Isu Dr Zakir: Apa Pandangan TGHH ?
Posted on Wednesday, April 13 @ 11:46:40 MYT by paktam
Oleh Alang Ibn Shukrimun
Mungkin ramai yang ternanti komentar TGHH dalam isu Dr Zakir Naik. Saya juga antaranya. Tetapi oleh kerana sudah ramai yang bersuara, saya kira memadai walaupun biasanya pandangan beliau memiliki keistimewaan tersendiri.
Sebagai orang yang menuntut ilmu dari beliau, kita sepatutnya sudah mengetahui bagaimana pandangan beliau dalam hal ini. Tidak perlu beliau respon setiap isu yang berlaku, tetapi cukup dengan ilmu yang telah beliau curahkan terutama dalam kuliah dhuha setiap jumaat di Rusila, kita mendapat jawapan mengenai pendiriannya.
Kebetulan pada minggu lepas, pengajian tafsir olehnya sampai kepada huraian surah al-Kafiron. Surah ini secara langsung menunjukkan bagaimana sikap Islam terhadap agama lain. Kita boleh amati melalui nas dan terjemahan dari tafsir ar-Rahman seperti berikut:
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Ayat di atas menurut sebahagian Ulama adalah Makki, iaitu turun di Mekah. Sebab turunnya adalah kerana terdapat kalangan musuh Islam yang mengajak kepada rundingan antara Islam dan ajaran penyembah berhala. Mereka tawarkan supaya diadakan giliran ibadat. Hari tertentu semua beribadat kepada Allah mengikut ajaran Islam, dan hari yang lain pula untuk semua beribadat kepada berhala.
Sebab golongan musyrikin menawarkan cadangan ini pula adalah kerana mereka tidak senang dengan sikap Islam yang mengajak kepada tuhan yang satu, dan membebaskan manusia dari perhambaan kepada makhluk. Mereka tidak mampu mematahkan hujah kebenaran agama Islam, dan tidak mampu membuktikan kebenaran agama mereka. Lalu mereka cuba membuatkan baginda untuk tidak membicarakan soal Islam amdan agama mereka melalui solusi tersebut.
Tetapi Allah mengajarkan Nabi supaya bertegas dalam bab akidah. Tiada kompromi sekali-kali dengan agama lain. Walaupun Islam tidak memaksa manusia untuk menganutinya, tetapi manusia juga tidak boleh dihalang dari mengetahui kebenaran.
Dalam ayat yang lain, Allah turut membuka peluang kepada agama lain untuk mengemukakan hujah agama mereka. Contohnya cabaran tuhan melalui ayat:
وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
(Surah al-Baqarah:23)
Ini menunjukkan perbincangan rentas agama atau interfaith adalah method pembawaan Islam sejak awal dakwahnya lagi. Ia tidak boleh dihentikan atas dasar menjaga sensitiviti atau perasaan agama lain semata-mata. Apatah lagi sekiranya ia berlaku dalam negara majoriti umat Islam.
Kalaulah perbincangan sebegini adalah salah, dari awal lagi tuhan tidak membenarkannya di Mekah kerana pada waktu itu majoriti adalah agama syirik, lebih teruk dari keadaan negara kita.
Ayah Chik turut menyatakan, bahawa pegangan sebegini adalah pegangan selamanya umat Islam, tidak kira ketika tidak berkuasa seperti era Makki mahupun ketika telah berkuasa seperti era Madani. Sewaktu menegakkan Negara Madinah, Nabi mengajak semua wakil agama yang ada untuk menyetujui piagam berikut:
وإذا حدث أهل هذه الصحيفة من اشتجار يخشى فساده فمردّه إلى الله و إلى محمد
"Apabila berlaku apa-apa perselisihan dari kalangan pihak yang memeterai piagam ini, yang ditakuti akan berlaku kerosakan maka hendaklah dirujuk kepada hukum Allah dan keputusan Muhammad SAW"
Tambah Ayah Chik lagi, selepas kewafatan Nabi, para sahabat meneruskan perjuangan menegakkan akidah Islam di muka bumi ini. Ketikamana Saad bin Abi Waqas diutus untuk membuka kota Parsi, beliau telah menghantar Rub'iy bin Amir berunding dengan Rustum, pemimpin Parsi. Rustum turut menawarkan perdamaian dengan syarat Islam tidak disebarkan ke dalam negaranya. Jawab Rub'iy secara tegas:
: الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضِيق الدنيا إلى سعَتَها، ومن جَوْر الأديان إلى عدل الإِسلام
Allah yang mengutuskan kami, untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendakiNya dari menyembah sesama hamba kepada menyembah Allah, dari kezaliman ajaran-ajaran lain kepada keadilan Islam, dan kepada kesempitan hidup dunia kepada hidup dunia yang luas sehingga ke hari akhirat.
Maka inilah ketegasan Islam yang perlu dipertahankan sehingga hari kiamat. Memperkatakan kebenaran terutama dalam bab akidah tidak boleh dihalang walau atas apa jua alasan. Ketahuilah bahawa perkara paling suci bagi seorang manusia adalah akidah dan kepercayaan, mengatasi segala perkara lain termasuk perpaduan dan sensitiviti. Ia tidak boleh disekat walau apa jua alasan.
Mengikut pandangan Syed Qutb, sebab Islam membenarkan peperangan adalah kerana mempertahankan kebebasan untuk semua manusia memilih apa-apa akidah. Walaupun terpaksa bergadai nyawa, Islam meyakini kepercayaan seseorang adalah lebuh mulia dari nyawa. Apabila Islam dihalang untuk memperkatakan pandangannya terhadap isu ketuhanan dan sebagainya, maka itu telah mengancam hak asasi manusia dan perlu diperbetulkan dengan apa jua wasilah.
Sepanjang saya berguru dengan Ayah Chik, selagi tiada pandangan lain yang berbeza, saya yakin inilah juga pendapatnya. Tiada kompromi dalam isu batas-batas iman dan kufur.
(Alang Ibn Shukrimun)

Penulis Alang ni pembodek nombor wahid. Macam-macam cara nak tunjuk species jenis walaun. Hebat boleh baca "kenyataan yang akan dibuat ayah ciknya".
ReplyDeleteBakal calun PRU14 punya pengangan. Selamat berusaha.
ANA SETUJU DGN ENTE. PEMBODEK NO. WAHID. DIA KASYAF KE BOLEH BACA GERAK HATI TOK GURU NYE? KALU TOK GURU TAK KASYAF, TAKKAN ANAK MURID KASYAF PULAK. KAHKAHKAH
ReplyDeletePenjilat presiden parti amanat songsang ni bro
ReplyDeleteTeruskan la jilat tu wahai alang shukrimun