Showing posts with label rekreasi. Show all posts
Showing posts with label rekreasi. Show all posts

Tuesday, March 13, 2018

Santai keluarga: Perkara yang tak tersangka yang cucu pertamaku boleh buat

4 hrsEdited 
Kredits to FB LC Segambut, Kalau teacher tak upload gambar kat FB, tak dapat la mama tengok kamu main lumpur nak. Kalau mama ada, confirm kamu dok pegang baju mama aje, tak nak turun rasanya. Nasib ada gambar, baru Mommy Cu Elly Dean kamu percaya. Kalau tak confirm tak caye kannnn...😆
Teacher dia bangga utk trip ni, semua budak2 turun main lumpur. Sebab trip yang lepas, ada budak yang taknak turun.

Dua minggu lepas, kindy Haris buat trip ke bendang utk kelas 6 thn. Ke Sungai Besar kalau tak silap.
Antara aktiviti yang disenaraikan adalah main lumpur dan tangkap anak ikan keli. Excited betul Haris ajak mama dan ayah beli selipar getah dan sarung tangan (mak confuse sebenarnya apa motif nk sarung tangan, tp dah cikgu suruh beli, beli aje la). Dalam keterujaan anak teruna sorang ni, mak sebenarnya sceptical, nak ke beliau turun main lumpur? Nak pijak lantai melekit sikit pun dah tak nak. Dasar penggeli gitu. Tang tangkap ikan lagi la mak nak tergelak, dgn serangga hatta rama2 pun beliau takut, lagi mau kejar dan tangkap ikan keli?
Takpe la mak layankan aje. Biar dia enjoy keluar dgn kawan2. Tapi dalam banyak2 benda, mak paling risau satu je. My top priority. Child seat. 💆🏻‍♀️entah berapa juta kali pesan pada Haris, kalau bas ada seatbelt, pakai seatbelt ketat2. Jangan longgar. Kalau takde seatbelt (😭), duduk diam2 dan pegang kuat2 kat kerusi. Elakkan daripada tidur sebab kalau jadi apa2 nanti Haris tak boleh bertindak-balas. Pada d-day, Mak lepaskan dengan doa.
Dan hasilnya? Wallah!
“Haris dapat tangkap dua ekor, mama! Laju betul ikan tu lari tapi Haris dapat tangkap jugak!”
😆😆😆 thats my boy!
Photos Credit to Little Caliph Segambut
* Mak dia dulu umur tujuh tahun saya bawa naik gunung tebu, pikul beg sendiri. Bawa adiknya sekali dan adiknya pula selalu nak berhenti dan nak minum. Pastu nak tidur pulak masa tu umur siadiknya lima tahun. 

Bila dia boring tunggu adik tidur, dia minta izin saya untuk naik sendiri sorang-sorang dia. Saya izinkan dan berpesan trek yang macam mana dia boleh ikut.

Saya sampai ke puncak jam lima petang, saya dapati dia dah ada kat puncak berseorangan juga sebab tak ada orang lain yang mendaki pada masa itu. 

Saya tanya dia kul berapa Along sampai? Dia cakap kul tiga lagi dan dah siap merayau di puncak tu.

Itu cerita mak dia. Tapi sianak ni penakut sikit dan cerewet tentang kebersihan. 

Alhamdulillah dia boleh dan berjaya menguasai takut dan cerewet dia tu dan berjaya mengatasinya di program ni. 

Friday, January 19, 2018

Cintanya jauh di hutan: Aku pun dah rindukan hutan dan nature

Shariffa Sabrina, cintanya jauh di hutan
Gan Pei Ling · Diterbitkan pada 18 Jan 2018 11:00AM
Aktivis alam sekitar, Shariffa Sabrina Syed Akil berkata ada sesetengah pihak di negara ini menganggap hutan kita seperti mesin ATM. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 18 Januari, 2018

AKTIVIS alam sekitar yang lantang, Shariffa Sabrina Syed Akil menyimpan seribu satu cerita sepanjang pengalamannya bergiat turun padang mempertahankan khazanah hutan daripada tangan-tangan rakus yang tamak dan tidak memikirkan masa depan.

Beliau pernah ditangkap, tuntutannya diabaikan pihak berkuasa, dan perlahan-lahan beliau dipencilkan oleh kawan-kawan dan dipinggirkan oleh ahli politik.

Sejak mendirikan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) pada 2010, Shariffa berjihad menentang pencerobohan ke atas hutan di Kelantan, Pahang, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

Tetapi ia perjuangan yang sangat sunyi, hanya disahut oleh segelintir orang yang betul-betul mengerti.

