Friday, April 1, 2016

Malang siPengecut yang cuba bunuh diri........

Upah pembunuh untuk bunuh diri
SH - 31 MAC 2016
Suspek yang berjaya ditangkap minggu ini.

LIANYUNGANG - CHINA. Seorang lelaki yang ditemui ditikam lebih 12 kali di bahagian perut pada Oktober lepas disahkan mengupah pembunuh upahan untuk membunuh dirinya sendiri.

Menurut Dailystar, mangsa yang tidak didedahkan namanya membayar 70,467 yuan (RM42,784) kepada seorang suspek lelaki berusia 20-an untuk membunuhnya.

Siasatan polis mendapati mangsa membuat keputusan berkenaan selepas mangsa lumpuh akibat kemalangan dan mengalami tekanan klinikal.

Pada hari kejadian, kedua-dua mangsa dan suspek bertemu di bilik hotel di Zhengzhou dan mangsa ditikam lebih 12 kali menggunakan pisau pemotong buah.

Akibat gagal menahan kesakitan, mangsa kemudian menjerit meminta tolong, menyebabkan suspek panik dan melarikan diri.

Mangsa kini masih dirawat di sebuah hospital di Jiangsu.

Sementara itu, suspek berjaya ditangkap minggu ini selepas polis mengesan beliau sedang menggunakan komputer di sebuah siber kafe.

Suspek bakal didakwa dengan cubaan membunuh dan mengelak undang-undang.

No comments:

Post a Comment