Saturday, November 12, 2016

Hiis......budak-budak ni nak berekreasi tapi menyusahkan orang lain!

Dua pelajar UiTM sesat di Gunung Tumang Batak dijumpai selamat
Astro Awani |  Diterbitkan pada November 12, 2016 12:22 MYT
Sebahagian dari anggota penyelamat sedang mendengar taklimat tentang operasi mencari dan menyelamat dua pelajar UiTM Shah Alam. - Gambar Astro AWANI

SLIM RIVER: Dua mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terkandas di Gunung Tumang Batak sejak petang Jumaat disahkan berada dalam keadaan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Penolong Penguasa Bomba Jasfian Jamaluddin memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada pegawai pengiring mereka berjaya ditemukan.

Bagaimanapun usaha membawa mereka keluar dijangka selewat-lewatnya petang Sabtu.

Menutut Jasfian, mangsa merupakan dua peserta ekspedisi pengembaraan terdiri daripada 74 pelajar dan terbahagi kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan 34 pelajar UiTM Shah Alam telah mendaki Gunung Liang di kawasan sama turun dengan selamat ke jalan utama petang Jumaat.

Manakala 38 pelajar UiTM Pasir Gudang yang menaiki Gunung Tumang Batak kini masih berada di Pos Loji Sungai Dara.

Keseluruhan operasi melibatkan 50 orang terdiri daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan PDRM.

Dua pelajar tersebut dipercayai sesat di Gunung Tumang Batak apabila tidak dapat menemui jalan pulang berikutan keadaan gelap pada petang Jumaat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Pegawai Bomba Kanan II Yussly Abdul Lati berkata kedua-dua pelajar berkenaan sedang mengikuti ekspedisi pendakian gunung tersebut bersama 30 pelajar yang lain sebelum sesat lewat 6.27 petang Jumaat.

Difahamkan,kedua-dua pelajar berkenaan tidak meminta kebenaran daripada pihak pengurusan sebelum mengambil keputusan untuk memanjat gunung sendiri.
"Bagaimanapun, pihak kami telah berjaya menghubungi kedua-dua pelajar berkenaan dan telah mengarahkan mereka untuk kekal di lokasi terakhir sehingga pihak bomba datang untuk membawa mereka pulang," katanya kepada Astro AWANI.

Jelasnya, operasi penyelamatan masih sedang berjalan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

* Sapelaa  Jurupandu dan Pengiring mereka nih?

5 comments:

  1. budak2 zaman ni main rodong ikut suka depa la pak din..bila sesat,menyusahkan orang ramai..

    ReplyDelete
  2. Tulaa sebanya pak din tanya sape guide dan pengiring. Jurupandu dan pengiring mereka ni mahir ke tatacara dan seluk-beluk hutan dan gunung?

    Kalau imkutkan pengalaman pak din, budak2 ni pakai redah jer tapi kitalah kena waspada dan monitor mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah la main redah,pantang larang tak ikut,cakap besar dsb..
      masuk tempat 'orang" tak bagi salam,tak jaga adab,buang sampah merata,dapat habuan la pak din oii.

      sy pun kaki hutan gak,banyak yg sy belajar dr penulisan pak din dulu2

      Delete
  3. Hud

    Syukur ada juga pelapis yang tahu hal-hal hutan selepas pak din. Terima kasih kerana sudi juga ambil sikit sebanyak dari pak din.

    Oh ya.....kalau nak lengkap datanglah jumpa pak din. Ha..call dulu. no tell nant pak din taip kat side bar kanan tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. otai mcm pak din ni,nak kencing berak pun ushar tempat dulu,siap kambus pas selesai..
      budak2 baru jgn harap la,besepah taik celah batu,yg.berak dan kencing dalam air pun belambak.
      tak beradab dgn alam,haiwan,sedangkan nabi pun berakhlak dgn haiwan..
      macam2..
      nanti 1 hari sy nak jumpa pak din,nak beguru lagi hal2 hutan/gunung

      Delete