"Apabila kami berjumpa Jabatan Perhutanan, mereka selalu kata mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Apabila kami berjumpa kerajaan persekutuan, mereka kata hutan di bawah kerajaan negeri.

"Mereka buat kami macam bola ping pong," katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada 2016, Shariffa Sabrina dan pembantunya, Norhayati Sharom jadi tajuk berita apabila mereka ditangkap dan ditahan reman kerana didakwa membuat kenyataan yang menghina Sultan Johor.

"Kami dihumban ke dalam lokap dan dilayan seperti penjenayah hanya kerana membangkitkan persoalan kenapa hutan simpan kekal terakhir di Mersing dikeluarkan dari gazet untuk ditanam kelapa sawit," katanya.

"Hutan kita macam mesin ATM untuk sesetengah orang. Mereka ingat membalak itu cara cepat untuk buat duit  . Kalau hutan dah bersih, nak buat duit macam mana?"

"Dan apa yang dapat daripada pembalakan? Bolehkah buat rakyat kaya? (Kerajaan negeri) Pahang masih berhutang. Rakyat Kelantan masih miskin," katanya.

Sejak beberapa tahun, pemilik resort Tanah Aina di Pahang yang terkenal itu berkata beliau sudah jenuh mencuba menjual idea kepada kerajaan negeri untuk menggunakan pelancongan alam sebagai usaha pembangunan mapan.

Kejayaan Peka menghentikan aktiviti pembalakan di sekitar Bukit Fraser di Pahang tahun lalu merupakan antara pencapaian manis kumpulan aktivis itu dalam usahanya melindungi alam sekitar.

"Pelancongan ekologi ini mapan biar pun ia makan masa untuk dibangunkan. Kita juga sediakan peluang kerja jangka panjang kepada penduduk setempat sebagai pemandu pelancong dan kakitangan layanan," kata Shariffa Sabrina.

Beliau menyebut Taman Negara sebagai contoh pelancongan alam sekitar yang berjaya.
Presiden Peka Shariffa Sabrina Syed Akil berkata kuasa sebenar untuk mempertahankan hutan daripada terus dijarah terletak pada tangan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Januari, 2018

Ditanya sama ada kawan-kawannya yang berpengaruh dan kaya-raya mendukung kempennya, Shariffa Sabrina menjawab tidak.

"Mereka cuma kata apa yang saya buat ini bagus. Titik. Tak lebih daripada itu."

Beliau menambah kuasa sebenar untuk mempertahankan hutan daripada terus dijarah terletak pada tangan rakyat.

"Satu-satunya jalan penyelesaian yang saya nampak ialah suara rakyat. Masyarakat, penduduk kampung mesti tampil dan membantah pemusnahan hutan dan kawasan hijau seperti (yang dilakukan penduduk Taman Tun Dr Ismail untuk) Bukit Kiara.

"Kalau kita sama-sama bersatu menentangnya, kerajaan akan fikir dua kali (sebelum menebang hutan," katanya.

Cef pastri bertauliah dan pelatih kecergasan ini berkata beliau mendapat semangat meneruskan perjuangan yang tidak popular ini daripada cintanya kepada khazanah hutan.

"Saya lihat dunia dari mata yang berbeza… Ibu bapa saya bercerai semasa umur saya empat tahun. Saya tidak pernah ada kasih sayang ibu. Ibu tinggalkan saya.

"Ada dua benda yang buat saya gembira (semasa kecil): bersukan dan berjalan di hutan.

"Apabila kita bersama alam, kita akan rasa tenang, damai dan gembira," kata anak Pulau Pinang ini.

"Hutan memberikan kita banyak manfaat. Kenapa kita hendak musnahkannya?" – 18 Januari, 2018.

Thursday, January 18, 2018

'spiderwoman' panjat tebing batu

Luo rela panjat tebing curam demi keluarga

Selama berabad-abad, masyarakat Miao yang bermukim di Barat Daya China memiliki tradisi mendaki tebing curam.

Tradisi ini mulanya adalah sebahagian dari ritual penguburan jenazah.

Seperti halnya masyarakat Toraja di Indonesia, kaum Miao menyimpan jenazah kerabat mereka di atas tebing-tebing curam.
 
