Sampai Bila Agaknya Negara Berkeadaan Begini.?
Posted on Saturday, April 02 @ 10:39:26 MYT by paktam
Oleh Abu Hassan Adam
Aku tak setuju kalau dikatakan orang Melayu bodoh. Tetapi aku setuju kalau dikatakan ramai pemimpin Melayu yang ‘cerdik tak boleh diikut, dan bodoh tak boleh diajar’. Aku setuju juga kalau dikatakan bahawa ramai pemimpin Melayu kini terlampau ‘cerdik’ dan sanggup menghancurkan negara dan bangsa sendiri. Aku setuju juga kalau dikatakan bahawa ramai pemimpin Melayu yang sanggup memekakkan telinga dan membutakan mata, walaupun berlaku kemungkaran dihadapan mata mereka
Ternampak dengan jelas kini bahawa ramai pemimpin Melayu (pemimpin UMNO khususnya) berada dalam keadaan yang serba salah. ‘Kacau kena’ kata orang Perak terutama apabila berhadapan dengan isu IMDB. Seluruh dunia sedang heboh memperkatakan tentang IMDB dan tentang jumlah wang yang sebegitu besar dalam akaun peribadi DS Najib dan hampir seluruh dunia juga sedang memperkatakan tentang perbelanjaan peribadi keluarga DS Najib ketika bercuti di luar negara tetapi para menteri dan ahli parlimen UMNO masih ‘buat derk..’ seolah-olah tidak ada apa yang luar biasa berlaku. Menghairankan juga…
Amat tidak masuk akal sekiranya para pemimpin kita (khususnya ahli parlimen khususnya dari BN,- Melayu dan bukan Melayu) tidak tahu dan tidak tahu menahu tentang hal sedemikian. Mustahil!. Dan sekiranya apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar berkenaan sebagai fitnah dan hanya mahu semata-mata mahu memburuk-burukkan negara, maka sudah sewajarnyalah disyorkan dengan apa cara sekali pun supaya syarikat akhbar berkenaan diambil tindakan undang-undang. Disaman. Sepatutnya begitu.
Nampaknya tidak ada tindakan yang dilakukan terhadap akhbar-akhbar berkenaan. Maka betullah agaknya apa yang dipaparkan oleh akhbar-akhbar berkenaan. Tetapi soalnya ramai pula antara pemimpin-pemimpin (UMNO) yang ‘bermati-matian’ mempertahankan dan menyatakan bahawa apa yang dikatakan oleh akhbar berkenaan sebagai fitnah semata-mata. Dan tidak ada pula yang mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘fitnah’ yang diperkatakan itu.
Ada juga masih wujud dikalangan pemimpin UMNO yang masih mahu menyogokkan ‘nasi basi’ mereka mengatakan bahawa ‘tangan Yahudi’ yang memainkan peranan untuk memburuk-burukkan negara kita. Seolah-olah pemimpin yang sebegini sedang ‘bermimpi di siang hari’. Apa tidaknya. Rakyat Malaysia sudah muak dengan hujah-hujah sedemikian. Mungkinlah masih ada segelintir rakyat yang boleh diperbudak-budakkan’ dengan hujah sedemikian. Itu pun tak ramai. Dan golongan rakyat yang sebeginilah lagi tempat para pemimpin sedemikian untuk ‘menyangkutkan dagu’ mereka.
