Sunday, April 3, 2016

Sombong, takbur, POYO........nampak dah sinonim dengan mereka dan pemimpin mereka!

'Kehadiran rendah di demo anti-GST bukti PAS kuat'
Zikri Kamarulzaman     Hari ini, 3:31 petang
Kehadiran kurang memberansangkan di himpunan anti-GST semalam adalah bukti kekuatan PAS, kata Timbalan Presiden parti Islam itu Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Dalam konteks dari jumlah kehadiran mungkin gagal, sebab PAS tak menyertai. Kalau PAS sertai (himpunan itu) jumlahnya lebih besar," katanya di Putrajaya hari ini.

Lebih 2,000 berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri protes itu.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding himpunan terakhir anjuran PAS bagi menentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang menarik kehadiran kira-kira 4,500 peserta.

Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata perhimpunan anti-GST semalam tidak bermaksud ia gagal.

"Tengok pada jumlah tak berjaya tapi tengok pada isu, ia satu kejayaan. Sebab isu itu walaupun rakyat tak demo, bukan bermakna rakyat tak sokong," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan PAS Putrajaya hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, pemimpin nombor dua PAS itu berkata kurangnya peserta Melayu pada Perhimpunan Bersih 4 turut membuktikan keupayaan parti itu dalam menggerakkan peserta.

Katanya, beliau sendiri mahu parti itu menggerakkan protes Bersih selama dua hari, tetapi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan sebaliknya.

"Kurang 10 peratus yang turun. Tanpa PAS himpunan akan gagal.

"Masalahnya kita tak sedar kita kuat. Kita tak sedar kita kuat. Kita rasa kita lemah," katanya.

# tak apalah walau apa pun tanggapan dia orang, kita tunggu jer PR14, apa kata rakyat nanti!

6 comments:

  1. Pasal dah kuatlah jualan Harakah Pas dah merosot teruk.Ahli2 PAS tak berduit nak beli harakah sebab tanggong Gst..pemimpin asyik khayal dah kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutla dia menang DUN kt Pahang sepenggal jer... Bodoh dia melantun lantun... Kesian org tua ni.. Ingatkn sbg anak sedara TGNA (sblh isteri) dpt la warisi ilmu/kebijakan TGNA...

      Delete
    2. Patutla dia menang DUN kt Pahang sepenggal jer... Bodoh dia melantun lantun... Kesian org tua ni.. Ingatkn sbg anak sedara TGNA (sblh isteri) dpt la warisi ilmu/kebijakan TGNA...

      Delete
  2. muko doh la dok comey..mulot pulok beruhhh serupo tok lebaai empat ganjel limo genap .. kalu senyapp nampok laa warok serupo tok wali ..kalu berkecek nampok sangatt laa tongong serupo itek mabok dědok .. parti tok lebai ni kohor kuat sebab dok konar baring & sedondon dengey najeb.. siku lutot kat mano wehh ??

    ReplyDelete
  3. Sbb apa ramai tak join himpunan anti gst?
    Bg sesetengah org,perhimpunan ni tak berkesan pun,apa lg himpunan secara aman,lg la gomen buat dek.
    Kalau sejuta org turun secara aman pun,gst tetap dikutip mcm biasa.
    Kalau kutip tandatangan 10 juta rakyat yg bantah gst pun,gomen akan buat bodoh,gst tetap dikenakan jugak..
    Dalam hal ni samada pas suruh org dia turun meramaikan himpunan pun,keputusan gomen tetap sama..

    ReplyDelete
  4. Dah riak pulak Mamat ni
    Dosa amanat songsang pon tak tertanggung
    Hancur habis institusi keluarga
    Suami isteri bercerai berai
    Mengkafirkan sesama Muslim berada di setiap bibir anggota pas
    Sembahyang dua imam
    Banyak lagi la kalau nak sebut
    Astagfirullahalazim...

    ReplyDelete