 
 
Baca selanjutnya di sini

Sunday, January 14, 2018

Seorang lagi menjadi mangsa Gunung Nuang

Lelaki dipercayai maut terjatuh di puncak Gunung Nuang
NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
13 Januari 2018 9:59 PM
Kawasan berhampiran tempat mangsa tertimbus di puncak Gunung Nuang hari ini

KAJANG - Seorang lelaki dikhuatiri maut apabila terjatuh di puncak Gunung Nuang, Hulu Langat di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.30 petang.

“Lelaki yang berusia lingkungan 40-an itu dipercayai terjatuh ketika mendaki di puncak Gunung Nuang

“Rakan mangsa memaklumkan lelaki itu sudah meninggal dunia tetapi keadaan sebenarnya masih belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, pasukan bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam sudah naik ke puncak gunung itu pada pukul 3.15 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat sudah dilakukan bagi membawa mangsa turun,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu, lokasi mangsa dipercayai terjatuh terletak kira-kira 100 meter dari puncak Gunung Nuang.

“Operasi pendakian untuk sampai ke lokasi mangsa dipercayai terjatuh mengambil masa enam jam dan Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) juga dikerahkan ke lokasi untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya

Wednesday, March 29, 2017

Pendaki Malaysia berumur 69 tahun akan cuba menawan Gunung Everest

Pendaki tertua Malaysia cuba daki Everest lagi
28 MAC 2017
gunung everest gambar hiasan

PENDAKI gunung tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, kini siap sedia untuk melakukan percubaan kali kedua mendaki Gunung Everest.

Bercakap kepada Bernama, Chong Meng berkata, pengalamannya tahun lepas memberikannya pemahaman lebih baik mengenai 'bumbung dunia' itu, hingga membolehkan beliau membuat persediaan lebih baik kali ini.

"Kali ini, saya boleh kata keyakinan itu ada," kata beliau.

Pada Mei tahun lepas, Chong Meng terpaksa membatalkan pendakian peringkat akhir ke kemuncak Gunung Everest ketika beliau sampai di Kem III di ketinggian 7,200 meter akibat cuaca buruk.

Tahun ini, the Lion Mount Everest Expedition (MEE) 2017, yang dianjurkan oleh Kelab Lions Port Dickson Pantai (LCPDP) akan terdiri daripada tiga peserta termasuk James.

Dua pendaki lagi ialah Eugene Kwan Jyh Sin, 47, dan Chong Nyuk Kooi, 49. 

Kwan dan Chong akan mengiringi Lee ke 'Base Camp' Gunung Everest, kemudian Lee akan meneruskan pendakian ke kemuncak.

Ketiga-tiga mereka akan menunju ke Kathmandu pada 1 April dan akan berlepas di Lukla pada 3 April.

Lee akan membawa dua mesej penting MEE. Pertama, untuk mengilham penduduk dari setiap peringkat umur agar berusaha mendapatkan kesihatan yang baik dan memainkan peranan aktif dalam masyarakat.

Ekspedisi itu juga menyerus supaya dihentikan perbuatan menggondol bukit, penebangan pokok, penebusan tanah dan pembakaran terbuka demi memelihara bumi untuk generasi masa hadapan.  

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan memain peranan sebagai rakan media ekspedisi itu. 

"Kita kagum dari segi keazaman Lee untuk menawan puncak Everest buat kali kedua.

"Perjalanan yang memakan masa dua bulan dalam kesejukan, kepayahan dan keadaan berbahaya membuatkan Bernama mahu berkongsi berita ini kepada semua rakyat Malaysia," kata Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.

Presiden LCPDP, Tan Sri Othman Abd Razak berkata kelab itu membelanjakan RM 300,000 untuk ekspedisi itu.

Kwan dan Chong akan mengiringi Lee ke 'Base Camp' Gunung Everest, kemudian Lee akan meneruskan pendakian ke kemuncak.

Ketiga-tiga mereka akan menunju ke Kathmandu pada 1 April dan akan berlepas di Lukla pada 3 April.

Lee akan membawa dua mesej penting MEE. Pertama, untuk mengilham penduduk dari setiap peringkat umur agar berusaha mendapatkan kesihatan yang baik dan memainkan peranan aktif dalam masyarakat.

Ekspedisi itu juga menyerus supaya dihentikan perbuatan menggondol bukit, penebangan pokok, penebusan tanah dan pembakaran terbuka demi memelihara bumi untuk generasi masa hadapan.   

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan memain peranan sebagai rakan media ekspedisi itu.  

"Kita kagum dari segi keazaman Lee untuk menawan puncak Everest buat kali kedua.

