Wednesday, June 14, 2017

Oooo.....inilah dia rupa pembunuh2nya


RABU, 14 JUN 2017 @ 3:02 PM 
6 penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan 
Oleh Siti Nurazlinee Azmi dan Farah Mashitah Abdul Patah bhnews@bh.com.my 

KUALA LUMPUR: Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti itu, Mei lalu. 

Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu. 

Lima tertuduh adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat. 

Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin. 

Lima tertuduh, Mohd Akmal, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin, didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 

Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
MANGSA mati didera, Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain (tengah).

* Aku takyah komen, aku letakkan komen anakku

Oooo inilah dia rupa pembunuh2nya. Alhamdulillah dh kene dakwa pun. Hopefully justice prevails. Let this set an example for all gangster-mafia-wannabes out there. Allah dh bg akal tu pakailah, jgn pakai tapak kaki untuk berfikir. Sijil berkajang besar poncho pun x guna kalau otak letak kat tapak kaki.

8 comments:

  1. Habis macamana kisah pawang yang meramalkan dan menyebut nama pencuri laptop tu? Takkan lenyap aja citer si pawang yang punca segala angkara?

    ReplyDelete
  2. Mana pi lecture prof. Dr Riduan Tee. Upnm ni univ dia lah. Awat diam. Malu ke terkedu. Makna hang gagal didik budak2 tu jadi insan. Duk ceramah rata n dlm tv cuma tambah fulus atau dedak. Ni semua salah ultra kiasu dap. Wpon budak2 tu anak umnok. Hahahahahah

    ReplyDelete
  3. Harap jgn salahkan mak bapak pelajr2 ini. Mereka pun tak mau anak mereka jadi mcm ni. Sesekali cuba kita duduk ditempat mereka kita akan merasi keseduhan ini lebih2 lagi di bulan yg mulia ini. Alfatihah kpd Allayarham dan takziahbkpd keluarga mereka.

    ReplyDelete
  4. Semoga Pembalasan Kejahatan dibalas dengan hukuman yang maksimum pada semua PELAKU Pembunuhan itu.pada keluarga yang tertuduh terima lah Hakikat sebenar.sama sama mati anak.cuma bezanye kematian depa ni mati dalam KeHinaan.Na'uzubillah Mindalik.

    ReplyDelete
  5. nama cantek tapi mak pak lalai nak didik anak macam yamg nabi suruh
    jika didapati bersalah hukum mati saja
    nyawa balas nyawa kecuali waris simati maafkan kalau ikut hukum Islam
    tapi apa boleh buat ini kes tidak ikut hukum Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes ini bukannya tidak ikut Islam, tetapi sistem perundangan negara kita yang tidak ikut kaedah Islam. Masih ingat lagikah kes Sarah Balabagan pembantu rumah warga Filipina yang didapati bersalah membunuh majikannya di Arab Saudi satu ketika dulu? Bukan main lagi berkokok berketak kerajaan kita memuji perundangan Islam yang dilaksanakan di negara tersebut ketika itu yang mana Sarah Balabagan dilepaskan setelah mendapat keampunan keluarga mangsa yang sedia memberikan keampunan hanya jika pihak Sarah Balabagan membayar sejumlah wang pampasan sepertimana yang dituntut. Di Malaysia ini, ada satu parti hampas yang kononnya memperjuangkan hudud, alih-alih ditukarnya kepada RUU355, itupun kena kencing gara-gara percayakan sangat sifir Wan Rosli bengong tu.

      Delete
  6. Jika mangkuk hayun ini semua terlepas dari hukuman, mereka bolehlah menyertai Perkasa atau Geng Baju Merah atau Jamal Jamban ataupun yang sewaktu dengannya. Memang sesuai sangat dan aku rasa Wan Rosli pun tidak akan ulas apa-apa.

    ReplyDelete
  7. Malang sungguh kes begini - MELAYU BUNUH MELAYU. Maknanya, bukan bangsa lain yang menzalimi Melayu, sebaliknya MELAYU!

    ReplyDelete