Monday, June 19, 2017

Mana mau lari?

Monday, June 19, 2017
Ke mana lagi Rosmah hendak lari?

PERTANYAAN T/HARI

Pendapat Dr Mahathir Mohamad sama dengan pendapat saya dan orang lain juga dalam mengulas aksi Rosmah Mansor yang dituangkan melalui peguam peribadinya, yakitu meminta Rosmah menyaman DoJ yang menuduhnya menerima hadiah berlian bernilai puluhan juta yang dibeli dari wang 1MDB.

Kata Dr Mahathir juga, Rosmah perlu memberi tahu orang ramai macam mana kalau tuduhan perkara itu tidak benar. Menurut Dr Mahathir juga cerita Rosmah beli berlian bernilai RM25 juta sudah lama kedengaran. Lama tidak lama, orang yang mula-mula mendedahkan cerita itu kini sudah bersama Rosmah? Siapa?

Cadangan Dr Mahathir itu logik, Rosmah patut mengambil tindakan kepada DoJ kerana "kemaluan"nya atas hal itu adalah gara-gara DoJ. Kertas siasatan setebal lebih 250 muka surat menbongkar hal itu yang menyebabkan orang membuat tafsir Jho Low telah membeli barang kemas untuk Rosmah.

Dr Mahathir membuat gesaan itu apabila peguam isteri yang kedua Najib Razak itu membuat ugutan akan menyaman sesiapa sahaja yang membuat fitnah terhadap Rosmah berhubung perkara itu. Sebelum itu Rosmah telah mengeluarkan kenyataan berupa rayuan supaya orang ramai tidak mempercayai segala fitnah terhadapnya.

Sambil itu juga Dr Mahathir meminta Rosmah memulangkan barang kemas berkenaan. "Kalau barang itu benar ada pulangkanlah," minta Dr Mahathir secara baik. Dr Mahathir juga berani untuk disaman kalau perkara itu fitnah.

Elok juga kalau dipulangkan atau pun dijual kemudian wang itu diberikan kepada 1MDB untuk melengsaikan hutangnya. 1MDB banyak hutang. Kalau pun Rosmah memiliki barang kemas itu ia tidak mungkin dipakai lagi kerana semua orang tahu kedudukannya, tentu dia malu untuk memakainya.

Jadi lebih baik jual atau pulangkan secara terhomat.

Sesungguhnya apa didedahkan oleh DoJ itu mengejutkan. Mengapa Jabatan Keadilan (DoJ) US  menjadi minat untuk menangani kasus ini mungkin kerana ia adalah skandal terbesar yang berlaku di negaranya di mana aset yang dibeli melibatkan wang haram.

Dengan apa yang berlaku sekarang ini seatero dunia memperkatakan tentangnya ke mana lagi Rosmah hendak lari dan menyembunyikan mukanya. [wm.kl.12:19 t/hari 19/06/17]

Posted by mohd sayuti Omar at 12:24:00 PM 

No comments:

Post a Comment