"Perjalanan yang memakan masa dua bulan dalam kesejukan, kepayahan dan keadaan berbahaya membuatkan Bernama mahu berkongsi berita ini kepada semua rakyat Malaysia," kata Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.

Presiden LCPDP, Tan Sri Othman Abd Razak berkata kelab itu membelanjakan RM 300,000 untuk ekspedisi itu. - Bernama

Sunday, December 18, 2016

Terperangkap di Gunung lagi: Kenapa kebelakangan ini kejadian begini sering berlaku?

* Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada kejadian 'Kemalangan dan tersesat/hilang arah' di pergunugan.

Pengendali program harus mengkaji beberapa aspek keselamatan sebelum mendaki jangan redah sembrono

Sembilan pendaki terperangkap di Gunung Gading, Lundu
Disember 17, 2016 23:08 MYT
Sembilan pendaki terperangkap di Gunung Gading, Lundu
Balai Bomba dan Penyelamat Lundu menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 6.30 petang tadi. - Foto Sarawaktourism.com
KUCHING: Sembilan pendaki dan salah seorang daripadanya cedera, terperangkap di Gunung Gading, Lundu, yang terletak kira-kira 62 kilometer dari sini atau dua kilometer dari pekan Lundu.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu masih mendaki untuk ke lokasi mangsa dipercayai berada.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat Lundu menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 6.30 petang tadi.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kota Samarahan sebuah bot dilaporkan karam di sungai berhampiran Kampung Serpan, Asajaya, Kota Samarahan. Jarak kejadian adalah 53 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pengadu melaporkan bot yang digunakan mangsa telah ditemui tersadai kira-kira lapan kilometer dari jeti Kampung Serpan tetapi mangsa tidak ditemui.
Katanya, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan maka operasi mencari mangsa terpaksa ditangguhkan pada jam 6.50 petang tadi dan akan disambung pagi esok. --Bernama

