Pas: Pihak berkuasa Malaysia lebih mampu berbanding DoJ tapi...
17 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Pas percaya pihak berkuasa tempatan lebih berkemampuan daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, malangnya mereka kini sedang berhadapan 'halangan-halangan yang tidak boleh disebut'.
"Pasukan polis negara umpamanya yang kerjanya sebegitu cemerlang dalam mengesan aktiviti kehadiran para pengganas sudah tentunya mampu mengendalikan kes 1MDB.
"SPRM yang begitu rancak mengesan kegiatan rasuah antara penjawat awam walau kecil jumlahnya sudah pasti dapat membongkar segala yang berlaku di dalam 1MDB.
"Begitu juga dengan kemampuan Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara yang sudah diperakui ramai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru beliau berdoa agar pihak berkuasa tempatan diberikan keberanian untuk membongkar isu 1MDB.
"Cukuplah hidup dalam keadaan tangan dan kaki digari dan mata sekadar dapat terbeliak membiarkan kemungkaran yang besar berlalu manakala telinga terpaksa mendengar arahan untuk mengendalikan kemungkaran yang kecil," katanya.
DoJ dalam usaha untuk merampas pelbagai aset mewah bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang didakwa dibiayai wang dilesapkan daripada 1MDB.
Awal semalam, DoJ memfailkan permohonan merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ minggu ini merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.
Tuan Ibrahim juga berkata, kerajaan Malaysia perlu lebih cekap dan berupaya bertindak sendiri untuk mengelakkan sebarang campur tangan Amerika.
"Tapi apabila kita sendiri melengah-lengahkan siasatan, maka ruang campurtangan itu terbuka luas.
"Walaupun kes DoJ masih di peringkat tuduhan, nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low. Jika DoJ menawarkan satu jalan keluar untuk Jho Low dengan syarat beliau membongkar siapa di belakangnya, kemungkinan besar Jho Low akan mengambilnya dan ketika itu, segalanya akan terungkai," katanya.
Beliu juga kesal terhadap sikap pihak berkuasa yang seolah-olah melengahkan siasatan terhadap 1MDB ini.
"Sehingga kini, siasatan polis terhadap 1MDB masih tidak siap-siap. Siasatan yang dilakukan Ketua Audit Negara yang diserta bersama kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pula diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Peguam Negara kita pula bertindak seolah-olah beliau ialah peguambela individu dan bukannya negara. SPRM pula masih berdiam diri di dalam isu 1MDB. Dan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim pula telah menutup kes terhadap 1MDB," katanya.

ReplyDeleteLobai yg sekok nih nak tunjuk baik la konon
Berkokok bedegar2 ekor berselupat butir TAHIK tuan Ha ha
Takyah nak amik kesah 1MDB tu lah..yg curi 90juta kat depan mata tu, lu tutup dgn sorban ker?
Ingatkan mr presideng je keliru, timbalan pun keliru jugok.
ReplyDeleteMacamana ni? Baik pi bertapa kat dalam perigi buta laa!
tak lagi TITM akan ditendang keluar dari pas...tunggu dan lihat
ReplyDeleteSekarang ni, gua tengok, kredibiliti lebai-lebai parti cap bulan makin hari makin merudum, dan akan sampai waktunya parti itu dijauhi oleh rakyat, kecuali ahli-ahli dan penyokong taksub.
ReplyDeleteKenapa jadi begitu?
Pertamanya kerana kelemahan mr presideng sendiri dalam mengemudi parti.
Kedua, Pandangan mr presideng sentiasa tertinggal di belakang dalam membaca situasi politik negara. Kehebatannya, cuma tentang agama dan itu saja.
Ketiga: Mulutnya celupar dan berbau kohong, sangat suka memaki hamun terhadap orang yang dia tak suka. Dulu, yang dia lawan ialah umno, diheretnya penyokong supaya melawan umno dgn ungkapan-ungkapan jelek: munafiq, toghut, kapir
Sekarang, lawan utama dia ialah Amanah ... apa yang dia tak kata kpd orang-orang Amanah. Cth: barua, broker, pengkhianat, tolol
Kata-kata sebeginilah yg menunjukkan kekohongan mulutnya dan kerendahan akhlaknya!
Walaupun kohong, ianya diminati dan diikuti oleh ahli-ahli yang kurang akhlak.