Pemimpin MCA akui arah pindah peniaga Bazar Ramadan Kluang tahun 2007
PEMIMPIN Parti Orang Cina Malaysia (MCA) mengaku bertanggung jawab meminta para peniaga Bazar Ramadan di Kluang berpindah ke tempat lain sepuluh tahun lalu iaitu pada tahun 2007.
Gan Peng Sieu yang ketika itu merupakan ADUN Barisan Nasional bagi DUN Mengkibol, Kluang Johor mendakwa tindakannya ketika itu sekadar menjalankan tugas bagi menyuarakan kebimbangan peniaga-peniaga berhubung kesesuaian tempat dan juga tempat-tempat alternatif lain yang ada untuk Bazar Ramadan.
Dua pemimpin Umno sebelum ini menuduh DAP yang menghalau peniaga Bazar Ramadan di Kluang, Johor sepuluh tahun lalu dalam tahun 2007.
PEMIMPIN Parti Orang Cina Malaysia (MCA) mengaku bertanggung jawab meminta para peniaga Bazar Ramadan di Kluang berpindah ke tempat lain sepuluh tahun lalu iaitu pada tahun 2007.
Gan Peng Sieu yang ketika itu merupakan ADUN Barisan Nasional bagi DUN Mengkibol, Kluang Johor mendakwa tindakannya ketika itu sekadar menjalankan tugas bagi menyuarakan kebimbangan peniaga-peniaga berhubung kesesuaian tempat dan juga tempat-tempat alternatif lain yang ada untuk Bazar Ramadan.
Dakwanya lagi, perkara itu menyebabkan kerajaan negeri Johor dan juga pihak berkuasa tempatan telah melakukan beberapa perubahan dan peraturan.
Bagaimanapun kata Naib Presiden MCA itu, selepas peristiwa terbabit, beliau telah melawat Bazar Ramadan berkenaan hampir setiap tahun, tanpa ada sebarang gangguan daripada peniaga-peniaga di situ.
Sumber — FMT
Perkara itu didakwa punca "Samseng Capang" dan "Samseng Botak" mengamuk menghalau petugas Pakatan Harapan yang sedang memberi sedekah kurma di Bazar Ramadan tersebut pada 10 Jun lalu.
- sumber
Kenapalah makin ramai ygkurang bijak ni dari johor aje. Aritu mat maslan ni pulak mp razali timb menteri n exco kanan jais. Nak tengok apa jwpn lepas dah silap fakta tuduh dap bantah bazar ni.. makin terselah kebodohanmu.
ReplyDelete