Friday, April 1, 2016

Inilah maksud Hadi tidak mahu 'menangguk di air keruh'

Pas Terengganu mahu pilihan raya semula
 | MALAYSIA DATELINE
Satiful Bahri MamatSatiful Bahri MamatPas Terengganu mahu mengingatkan Umno agar tidak mengheret rakyat ke dalam krisis dalaman parti itu dan Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan keputusan kepada rakyat melalui pilihan raya dan mengambil kira pandangan Tuanku Sultan.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tidak wajar Pas dilibatkan dalam krisis politik yang berpunca daripada masalah dalaman Umno melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Datuk Seri Ahmad Said.
"Pas tidak bersetuju dengan apa-apa tindakan yang menyalahi peraturan dan perlembagaan seperti tindakan merampas kuasa oleh BN di Perak.
“Sekiranya isu yang melanda politik negeri ini tidak dapat diselesaikan, maka mandat perlulah diserah semula kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru melalui pilihan raya.
"BN perlu menyerahkan keputusan kepada rakyat melalui pilihan raya dan mengambil kira pandangan Tuanku Sultan.
“Walau apa pun yang mungkin berlaku, negeri Terengganu adalah negeri Raja Berperlembagaan, Sultan adalah payung negeri. Justeru pandangan tuanku sultan adalah amat dihormati,” katanya dalam satu kenyataan.
Adun Paka ini menjelaskan, Pas tidak wajar dibabitkan dan Pas tidak akan mencampuri urusan dalaman Umno Terengganu kerana ia tidak ada kena mengena dengan Pas.
“Pas memberi peringatan kepada Umno dan kerajaan BN Terengganu, agar sebarang perbalahan dalaman dan krisis yang berlaku ini, jangan sampai menyusahkan dan mengheret rakyat ke kancah politik yang keterlaluan, sehingga mengabaikan kebajikan, kehidupan dan masa depan rakyat,” katanya.
Satiful beberapa hari lalu mengarahkan jentera pilihan raya parti agar bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri.
Beliau ketika menyampaikan ucapan penutup Taklimat Khas Pas Pusat Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) Pas Kuala Nerus mengarahkan kawasan-kawasan, Dun dan Unit Peti Undi (UPU) parti itu agar bersiap sedia memandangkan kebarangkalian pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu boleh berlaku dalam masa terdekat.
Ia ekoran usul undi tidak percaya yang dikemukakan Ahmad Said terhadap Ahmad Razif pada sesi Sidang Dun 8 Mac lalu.
Usul itu bagaimanapun ditolak Speaker Dun Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong.

3 comments:

  1. Apakah maknanya ini? Ertinya;
    1. PAS tak mahu kerajaan UMNO yang dikasihinya jatuh di Terengganu. PAS tak mahu masuk campur ertinya PAS tak akan mengundi tidak percaya bagi menjatuhkan MB UMNO sekarang ini. Tak mahu melanggar perlembagaan dsbnya itu hanyalah alasan penipu saja.
    2. PAS hanya akan masuk campur jika Ayah Ping Hadi dicalunkan sebagai MB baru.
    3. Sikap berbelit-belit dan ketidak "consistancy" PAS mesti diteruskan dalam apa jua isu supaya ahli-ahli dan penyokong di kampung-kampung jadi pening dan tak dapat berfikir. Bila takleh piki barulah mereka akan taksub kepada Tuang Guru...

    ReplyDelete
  2. Diperak omno rampas MB dari Pas.Pas rela juga.kalau PRN pas macam tu jugak.bangkali pas yakin dapat lebih sokomgan kali ini.pru dulu pas dapat sokongan kerana ABU dan kerja kuat puak proresif.sekarang ABU dah diterbang angin dan puak progresif tiada lagi.Dangkal betul politik PAS.cepat besar diri.

    ReplyDelete
  3. Politik sampah pas kini boleh dibaca oleh org ramai..
    Isle,isle,kluk klek,pompang pompang,pi mai pi mai tang tu jugak

    ReplyDelete