Thursday, May 5, 2016

Adakah berita ini benar?

Khabar angin bertiup kencang Adun Kubang Rotan sertai Amanah
04 Mei 2016 | MALAYSIA DATELINE
Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa di majlis Pidato Selamatkan Malaysia

Berita Adun Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa keluar Pas dan menyertai Amanah viral di media sosial

Setiausaha Amanah Kedah, Aris Awang dalam status facebooknya mendakwa Mohd Nasir Mustafa (Nasir Mustafa II), Adun Kubang Rotan telah meletak jawatan secara rasmi sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah pada 1 Mei 2016.

"Pengakuan beliau meletak jawatan tersebut dinyatakan oleh beliau sendiri di pejabat Amanah Negeri Kedah ketika saya bertanya beliau benarkah desas desus yang timbul itu" katanya.

Menurut Aris, Nasir berada di pejabat Amanah Kedah, di Wisma Harapan Baru, Bandar Stargate, Alor Setar untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan penganjuran Pidato Selamatkan Malaysia pada 1 Mei 2016 lalu.

"Beliau juga telah dipanggil oleh pihak Polis Daerah Kota Setar untuk mengambil keterangan berkaitan penganjuran pidato yang dihadiri lebih 10 ribu orang dari pelbagai kaum," katanya

No comments:

Post a Comment