Friday, April 13, 2018

Isu dakwaan Rafidah: Adakah SPRM akan buat derk juga......atau tunggu laporan dibuat?

SPRM perlu siasat dakwaan bekas menteri kabinet
MOHD ALI HASHIM  -  April 13, 2018 7:50 am
Pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Rafidah Aziz tidak harus dipandang ringan sebaliknya perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan kepentingan dan aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus menyiasat segera pendedahan tersebut kerana ia melibatkan Kementerian Pertahanan.

“Sebagai bekas menteri kabinet yang agak lama, sudah pasti beliau mempunyai banyak maklumat.

“Sehubungan itu SPRM mesti segera membuat siasatan walaupun ia didakwa melibatkan Perdana Menteri.

“Buktikan bahawa SPRM efisien dan pantas bergerak apabila ada pendedahan yang telah dibuat sebegitu rupa, ” ujarnya ketika ditemui selepas ceramah Pakatan Harapan (PH) di Permatang Pasir, Permatang Pauh.

Rafidah baru-baru ini mendedahkan cadangan Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Pertahanan dalam mesyuarat kabinet dipengerusikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 untuk menswastakan 40,000 hektar tanah milik ATM di seluruh negara kepada syarikat yang dimiliki tiga individu.

Penswastaan itu juga dilakukan secara runding terus.

“Memandangkan PRU semakin dekat, maka adalah wajar SPRM menjalankan siasatan dengan segera.

“Sekiranya terbukti ada mana-mana pihak yang telah menyalahgunakan kuasa atau kedudukan, maka tindakan mesti segera diambil.

“Dengan tindakan segera tersebut ia dapat menghilangkan persepsi negatif masyarakat terhadap SPRM,” tegasnya.

Justeru itu katanya, tidak dapat dinafikan banyak lagi pendedahan dan pembongkaran salah laku pimpinan Umno dan BN yang akan didedahkan tidak lama lagi.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar, Ketua Cabang PKR Permatang Pauh Amir Ghazali, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan para pemimpin PH Pulau Pinang.
Sebahagian hadirin pada majlis ceramah PH di Permatang Pasir, Permatang Pauh.

3 comments:

  1. Woi pencuri, apa la mak bapak kau tak tahu didik anak sampai kau jadi PENCURI! Kah kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa tanya bini dia tak pandai didik laki ke atau bini dia pun sama komplot hasut dia mencuri?

      Delete
  2. Kenapa tidak ada tindakan kepada semua laporan yang melaporkan ada pencuri duit rakyat.
    Mungkinkah ia benar?

    ReplyDelete