Wednesday, June 21, 2017

Nasib buruk menimpa hamba Trump dan Yahudi

Ini Kesan Boikot Qatar Yang Akhirnya Memakan Diri Arab Saudi Dan Emiriah
 6 days ago
(Foto: Ameer Abdul Razak/Flickr)

Kerugian sejumlah besar syarikat Arab Saudi dan UAE terus meningkat setiap hari akibat sekatan yang tidak adil yang dikenakan ke atas Qatar oleh kerajaan Arab, lapor akhbar Daily Arrayah pada hari Ahad.

Sesetengah pakar ekonomi dan pakar perniagaan mengatakan bahawa ekonomi Qatar semakin kukuh walaupun mendapat sekatan, sementara banyak syarikat di Arab Saudi dan UAE berada di bawah risiko penutupan.

"Syarikat-syarikat ini mengalami kerugian besar akibat sekatan yang dikenakan ke atas Qatar, yang menjadikan mereka dalam keadaan kritikal yang serius akibat daripada keputusan yang tidak dikaji oleh pemerintah mereka," lapor akhbar itu.

Menurut pakar ekonomi, Qatar hanya kehilangan tidak lebih 15 bilion kesan dari sekatan ini. Namun jumlah ini bukanlah nilai yang besar berbanding dengan keseluruhan import Qatar berjumlah 77 bilion.

Selain itu, Qatar merupakan negara pengeluar gas asli terbesar dunia, jadi aktiviti pengeluaran gas asli Qatar tidak akan memberi impak besar walaupun disekat negara Teluk Arab disebabkan Qatar mempunyai pelanggan dari negara besar dunia seperti China, India, Korea Selatan dan lain-lain.

Sekatan udara, darat dan laut yang dilaksanakan oleh Arab Saudi dan negara Teluk lain juga tidak akan memberi impak besar kepada Qatar kerana Qatar memiliki 5 pelabuhan laut dan boleh melalui pengairan laut Oman dan Iran. Untuk makluman pengangkutan menggunakan jalan laut kosnya lebih rendah berbanding jalan udara.

Saudi dan sekutunya tidak mampu menyekat laluan Qatar melalui perairan negara lain dan jika mereka cuba berbuat demikian sudah tentu akan mencetuskan kemarahan China dan lain-lain yang merupakan negara pelanggan gas asli Qatar.

Kerugian Arab Saudi
(Foto: Albalad.co)

Sebelum ini Arab Saudi adalah pembekal utama bahan makanan kepada Qatar yang bernilai 1.1 bilion. Kini, Arab Saudi telah kehilangan nilai ini disebabkan pemboikotan Qatar dan Turki telah menggantikan tempat Saudi sebagai pembekal utama makanan Qatar.

Kerugian lain ialah penurunan harga minyak kesan boikot ini dan mengurangkan pendapatan Saudi sampai ia terpaksa menghentikan sebahagian projek insfrastuktur Saudi dan akan mengakibatkan ramai hilang pekerjaan. Dalam masa yang sama Saudi terpaksa meminjam dari bank dunia.

Kekurangan hasil dari jualan minyak Saudi ditambah kos peperangan di Yaman yang diketuai olehnya dan pertambahan hutang (antaranya bagaimana mahu membayar pembelian senjata dengan us bernilai 110 bilion) menyebabkan Saudi dalam keadaan yang tidak begitu baik.

Disamping itu, 17 ribu warga Saudi yang memiliki rumah, aset dan pekerjaan selesa di Qatar sangat bimbang akan kehilangan semua kemudahan tersebut seandainya sekatan ke atas Qatar diteruskan.

Kerugian UAE
(Foto: naukrigulf.com)

Terdapat banyak syarikat UAE yang bekerja di Qatar dan mereka berada di bawah ancaman untuk menutup perniagaan mereka, hanya kerana pendirian kerajaan mereka. Kontrak mereka bernilai berjuta-juta dolar. Bank UAE juga menghadapi risiko kehilangan simpanan besar Dan pinjaman.

Sekatan itu juga menjejaskan kemasyhuran Pelabuhan Jebel Ali, yang dibanggakan UAE sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan laut antarabangsa terbesar bagi di Timur Tengah.

Selain itu, UAE sendiri antara pelanggan utama gas asli Qatar dan andai Qatar menghentikan membekal gas asli ke UAE ini akan menjadi bencana dan krisis tenaga dan elektrik kepada UAE. Walaubagaimanapun, Qatar masih tidak menutup saluran paip gas asli kepada UAE kerana bimbang akan menjejaskan rakyat UAE dan kerana mengganggap UAE sebagai 'saudara.

Antara yang menerima impak buruk ialah beberapa syarikat utama UAE seperti syarikat pengeluar gula yang memiliki projek di Qatar, syarikat-syarikat binaan dan kontraktor yang mempunyai saham dan projek di sana. Jika boikot ini berterusan ia akan menjadi bencana kepada semua syarikat-syarikat UAE yang memiliki projek di Qatar atau saham dan perkongsian dengan syarikat-syarikat antarabangsa Qatar. - sumber

Sumber: gulf-times.com, Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff

3 comments:

  1. Weit!!! Dinihari pun sempat hantar posting, hebat.
    Bab negara-negara Arab memboikot Qatar itu, memang boleh memakan diri mereka sendiri. Apa pasallah negara-negara Arab itu asyik nak brtelingkah saja sesama sendiri, bodoh betollah dorang tu.

    ReplyDelete
  2. kalau dah takdir yang telah menentukan kejatuhan sistem monarki Arab Saudi maka didatangkan segala macam 'sebab' oleh tangan manusia sendiri. Nampak sangat Raja Arab Saudi ni jenis pendek akal takkanlah dia tak tahu berapa banyak pelaburan rakyat dia sendiri di bumi Qatar tu. Sekarang dah terlanjur cam gini apa nak buat ? apakah Trump akan bayar gantirugi kat syarikat-syarikat yang menuju kehancuran di Qatar tu ? Tak faham apakah keputusan yang diambil oleh Raja Salman itu disebabkan ugutan/tekanan/paksaan oleh Trump atau memang Raja Salman dah tak siuman ?

    ReplyDelete
  3. bani arab dan bani melayu ada persamaan...antaranya
    - bani arab jadi kaya kerana emas hitam dan mengambil peluang atas pusat utama agama islam (italy tak menguasai vatican city).
    - bani jawi menjadi kaya kerana bijak mengolah hasil mahsul di nusantara spt emas & mineral lain, flora n fauna dsbnya.
    Ramai yang nak mengambil peluang juga mahu menguasai ke atas timur tengah & timur jauh ini.
    memang banyak persamaan2 lain antara kedua2nya yang elok mahupun yang sebaliknya.
    sedarlah kedua2 bani ini...

    ReplyDelete