Thursday, December 15, 2016

13 orang pula pendaki Malaysia tersangkut di Gunung Leuser

Nasib 13 pendaki kandas di Gunung Loser belum diketahui

  | December 15, 2016
Kumpulan pendaki itu berlepas ke Medan pada 1 Disember dan tiba di gunung pada 2 Disember setelah 20 jam perjalanan darat dari Medan melalui kawasan bukit Tanah Karo.
JAKARTA: Nasib kesemua 13 pendaki Malaysia yang terperangkap di Gunung Loser di Aceh termasuk seorang yang diserang hipotermia masih belum diketahui sehingga sekarang.
Pengarah Urusan Global Communication Center (GCC) Malaysia, Mustaqim Mustaza memberitahu pihaknya masih belum mendapat maklumat lanjut ekoran perhubungan antara pasukan mencari dan menyelamat dengan pusat komunikasi di Base Camp Jalur Kedah di gunung itu setakat ini masih terputus.
Sebanyak 12 orang dilaporkan terperangkap di Kem Bipak Kaleng pada ketinggian 2,972 meter manakala ketua pendaki Khairil Aslan Ab Rasid pula terperangkap di ketinggian 3,404 meter.
GCC menjadi koordinator secara ihsan untuk operasi mencari dan menyelamat.
Khairil dikatakan berada di kawasan yang lebih tinggi setelah terpaksa menempuh ribut untuk mendapatkan isyarat telefon dan beliau tidak dapat turun kerana cuaca semakin buruk dengan suhu mencapai satu darjah Celcius.
Mustaqim memberitahu anggota pendaki yang dilaporkan tenat akibat hipotemia itu dikenali sebagai Ahmad Nazit Rashid, 40, dari Simpang Teluk Teduri, Kedah.
Nazit dan 12 lagi pendaki termasuk 3 wanita menyertai Ekspedisi Unity Trans-Lung 2016 untuk mendaki gunung itu, yang diketuai Khairil seorang pendaki solo profesional.
Kumpulan Ekspedisi Unity Trans-Lung 2016 itu berlepas ke Medan pada 1 Disember dan dilaporkan tiba di Base Camp Jalur Kedah di gunung itu pada 2 Disember setelah 20 jam perjalanan darat dari Medan melalui kawasan bukit Tanah Karo.
Mustaqim berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, setelah seminggu membuat pendakian ke puncak Gunung Loser, kumpulan itu tiba dan berehat di Kem Bipak Kaleng dengan ketinggian 2,972 meter dalam keadaan cuaca buruk.
“Mereka terpaksa berhenti rehat akibat cuaca buruk tetapi secara tiba-tiba seorang daripada rakan mereka iaitu Nazit mengalami hipotermia iaitu kekejangan perut dan suhu badannya jatuh mendadak manakala degupan jantungnya menjadi lemah,” katanya.
Katanya, disebabkan keadaan Nazit yang semakin kritikal, Khairil bersama 3 pembantu rakyat tempatan nekad merempuh cuaca buruk itu bagi mendaki ke puncak gunung agar dapat membuat panggilan bantuan kecemasan.
Beliau berkata, kesemua 12 anggota ekspedisi lain berteduh di Kem Bipak Kaleng dengan ditemani 6 rakyat tempatan yang bekerja sebagai pemandu pendakian.
Pada 10 Disember, iaitu selepas 2 hari meneruskan pendakian ke puncak, Khairil kemudian berjaya sampai ke ketinggian 3,404 meter dan membuat panggilan kecemasan pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia dengan menghubungi GCC di Kuala Lumpur.
“Kami menerima ‘panggilan kecemasan’ dari Khairil yang memaklumkan kecemasan kumpulan pendakinya di Kem Bipak Kaleng dan beliau meminta kami menjadi koordinator bagi Operasi Mencari dan Menyelamat,” katanya.
Katanya, pihak GCC terus menghubungi Badan SAR Nasional (Basarnas) di Jakarta dan memaklumkan mengenai kejadian itu sebelum dihubungkan dengan Basarnas di Aceh.
Pasukan mencari dan menyelamat dari Badan SAR Nasional (Basarnas) pula terpaksa menggunakan jalan darat dengan mendaki gunung itu kerana tidak dapat menggunakan helikopter ekoran cuaca buruk.
Pasukan SAR itu menjangkakan sampai ke kawasan kem Bipak Kaleng pada hari ini tetapi bagaimanapun sehingga waktu ini masih belum ada sebarang maklumat terkini kerana dipercayai pasukan itu juga mengalami masalah perhubungan.
Mustaqim berkata, pihak berkuasa Indonesia dengan kerjasama Konsulat Malaysia di Medan menubuhkan Pusat Komunikasi Sementara Malaysia di Base Camp Jalur Kedah di gunung berkenaan bagi memudahkan sebarang urusan komunikasi.
Pusat Komunikasi sementara ini juga akan menjadi pusat berkumpulnya waris dan anggota keluarga semua pendaki terlibat.
Berikut adalah senarai nama pendaki Malaysia yang dilaporkan terperangkap di Gunung Loser itu:
  1. Khairil Aslan Ab Rasid, 41 (Bangi Lama, Selangor).
  2. Muhammad Najman Harith Khairil Aslan, 16, (Bangi Lama, Selangor).
  3. Ahmad Nazit Rashid, 40, (Simpang Teluk Teduri, Kedah)
  4. Fitrizan Azizan, 34, (Alor Mengkudu, Kedah)
  5. Nor Azizah Ahmad (P), 33, (Kuala Kurau, Perak)
  6. Siti Aminah Bakar (P), 38, (Ipoh, Perak)
  7. Norimah Zakaria (P), 40, (Puchong, Selangor)
  8. Asmirul Faizal Arifin, 36, (Shah Alam, Selangor)
  9. Mohd Khairul Adi Ahmad Shansuri, 29, (Teluk Intan, Perak)
  10. Noor Adi Fawwaz Jamaludin, 29, (Jitra, Kedah)
  11. Mohd Aminulzahid Abd Rahman, 34, (Gombak, Selangor)
  12. Muhamad Asri Ashari, 34, (Sungai Petani, Kedah).
  13. Muhammad Ariff bin Jamaludin (Ampang Jaya, Selangor)

Saturday, November 12, 2016

Hiis......budak-budak ni nak berekreasi tapi menyusahkan orang lain!

Dua pelajar UiTM sesat di Gunung Tumang Batak dijumpai selamat
Astro Awani |  Diterbitkan pada November 12, 2016 12:22 MYT
Sebahagian dari anggota penyelamat sedang mendengar taklimat tentang operasi mencari dan menyelamat dua pelajar UiTM Shah Alam. - Gambar Astro AWANI

SLIM RIVER: Dua mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terkandas di Gunung Tumang Batak sejak petang Jumaat disahkan berada dalam keadaan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Penolong Penguasa Bomba Jasfian Jamaluddin memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada pegawai pengiring mereka berjaya ditemukan.

Bagaimanapun usaha membawa mereka keluar dijangka selewat-lewatnya petang Sabtu.

