Thursday, May 5, 2016

GST: Untuk apa dan untuk siapa sebenarnya?

P. Pinang buktikan GST tidak perlu

 | December 6, 2015
Kerajaan Pulau Pinang untung RM503 juta dalam masa tujuh tahun berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) perintah 50 tahun untung RM373 juta.
lim-guan-eng_penang_gst_600
KUALA LUMPUR: Kejayaan Pulau Pinang menambah pendapatan dan mengurangkan hutang kepada kerajaan Persekutuan membuktikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak perlu dilaksanakan di negara ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang mengecualikan GST bagi setiap perkhidmatan tetapi masih berjaya menambah pendapatan berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menambah hutang walaupun mengenakan GST kepada rakyat.
Katanya, ekonomi negara akan bertambah baik tanpa GST jika diuruskan dengan baik.
“Lihat di Pulau Pinang tak ada GST tetapi tiap-tiap tahun tak ada defisit dan tiap-tiap tahun ada untung… Kita turun 90 peratus hutang.
“Kita untung RM503 juta dalam masa tujuh tahun memerintah dan berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN), perintah 50 tahun untung RM373 juta…Tujuh tahun lebih baik daripada 50 tahun,” katanya semasa berucap dalam perasmian Konvensyen Biasa Wilayah Persekutuan 2015 di Ibu Pejabat DAP pada Ahad.
Guan Eng mengulangi janji pembangkang akan menghapuskan GST jika menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kalau kita boleh menang Putrajaya kita akan hapuskan GST,” katanya.

No comments:

Post a Comment