Saturday, June 17, 2017

Tak ke malu weh?

Saturday, June 17, 2017
SPR patut rasa malu...

POJOK PETANG
Nak soal sikit sahaja. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan kedudukan Ting Tiong Choon (foto) sebagai Adun Pujut kekal. Ertinya dia masih sah sebagai wakil rakyat kawasan itu. Menurut hakim yang mengadili kes itu, perlucutan kedudukan Tiong Choon sebagai Adun itu tidak sah.

Ertinya pilihan raya ditetap oleh SPR 4 Julai depan tidak akan berlaku. Begitulah kira-kiranya.


Yang nak tanya sikit ialah kenapa, SPR tergesa-gesa mengumumkan pilihan raya perlu diadakan sedangkan Adun berkenaan masih ada peluang merayu kedudukannya kepada mahkamah dengan membawa saman pemula.


Kalau pun SPR dibawah pimpinan Hashim Abdullah budak Najib itu hendak tunjukkan rajin bekerja, cekap bekerja biarlah munasabah jangan sampai terdedah kebangangan sampai ke atas belakang.


Beliau patut menggunakan kedudukkan dan kuasanya untuk memberi peluang kepada Adun Pujut itu. Hashim patut pandai dan cekap mengira hari dan tempoh yang sepatutnya beliau panggil pilihan raya kecil. Jangan kerana terlalu hendak tunjuk kita rajin bekerja sampai akhirnya kita terpokai jadi bodoh bekerja.


Apakah SPR dengan ketergesaan itu ada saham untuk membantu BN di Sarawak khasnya dan amnya Najib Razak di Kuala Lumpur dengan mengira jika diadakan pilihan raya BN akan menang besar. Atau mahu jadikan pilihan raya kecil (Pirake) itu sebagai kayu ukur kedudukan pengaruh BN di Sarawak khasnya melibatkan kawasan dimenangi DAP. Begitukah?


Atau pun mungkin juga selepas diadakan kaji selidik akhir memberi gambaran kalau diadakan pilihan raya di kerusi itu, calon BN tetap juga tidak akan menang. DAP masih mampu mempertahankan kerusi berkenaan. Maka pilhan raya itu dikira tidak berbaloi bahkan memberi damage kepada BN dan Najib di Kuala Lumpur. Maka keputuan jadi begitu?


Suatu hal lain keputusan yang diterima oleh Adun Pujut itu perlu dihormati oleh semua pihak. Bahawa masih ada sisa-sisa keadilan dalam kehakiman kita dalam pada masa beberapa keputusan mahkamah dipertikaikan terutamnya yang ada kepentingan dengan kerajaan UBN.


Semoga lain kali Hashim Ibni Abdullah lebih berhati-hati dalam tindak tanduknya. Jangan kerana kita sedia untuk dituduh dan digelar apa sahaja, termasuk macai, maka kita bekerja sehingga menyerlahkan kedangkalan kita. [wm.kl.4:08 pm 17/06/17]


Posted by mohd sayuti Omar at 4:14:00 PM 

No comments:

Post a Comment