Thursday, May 5, 2016

Rasanya elok bermuhasabah juga kenapa tertubuhnya parti baru........

# Telan bulat-bulat tanpa muhasabah dan berfikir adalah tindakan manusia bodoh dan bebal!

[4-5 9:38 PG] ‪+60 13-971 6101‬: ✳HARI INI DALAM SEJARAH PAS

PROF ZULKIFLI MOHAMAD SAMPAIKAN WASIAT TERAKHIR DI KOTA BHARU (4 MEI 1964)

PADA hari ini dalam tahun 1964, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Zulkifli Mohamad telah menyampaikan amanat terakhir beliau kepada wakil-wakil rakyat PAS di Kota Bharu sebelum dijemput mengadap Ilahi pada Subuh 6 Mei 1964. 

Beliau berucap di hadapan wakil-wakil rakyat di Dewan Bangunan PAS Kelantan (sekarang Dewan Zulkifli Mohamad), Jalan Dato' Pati, Kota Bharu setelah selesai Pilihan Raya Umum Kedua pada 25 April 1964. 

Prof Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Bachok mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat dalam rancangan menyusun semula Kerajaan PAS Kelantan selepas lima tahun memerintah.

Dalam Pilihan Raya Umum 1964 ini, PAS telah berjaya mempertahankan Kerajaan Kelantan dengan memenangi 21 daripada 30 kerusi DUN. 

PAS telah menamakan bekas Speaker DUN dan bekas ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Mohd Asri Haji Muda sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Dato' Ishak Lotfi Omar yang tidak dilantik semula.

Isu peralihan kepemimpinan ini telah timbul semenjak 1961 dan PAS Kelantan mengambil kesempatan pilihan raya ini untuk menyusun semula kerajaan.

Bagi menjelaskan isu perubahan kepemimpinan yang akan dibuat ini, satu pertemuan dengan wakil-wakil rakyat telah dibuat pada 4 Mei 1964, di mana Prof Zulkifli telah menyampaikan ucapan yang kemudiannya dikenali sebagai 'Amanat Terakhir Prof Zulkifli Mohamad.' Antara kandungan amanat beliau ialah:

I. Jawatan adalah amanah dan bukan bermakna yang menjadi wakil rakyat adalah orang terbaik;

II. Jangan ada pemimpin PAS menjadi sombong kerana merasa dirinya sudah pandai, lalu menjauhi al-Quran dan Sunnah;

III. Perjuangan Islam dibina atas kesungguhan dan keikhlasan. Orang bodoh yang ikhlas lebih baik daripada orang cerdik yang sombong;

IV. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Jika wakil rakyat PAS tidak mahu menegakkan hukum Allah, ia akan gantikan Allah dengan orang lain;

V. Kemenangan dalam pilihan raya bukan atas nama peribadi tetapi kerana dicalonkan oleh parti. Kita tidak menang dengan kekuatan peribadi, tetapi kerana mewakili Islam;

VI. Tujuan sesebuah kerajaan apabila diteguhkan kedudukannya oleh Allah atas muka bumi ialah untuk mendirikan solat (menjaga kedaulatan agama), menunaikan zakat (menjaga perkhidmatan kepada masyarakat) serta menyuruh yang baik dan mencegah mungkar (melaksanakan hukum-hukum syariat); dan

VII. Lima tahun akan datang tidak sama dengan lima tahun dahulu, ujian perjuangan akan bertambah besar dan Kerajaan PAS mesti mencapai sasaran yang lebih besar.

Selepas menyampaikan ucapan ini, Prof Zulkifli telah bertolak ke kampung halamannya di Kuala Kangsar bersama isteri dan anak-anaknya. 

Ketika berada di Gambang, Kuantan pada malam 5 Mei 1964, telah berlaku kemalangan yang menyebabkan isterinya, Ustazah Asiah Kamaruddin, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat mati di tempat kejadian. 

Prof Zulkifli pula menghembus nafas terakhirnya pada pagi 6 Mei 1964. Mereka berdua disemadikan di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Sumber: http://pas.org.my/arkib/hari-ini-dalam-sejarah-pas/8486-hari-ini-dalam-sejarah-pas-prof-zulkifli-mohamad-sampaikan-wasiat-terakhir-di-kota-bharu-4-mei-1964

Arkib Hari Ini Dalam Sejarah PAS:
pas.org.my/arkib/hari-ini-dalam-sejarah-pas

[4-5 9:38 PG] ‪+60 13-971 6101‬: V. Kemenangan dalam pilihan raya bukan atas nama peribadi tetapi kerana dicalonkan oleh parti. Kita tidak menang dengan kekuatan peribadi, tetapi kerana mewakili Islam.

Wasiat yg perlu dimuhasabah oleh wakil rakyat yg melompat parti atau tubuh parti baru.........

2 comments:

  1. Pengajarannya jangan jadi mcm hadi marang yang gila kuasa dan menyalahgunakan kuasa.
    Gila kuasa sebab nak kekal jadi presideng walaupun tak mampu,nak jadi ahli parlimen tapi kaki ponteng
    Salahgunakuasa sebab selalu overwrite keputusan kononnya dia ada veto,sapa yg engkar maka akan dichop pengkhianat,jebon dsb

    ReplyDelete
  2. janganlah kutuk hadi marang & lebai2 kopiah/serban. mereka berada di jalan yabg betul & matlamat yang soheh kerna hanya hendak menjadi PENASIHAT yg sihat kepada umnoBN & menjadi PENYERANG yg terbaik kepada Pakatan Harapan.

    ReplyDelete