Thursday, June 22, 2017

Hebatnya Mahathir dan bangsatnya DoJ!

Jamal dakwa Tun M dan kumpulannya merasuah DoJ
21 Jun 2017 | DALIA ISMAIL
Jamal Md Yunus rantai

Datuk Jamal Md Yunos hari ini mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad  telah 'merasuah' Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dengan gimik rantai dan cincin berlian Pengerusi Gerakan Gabungan NGO Selangor (Gerakan Merah) itu berkata, tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan pembabitan perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembelian barangan kemas bernilai RM116juta (AS$27.3juta) seperti dakwaan DoJ.

"Kita lihat sedang viral bagaimana kumpulan yang diketuai Tun Mahathir telah merasuah DoJ untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang mereka sebut sebagai 'MO1' yg dikaitkan dengan Datuk Seri Najib yang mana mereka sudah melakukannya beberapa tahun lalu.

"Tiada bukti yang mampu ditunjuk DoJ selain mendapatkan dokumen yang diberikan kumpulan 'biawak hidup' Tun Mahathir itu kepada DoJ," ujarnya dalam sidang media diadakan di pejabatnya  pagi tadi.

Bahkan Jamal juga mempersoalkan bagaimana rakyat negara ini ujarnya, percaya dengan dakwaan DoJ itu tanpa menyelidikinya terlebih dahulu.

"Saya hairan bagaimana rakyat Malaysia boleh percaya tanpa melakukan siasatan. Jika FBI mesti ada pegawai penyiasat sendiri tetapi tiada satu artikel bagaimana dokumen itu disiasat. Kita terima bulat-bulat apa kata DoJ.

"Kami yakin dan percaya ia adalah agenda jahat daripada Tun Mahathir," ujarnya yang percaya ia adalah satu cara untuk mengunakan DoJ bagi memburukkan pemimpin negara.

Laporan DoJ 251-muka surat pada Khamis lalu yang menamakan beberapa individu dalam usaha merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang menurutnya dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.

Laporan DoJ itu bagaimanapun tidak menamakan Rosmah mahupun Najib.

5 comments:

  1. kami tetap percaya ada sesuatu yang tak kena ngan 1mdb
    kalau tidak tak kan rioh smapai lani
    tak habis lagi

    ReplyDelete
  2. Tak perlu layan laa si otak biul!
    Tk pandai menilaikan yang mana betul dan yang mana salah. Yg biul ni tau ialah, bila sesuatu itu daripada UMNO atau Najib, si biul ni akan mengYESkan apa saja.

    ReplyDelete
  3. Jangan dilayan orang bodoh ni!!!!

    ReplyDelete
  4. Aduhhh sakit perut ku. Tengok jamal jamban ni. Tak pakai tuala ker. Mana ahli umno hak cerdik sikit. Inilah tahap panglima umno. Kikiki. Minda lemah otak udang. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Begitu lah jadi nya bila pembesaran otak dan tubuh badan bersumber dari makanan haram sehingga gagal melihat apa itu 1MDB. Walau pun di bulan Ramadhan memikiran masih kotor.

    ReplyDelete