Menutut Jasfian, mangsa merupakan dua peserta ekspedisi pengembaraan terdiri daripada 74 pelajar dan terbahagi kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan 34 pelajar UiTM Shah Alam telah mendaki Gunung Liang di kawasan sama turun dengan selamat ke jalan utama petang Jumaat.

Manakala 38 pelajar UiTM Pasir Gudang yang menaiki Gunung Tumang Batak kini masih berada di Pos Loji Sungai Dara.

Keseluruhan operasi melibatkan 50 orang terdiri daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan PDRM.

Dua pelajar tersebut dipercayai sesat di Gunung Tumang Batak apabila tidak dapat menemui jalan pulang berikutan keadaan gelap pada petang Jumaat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Pegawai Bomba Kanan II Yussly Abdul Lati berkata kedua-dua pelajar berkenaan sedang mengikuti ekspedisi pendakian gunung tersebut bersama 30 pelajar yang lain sebelum sesat lewat 6.27 petang Jumaat.

Difahamkan,kedua-dua pelajar berkenaan tidak meminta kebenaran daripada pihak pengurusan sebelum mengambil keputusan untuk memanjat gunung sendiri.
"Bagaimanapun, pihak kami telah berjaya menghubungi kedua-dua pelajar berkenaan dan telah mengarahkan mereka untuk kekal di lokasi terakhir sehingga pihak bomba datang untuk membawa mereka pulang," katanya kepada Astro AWANI.

Jelasnya, operasi penyelamatan masih sedang berjalan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

* Sapelaa  Jurupandu dan Pengiring mereka nih?

Saturday, October 29, 2016

Hilang lagi: Kali ini jurutera Australia hilang di Taman Negara Mulu

Kawasan pencarian jurutera Australia hilang di Taman Negara Mulu diperluas
Astro Awani |  Diterbitkan pada Oktober 29, 2016 13:39 MYT
Gaskell Andrew James, 26 hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Okt lalu. - Foto JBPM

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) jurutera warga Australia, Gaskell Andrew James, 26, yang hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Okt lalu diteruskan hari ini dengan memperluas kawasan pencarian dan bilangan anggota.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Zulbada Alior berkata operasi yang masuk hari ketiga hari ini ditambah kepada 34 orang berbanding 22 orang semalam.

"Lokasi pencarian kini meliputi Lagang Cave, Moon Milk Cave, Stonehorse Cave dan Mulu Summit," katanya.

Pencarian hari ini turut disertai oleh bapa saudara mangsa, Brian Giles.
Operasi hari ketiga pada hari ini telah bermula pada jam 8 pagi tadi disertai oleh seramai 34 orang anggota mencari dan menyelamat . - Foto JBPM

Sementara itu, operasi hari ini turut mengekalkan pencarian mengikut kumpulan iaitu pecahan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan satu terdiri daripada 10 orang yang lokasi pencarian mereka adalah di kawasan Lagang Cave dan Moon Milk Cave.

Manakala untuk kumpulan kedua pula terdiri daripada lapan orang  yang mencari di kawasan Stonehorse Cave yang memakan masa perjalanan selama 40 minit dari pejabat pengurusan Taman Negara Mulu.
Operasi hari ni turut mengekalkan pencarian mengikut kumpulan iaitu pecahan kepada tiga kumpulan. - Foto JBPM

Manakala untuk kumpulan SAR ketiga pula, ini terdiri daripada 6 orang ahli  akan mencari di kawasan Summit Mulu yang terletak  24 kilometer dari pusat operasi di pejabat pengurusan Taman Negara Mulu.

Kumpulan SAR ketiga telah  bergerak pada jam 11 pagi tadi bermula di pejabat SFC Mulu menuju ke Camp 1, Camp 2, Camp 3 dan Camp 4 seterusnya terus ke Summit Mulu menggunakan jalan darat.

Laporan kehilangan dibuat rakan mangsa, Kalang Anak Baling di Balai Polis Pusat Miri.
Mesej terakhir daripada mangsa yang diterima pada 20 Oktober lalu, memaklumkan bahawa mangsa akan pulang pada keesokan harinya, iaitu Sabtu lalu.

Namun sejak itu mangsa tidak dapat dihubungi.

Friday, August 26, 2016

Pendaki hilang sebulan ditemui hidup

- AGENSI - 25 AUG 2016 
Pendaki wanita dari Czech yang hilang sejak sebulan lalu ditemui di sebuah pondok di pergunungan salji di selatan New Zealand.

