Friday, April 15, 2016

Bukan saja India kapir DAP yang tak suka Zakir Naik datang, Melayu ni pun sama!

Tidak perlu pelawa Zakir Naik ke Malaysia

 | April 14, 2016

Nazri Aziz berkata, mempelawa pendakwah kontroversi untuk berceramah di Malaysia sudah tentu akan menimbulkan bantahan sesetengah pihak
VIDEO INSIDE
nazri zakir
PUTRAJAYA: Tidak perlu mempelawa pendakwah kontroversi seperti Dr Zakir Naik ke Malaysia dan mencetuskan huru-hara yang perlu dibersihkan selepas itu.
Ini kerana, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, Malaysia sudah mempunyai ulama sendiri.
Beliau menyifatkan tindakan membawa Dr Zakir ke negara ini untuk berceramah mengenai agama sebagai tidak perlu, kerana walaupun ada yang menyifatkannya “sederhana” selepas mendengar syarahannya, penganut agama lain mungkin tidak sependapat.
“Semuanya tentang persepsi dan persepsi dibuat berdasarkan apa dilakukannya sebelum ini. Saya rasa jika anda mahu bercakap mengenai agama, cakaplah tentang agama anda sendiri.
“Untuk mengadakan satu sesi (di mana anda membuat) perbandingan (dengan agama lain), anda terikat kepada kesimpulan agama anda lebih baik.
“Lagipun, adakah ia perlu? Adakah umat Islam di sini perlu diberitahu yang kita tidak berada di landasan betul? Saya rasa tidak. Dengan mempelawa lelaki ini untuk memberi syarahan di sini, sudah tentu akan mendapat tentangan pihak tertentu,” katanya kepada FMT.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, landskap masyarakat berbilang agama di negara ini perlu dilindungi daripada sebarang tindakan yang mungkin mencetuskan perpecahan.
Beliau berkata, ia bukannya mengenai kebebasan bercakap, tetapi yang penting ialah keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.
“Ia untuk memastikan rakyat Malaysia tidak berpecah belah disebabkan seseorang yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia. Dia akan bagi ceramah dan tinggalkan negara ini.
“Kita yang ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin ditimbulkannya. (Mempertimbangkan) apa yang dia cakap sebelum ini, adalah biasa untuk penganut agama lain yang telah diperkecilkannya, bimbang tentang kedatangan lelaki ini ke sini,” katanya.
Kehadiran pendakwah kelahiran Mumbai itu ke Malaysia telah membangkitkan kemarahan masyarakat Hindu yang menghina dewa dan kepercayaan mereka terhadap amalan pemakanan sayur.
Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 itu turut dihalang berceramah di Kanada dan United Kingdom, kerana menyokong kumpulan pengganas Al-Qaeda.

1 comment: