Monday, June 19, 2017

Terjejas teruk: Reputasi DoJ atau siapa?

'Reputasi DOJ terjejas teruk'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 19 JUN 2017
SHAH ALAM - Reputasi Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) terjejas teruk rentetan dakwaan badan itu, berkait isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa tidak berasaskan fakta dan tidak dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu.

Ini kerana menurut Senator Fahariyah Md Nordin, Malaysia melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudahpun menjalankan siasatan terperinci dan tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng 1MDB sepertimana didakwa DOJ.

"Kenyataan menghasut dari DOJ ini terus dikeluarkan tanpa sebarang asas dan bukti yang kukuh bagi mempengaruhi orang ramai khuusnya rakyat yang mudah mempercayai sesuatu tanpa diselidik terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan DOJ tiada bukti: 1MDB]

Sebelum ini, 1MDB menyifatkan tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan yang dibuat oleh DOJ, berkaitan penyelewengan dana syarikat itu.

Memetik laporan portal tempatan, 1MDB berkata, tuntutan mahkamah sivil itu tidak mengandungi sebarang lampiran bukti atau kenyataan saksi untuk menyokong dakwaan yang dibuat oleh DOJ.

Terdahulu, DOJ mengumumkan saman pelucuthakan sivil terbarunya untuk merampas ASD540 juta dalam aset yang dibeli dengan dana didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Pemfailan pertama bagi pelucuthakan aset bernilai ASD1 bilion dibuat pada 21 Julai tahun lalu, dengan penyiasat AS berkata, rakyat Malaysia telah ditipu pada skala besar-besaran.

Ketika itu, mereka mengumumkan lebih AS$3 bilion didakwa diselewengkan daripada 1MDB dan berusaha untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset haram.

Dalam satu kenyataan, iaitu yang ketiga dan terbaru, DoJ meletakkan angka yang didakwa diselewengkan itu pada AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion dalam aset yang dipercayai diperolehi dengan menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri Umno berkata, kenyataan tanpa usul periksa ini juga sekaligus dijadikan modal untuk individu dan pihak tertentu demi kepentingan peribadi dan agenda tertentu untuk mencemarkan imej Malaysia dan pentadbiran negara.

"Saya juga percaya tindakan DoJ ini didorong atau dihasut pihak tertentu yang cemburu dengan keamanan dan kemakmuran dikecapi negara," katanya.

Justeru, katanya beliau mencabar DOJ  untuk mendedahkan siapa sebenarnya penghasut atau pengadu yang mempunyai niat jahat menganggu-gugat pentadbiran negara.

"Malaysia tidak perlukan campurtangan asing termasuk DOJ dalam mengurustadbir negara kerana kita sentiasa mengamalkan dasar menghormati prinsip dan perlembagaan mana-mana negara sepertimana dilaksanakan dan dipraktikkan ketika ini," katanya.

Tambahnya lagi, tindakan itu  adalah sikap terdesak pihak tertentu yang amat desperado bagi merosakkan imej kepimpinan negara.

* Kalau tidak ada bukti boleh ke mereka rampas?

1 comment:

  1. Dah tiga kali DOJ buat pengumuman dan satu donia pun tahu rupanya statement DOJ bermodalkan air liur je wei.. kah kah kah. Apa la punya senator kulum? Puuuih! Kah kah kah.

    ReplyDelete