Polis dimaklumkan bahawa suami wanita itu meninggal dunia di kawasan berhampiran.

Wanita yang tidak diketahui namanya itu ditemui oleh pasukan penyelamat berhampiran Tasik Mackenzie dan dalam keadaan 'munasabah'.

Para penyelamat menyifatkan wanita itu sungguh luar biasa telah dibawa ke hospital untuk diberi rawatan.

Wanita itu memberitahu polis, beliau dan suaminya mendaki trek Routeburn antara Gunung Apiring dan Taman Negara Fiordland pada 24 Julai lalu.

Empat hari kemudian, suaminya jatuh di sebuah curam dan meninggal dunia.

Wanita itu berlindung di pondok tersebut disebabkan salji lebat.

Pihak berkuasa tidak melancarkan operasi mencari pasangan itu kerana mereka didapati tidak berdaftar atau membawa alat kecemasan penjejak.

Tetapi apabila Konsulat Czech melaporkan kehilangan mereka, polis menemui kereta yang diletakkan di satu akhir dan menggunakan helikopter untuk mengesan.

Dengan penemuan wanita itu timbul satu persoalan, bagaimana beliau boleh hidup dalam tempoh sebulan selepas kehilangannya dan kenapa mereka tidak menemui pendaki-pendaki lain, sedangkan laluan Routeburn mengambil masa untuk didaki. - MalaysiaGazette

Thursday, May 5, 2016

Tips Trekking Dan Ekspedisi - di bawa dari N3 asal mountdweller

Trekking Dan Ekspedisi 

Istilah trekking biasanya digunakan bagi aktiviti meredah hutan atau denai.

Trekking di gunung-gunung atau bukit bagi penggemar aktiviti rekreasi di Malaysia biasanya menggunakan perkataan "Mendaki" walau pun pada hakikatnya perkataan mendaki adalah untuk aktiviti mendaki yang perlukan kaedah dan peralatan teknikal di dalam pendakian.

Walau bagaimana pun di sini saya ingin menjuruskan perbincangan tentang "Trekking dan Mengendalikan Ekspedisi" kerana aktiviti trekking merupakan salah satu cabang rekreasi yang digemari oleh sebilangan besar penggemar rekreasi di Malaysia.

Persiapan yang sempurna merupakan perkara penting menentukan berjaya atau gagalnya sesuatu aktiviti. Bagi memudahkan melakukan aktiviti trekking, anda perlu membahagikan kepada dua peringkat.

Peringkat pertama ialah Peringkat Persediaan dan peringkat kedua ialah Peringkat Pelaksanaan.

A. Bagi Peringkat Persediaan : Persiapan setiap pemimpin ekspedisi atau yang akan melakukan aktiviti ini hendaklah bersedia pengetahuan dan peralatan dan persediaan asas seperti di bawah :

1. Kawasan yang dituju - Mesti tahu keadaan muka bumi, flora dan fauna, punca air serta cuaca dan tiupan angin

2. Bilangan Ahli Kumpulan

3. Mengkaji dan meneliti peta sekiranya tidak biasa dengan tempat yang akan dituju dan tidak menggunakan guide - kemahiran membaca peta dan kompas adalah perlu

4. Menduga apakah ancaman atau halangan yang akan ditempuh

5. Kenal pasti peralatan yang perlu dibawa bersesuaian dengan keadaan tempat dan bekalan yang mencukupi bersesuaian dengan jangka masa aktiviti.

6. Tahap kesihatan, kemampuan dan ketahanan semua peserta

Peralatan :

1. Kompas dan Peta
2. Beg Galas yang sesuai dan selesa  - contoh spt gambar di atas
3. Kasut yang sesuai - Canvas yang lembut dan berkusyen serta tapak yang memberi cekaman - contoh gambar di atas.
4. Khemah yang sesuai - Ringan dan Kalis Air  - contoh gambar di atas

5. Peralatan memasak - ringan, ringkas dan mudah digunakan

6. Wisel, tali, pisau kecil dan botol air

7. Lampu suluh - Bulb simpanan, Bateri simpanan

8. Lampu

9. Lilin Kecemasan atau Light Stick

10. Kotak Kecemasan dengan Ubat yang perlu

11. Pakaian yang dan alat mencukupi - Tuala, Ubat dan berus gigi, pakaian tidur, sendal atau sleeper, Selimut atau Sleeping bag, Sleeping mate atau alas tidur dan baju penahan sejuk atau windbreaker

12. Survival Kit

Trekking Dan Ekspedisi - sambungan Perlaksanaan:

Bekalan makanan - Untuk menjana tenaga, badan memerlukan Glukosa, Protin dan Fibre. Dan sudah tentulah makanan yang membuka selera juga penting untuk diambil kira. Jadi di dalam penyediaan bekalan makanan perkara-perkara di atas hendaklah diambil kira di samping penyediaan yang mudah dan ringkas.

