Tuesday, April 3, 2018

GST dilaksanakan untuk bantu orang susah?

Ayyoyo.....tak tahu nak kata apa daa.....

April 2, 2018
Pembangkang hasut orang miskin benci GST, kata Annuar Musa
Mohamad Fadli
PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa berkata pembangkang sengaja mencetuskan kemarahan orang miskin terhadap GST sebab mahu menghasut mereka menolak benda baik.

Ketua Penerangan Umno juga berkata GST sengaja dibesar-besarkan untuk menanamkan politik kebencian, lebih lagi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Walaupun GST yang dilaksanakan kerajaan mendapatkan dana untuk bantu orang susah, tetapi yang dihasut orang susah,” katanya dalam sembang meja bulat yang disiarkan di Facebook.

Annuar kesal pembangkang menghasut penerima manfaat GST menolak cukai itu, sedangkan pembayar terbesar GST ialah syarikat-syarikat besar dan golongan kaya.

“80% GST disumbang syarikat besar dan orang kaya. Orang kaya berbelanja banyak bayar GST banyak. Orang miskin belanja sikit GST dikenakan sedikit dan dapat banyak bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Awal Pesekolahan (BAP) dan berbagai lagi daripada kerajaan,” katanya.

Malaysia melaksanakan GST pada kadar 6% sejak April 2015.

Pakatan Harapan (PH) menerusi Bajet Alternatif 2018 dan manifesto PRU14 berjanji akan memansuhkan GST.

7 comments:

  1. mamat ni faham ke x yg dicakapkn tu,. krn GST la org miskin terus miskin n yg kaya tetap kaya, jd MP x turun padang mana tau masalah rakyat, kerja dia nk ampu bodek je,.

    ReplyDelete
  2. mamat ni faham ke x yg dicakapkn tu,. krn GST la org miskin terus miskin n yg kaya tetap kaya, jd MP x turun padang mana tau masalah rakyat, kerja dia nk ampu bodek je,.

    ReplyDelete
  3. mamat ni faham ke x yg dicakapkn tu,. krn GST la org miskin terus miskin n yg kaya tetap kaya, jd MP x turun padang mana tau masalah rakyat, kerja dia nk ampu bodek je,.

    ReplyDelete
  4. mamat ni faham ke x yg dicakapkn tu,. krn GST la org miskin terus miskin n yg kaya tetap kaya, jd MP x turun padang mana tau masalah rakyat, kerja dia nk ampu bodek je,.

    ReplyDelete
  5. Dah makan duit rasuah byk sgt sampai cakap pun merapu

    ReplyDelete
  6. Susah aku nak kata tentang menteri di bawah kerajaan najis ini kerana menteri nya bersekolah dari tadika kemas

    ReplyDelete