Hadi: PAS mahu hanya bumiputera Islam perintah Sarawak
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya 'tidak menghalalkan' orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya 'tidak menghalalkan' orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.
PAS, katanya, mahu pemerintah itu di kalangan orang Islam bumiputera.
Abdul Hadi berkata bangsa Cina dan India boleh menjadi rakyat namun ia perlu dipimpin oleh pemimpin beragama Islam.
“PAS mahu Sarawak diperintah oleh bumiputera, bukan kaum lain tapi bumiputera mesti perintah Sarawak dan PAS mahu ia bumiputera Islam.
“PAS mahu Sarawak diperintah oleh bumiputera, bukan kaum lain tapi bumiputera mesti perintah Sarawak dan PAS mahu ia bumiputera Islam.
“Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” katanya.
Hadi berkata demikian dalam ceramahnya yang di hadiri kira-kira 250 orang di Padang Hadapan Masjid Ikhwanul Muslimin, Taman Sukma, Kuching malam tadi.
'PAS nak jadi penasihat'
Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS hanya menghantar 11 calon, bukan mahu memerintah Sarawak, sebaliknya kerana mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang akan dibentuk selepas pilihan raya negeri (PRN) nanti.
“PAS bertanding 11 kerusi (dalam PRN), kalau PAS menang 11 kerusi masih ada 72 kerusi ada lagi, PAS tidak boleh memerintah dengan 11 kerusi.
“Mereka nak 71 kerusi ambil ambil sebab PAS cuma nak 11 kerusi sahaja tujuannya apa, untuk jadi penasihat dengan menasihati kerajaan supaya memerintah dengan mana adil seperti ditunjuk oleh Islam,” katanya disambut dengan sorakan ‘Allahuakbar’.

Hadi turut mengingatkan rakyat di negeri Sarawak bahawa PRN merupakan amanah mereka untuk memilih pemimpin yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri supaya dapat didengari.
“Pilihan raya adalah beri kuasa pada rakyat untuk pilih pemimpin dia setiap lima tahun sekali. Pilih pemimpin bukan dibayar RM10, RM50, bukan RM5,000. Pilih pemimpin adalah amanah tapi kita difahamkan pilihan raya ini adalah peluang dapat wang tambah poster, dapat duit.
“Pilihanraya ini amanah, kita pilih pemimpin kita duduk di dewan negeri bercakap bagi pihak kita di dewan, bercakap perjuangan kita, hak kita, tuntutan kita itu makna pilihanraya,” tegasnya.
# apa yang dikehendaki Hadi ini bagus dan sebaiknya bagi Islam, tapi adakah rakyat Sarawak yang majmuk itu merasakan begitu juga?
# apa yang dikehendaki Hadi ini bagus dan sebaiknya bagi Islam, tapi adakah rakyat Sarawak yang majmuk itu merasakan begitu juga?
TG tentu ada hujah dan nas-nya tapi soalan saya, mengapa beliau hanya menyebut DAP? Apa beza SUPP, MCA dan berbagai lagi parti bukan majoriti Muslim di Sarawak dengan DAP?
ReplyDeleteBiar saya jawab. Rakyat Sarawak tidak akan mengikut telunjuk Hadi, dan mereka juga tidak mengangkat ibu jari atau jari telunjuk sebagai tanda sokongan, sebaliknya menunjukkan jari tengah kepada Hadi.
ReplyDeleteTunjuk jari hantu la weh ...
ReplyDeleteMnde la fahaman HH ni,.berhujan di hadapan Rakyat. Sarawak pakai terjah n membabi buta langsong tiada maknanya,.fikirkan la yg Rakyat Sarawak tu terdiri berbagai kaum n Agamanya,. Berhujah secara authokratik dgn minda yg sempit tiada maknanya,.dia mahukan hanya bumipitera Sarawak yg beragama Islam saja layak memimpin negeri Sarawak,. Siapa kah HH bagi seluroh Rakyat Sarawak,.??? Andai sekadar untuk menjadi penesihat baik tak payah bertanding dalam PRN ni,.ada baik nya PAS diserapkan kepada NGO,.tak payah jadi nyamok ,. Rakyat Sarawak tidak memerlukan PAS diSarawak, Rakyat Sarawak juga telah meinjau pentadbiran PAS di kelantan namun, apa kah kemajuan yg telah dicapai selama ini,?? Dan Rakyat Sarawak tidak mahu kelemahan Dan kepincangan dalam pentadbiran itu menjangkit ke Sarawak,.Ingat rata2 umat Islam di Sarawak memang mentaati Agamanya " Islam",..bukan kepada PAS,.
ReplyDelete