Kemunculan fakta baru yang mengatakan bahawa para pembesar dari Timur Tengahlah yang menyumbang berbillion ringgit kepada akaun DS Najib menyebabkan rakyat semakin ‘pening’. Mungkin betul. Dan mungkin juga sengaja diada-adakan. Itu aku tak pasti. Yang aku persoalkan kini ialah tentang kemunculan isu baru yang berkaitan dengan orang Islam, negara Islam, agama Islam
Maksud aku begini. Hampir seluruh dunia kini, golongan bukan Islam melihat orang Islam dan negara-negara Islam sebagai sesuatu yang ‘kelam, gelap’. Maksudnya mereka sentiasa melihat negara-negara Islam dan orang Islam itu dari sudut yang negatif sehinggakan perkataan pengganas dikaitkan oleh mereka dengan orang Islam. Ada juga asasnya mengapa mereka menganggap demikian. Krisis di Timur Tengah terus menerus berlaku. Lepas satu timbul pula yang lain. Dan kumpulan pengganas yang berani meletupkan diri di beberapa buah negara adalah kebanyakannya terdiri dari orang Islam. Pendek kata apa saja yang berkaitan dengan pembunuhan dikaitkan dengan orang Islam.
Dan kini timbul pula tentang isu baru yang berkaitan dengan orang Islam dan negara Islam dari Timur Tengah juga. Pemberian dan sumbangan dari pemimpin negara Islam kapada DS Najib itu dikira cukup mulia dan digalakkan oleh Islam. Tetapi jumlah yang begitu besar yang telah disumbangkan itu telah menimbulkan keraguan banyak pihak. Betulkan wang sejumlah itu yang terdapat dalam akaun peribadi DS Najib itu disumbangkan dari Timur Tengah. Betul ker….? Semacam tidak masuk akal sumbangan yang begitu besar diberikan.
Telah ramai yang mempersoalkan tentang ‘apakah ada udang disebalik batu’ atau sebagaimana yang diperkatakan oleh orang tua-tua kita, ‘jikalau tidak ada-ada tak mungkin (burung) tempua bersarang rendah’.
Yang peliknya dan yang menghairankan pula ialah tentang para pemimpin BN (UMNO, MCA,MIC dan parti komponen BN lain terus menerus membisu ) yang langsung tidak mempersoalkan langsung tentang wang yang sebgitu banyak yang tersimpan dalam akaun peribadi DS Najib. Mereka tidak mempersoalkan. Mereka percaya seratus peratus apa yang dijelaskan. Dan telah ada juga saranan agar ahli UMNO tidak perlulah mempersoalkan tentang wang IMDB ini. Dan Speaker Dewan Rakyat juga membuat arahan agar isu IMDB tidak dibangkitkan lagi di parlimen.
Seolah-olah seluruh ahli UMNO akur dengan arahan itu. Patuh sepatuhnya. Dan dijelaskan bahawa wang yang tersimpan dalam akaun peribadi DS Najib itu adalah untuk kegunaan parti UMNO. Tidak pula mereka mempersoalkan tentang mengapa wang itu tidak tersimpan dalam akaun Bendahari UMNO. Dan tidak juga mereka mempersoalkan tentang perbelanjaan peribadi yang digunakan oleh keluarga DS Najib sebanyak US 15 juta sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar luar negara itu.
Ahli UMNO taat setaatnya kepada pemimpin mereka. Para pemimpin UMNO dari peringkat atasan sehinggalah ke akar umbi amat sayang kepada pemimpin mereka walaupun dirasakan yang tindakan pemimpin mereka itu ada yang tidak kenanya. Namun bagi pengikut dan ahli UMNO keseluruhannya merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka itu tidak ada cacat celanya.
Sampai bilalah agaknya keadaan sebegini berterusan. Mungkinkah sehingga negara ini bertukar menjadi ‘padang jarak padang Tekukur’ agaknya…
abuhassanadam
2 April 2016

Ahli2 umno dan pemimpin takut diambil tindakan macam yang kena tu.habislah periuk nasi dan bantuan yg mereka terima.jadi selamatnye duduk diam2.yg dapathabuan besar akan konar baring..tradisi umno
ReplyDeleteAhli2 umno dan pemimpin takut diambil tindakan macam yang dah kena tu.habislah periuk nasi dan bantuan yg mereka terima.jadi selamatnye duduk diam2.yg dapat habuan besar akan konar baring..tradisi umno
ReplyDelete