidak memikirkan bagi pihak keluarga simati, sebaliknya kamu sibuk hendak membela penjenayah!
Delete