Sebaik-baik bekalan adalah bahan makanan di dalam tin. Tin tersebut pula hendaklah ringan dan kecil.

Jangan bawa bekalan makanan dan minuman terlalu berlebihan kerana ianya akan menjadi beban.

Jangan bawa bahan basah dan mudah busuk.

Taklimat Awal - Ketua Ekspedisi mestilah mengumpul semua peserta dan memberikan "Taklimat Awal" kepada semua peserta sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh pelaksanaan. Ini perlu untuk memberi masa secukupnya kepada peserta yang belum lengkap dari segi peralatan dan sebagainya melengkapkan diri. Taklimat Awal ini adalah satu perkara yang amat perlu diberikan kepada semua peserta tentang bagaimana ekspedisi akan disusun, perjalanan, bentuk muka bumi, keselamatan, peralatan dan cara *berpakaian. Di sini sepatutnya Ketua Ekspedisi menyerahkan "Check List Peralatan" untuk diteliti oleh semua peserta sekali lagi.

* Pakaian yang sesuai yang dimaksudkan adalah, pakaian yang selesa dipakai (bahan dari kapas), tidak ketat, lasak, menyerap peluh (Jeans) tidak digalakkan kerana walau pun lasak tetapi bila basah akan menghadkan pergerakan anggota badan. Pakaian penahan sejuk diperlukan pada waktu malam (biasanya di puncak gunung keadaan akan sejuk di waktu senja dan malam)

Taklimat sebelum memulakan perjalanan - Perlu untuk membuat pemeriksaan terakhir kepada "Check List" serta pesanan atau arahan terakhir sebelum memulakan perjalanan/ekspedisi. Semua peserta mesti diberikan "Nombor Peribadi" sebagai identiti sepanjang masa ekspedisi berjalan. Pemberian Nombor Peribadi ini sangat perlu untuk keselamatan peserta. Semua peserta akan dikenal pasti dengan nombor ini dari mula ekspedisi sehingga tamat dan bersurai.

Taklimat Semasa Ekspedisi - Taklimat juga perlu diberikan semasa ekspedisi berlangsung. Contohnya setiap kali memulakan perjalanan selepas berhenti rehat. Pada setiap kali berhenti rehat, untuk keselamatan, sebelum meneruskan semula perjalanan semua peserta mesti dihitung semula melalui "Nombor Peribadi" masing-masing yang telah diberikan.

Tatacara Trekking -

1. Sebelum memulakan perjalanan/ekspedisi, Ketua Ekspedisi hendaklah melantik Ketua-Ketua Kumpulan, Satu atau dua orang yang membawa First Aid Kit, dua atau tiga orang Sweeper bergantung kepada jumlah peserta dan pertimbangan Ketua Ekspedisi.

2. Peserta-peserta akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang mengandungi paling ramai sepuluh anggota bagi satu kumpulan dan akan diketuai oleh seorang Ketua Kumpulan yang telah dilantik tadi. Ketua Kumpulan ini mestilah orang boleh menjadi Leader yang bertanggung jawab dan boleh menguasai keadaan sekiranya berlaku kecemasan.

3. Semasa trekking orang yang membawa "Fisrt Aid Kit" hendaklah sentiasa berada di belakang sekali dan dilarang sama sekali memotong mana-mana kumpulan atau peserta. Ini kerana Pembawa fisrt aid kit inilah yang akan memberi rawatan kepada sesiapa saja dari ahli. Mana-mana ahli yang memerlukan rawatan hendaklah menunggu dihadapan dengan berteman. Pembawa first aid kit ini sudah tentulah orang yang tahu merawat.

4. Sweeper mestilah terdiri daripada orang kuat kerana sekiranya berlaku kecederaan atau mana-mana anggota ekspedisi bermasalah, tugas sweeperlah yang akan menjadi potter atau memapah anggota yang bermasalah. Oleh sebab itu Sweeper mestilah berada di belakang bersama-sama dengan pembawa first aid kit dan mereka juga dilarang memotong. -

Posted by mountdweller at 4:14 PM - 18 March 2008

# bagi menambahbaikan sila perturunkan di ruangan komen