Wednesday, April 11, 2018

Eh.....aku bermimpi ker atau memang di alam nyata ni?

* Assalam dan saya mohon maaf  kepada semua pengunjung kerana tinggalkan korang tanpa pesan. 
Sebenarnya saya ke suatu tempat yang masih jakun tanpa capaian internet selama lebih kurang seminggulah kot?

Pada petang semalam barulah tiba balik ke tempat yang kiranya berada di tempat yang berupaya untuk berhubung dan dalam masa seminggu jugalah saya berada di dalam alam gelap tanpa tahu apa-apa berita yang berlaku.

Mohd Amar tawar BR1M RM2,500 jika jadi PM
N Faizal Ghazali  |  Dikemaskini 11 Apr 2018, 7:05 pagi
PRU14 | Meski semua parti sudah membentangkan manifesto masing-masing, PAS nampaknya belum selesai memberi tawaran yang lebih lumayan kepada rakyat sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Terbaru, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan pihaknya bersedia memberikan wang BR1M berjumlah RM2,500 sekiranya PAS memerintah negara dan beliau diangkat sebagai perdana menteri.

Jumlah yang ditawarkan PAS itu lebih tinggi berbanding tawaran Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sebelum ini dalam manifesto BN.

"Malam ini saya nak isytihar, kalau kita menang memerintah Malaysia, ambo (saya) jadi perdana menteri ambo akan bayar BR1M RM2,500.

"Guana agok (macam mana agak)? Berpeluh kalau Najib dengar, sebab tiga kali dah BR1M naik selepas ambo sebut. Kebetulan ke tidak ambo tak pasti," katanya ketika berceramah di program Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan PRU14 di Salor, Kota Bharu, malam tadi.

Terdahulu, BN menawarkan kenaikan wang BR1M dengan tambahan RM800 berbanding jumlah asal iaitu RM1,200 dalam manifestonya jika kekal memerintah Malaysia selepas PRU14.

Untuk rekod, sejak diperkenalkan pada 2012, agihan BR1M bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah berjumlah RM500 sebelum ditingkatkan kepada RM1,050 (2016), RM1,200 (2017) dan RM1,200 (2018).

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menjelaskan tawarannya dibuat kerana mendapati kerajaan BN menaikan nilai BR1M setiap kali beliau memberi tawaran yang lebih tinggi.

"Dulu BR1M RM500 saja, ambo pernah sebut kalau ambo jadi perdana menteri nak bagi RM1,000. Selepas itu naik, kemudian ambo sebut lagi nak bagi RM1,500, dia (Najib) naikkan jadi RM1,200.

"Sekarang dia janji pula, sebelum ini ambo kata kalau jadi perdana menteri ambo nak naikkan jadi RM2,000. Dia pun umum dalam manifesto nak bagi RM2,000.

"Jadi malam ini saya nak lawan balik, kita nak bagi RM2,500," jelasnya.

Tambah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor itu, penambahan BR1M dibuat oleh kerajaan persekutuan itu kemungkinan kerana Najib mendengar ceramahnya.

"Barangkali dia (Najib) ini dengar ceramah ambo, tuan-puan boleh rujuk ucapan-ucapan saya yang lepas boleh tengok dalam You Tube.

"Yang saya sebut dia balas balik belaka," katanya yang turut menyentuh isu pemikiran cetek di kalangan pengundi yang enggan mengundi PAS susulan tidak diberi bantuan-bantuan kecil.

* Memang Nik Amar ni tukang lawak hebat dan punya angan tertinggilah dalam PAS kot?
Sebelum tawar BR1M ker apa, nak tanya sikitlah kat bakal PM PAS ni. 

Dah selesaikah bayaran elaun lebih masa pekerja di bawah kerajaan tempatan di bawah kerajaan PAS Kelantan bagi bulan lepas atau tahun lepas? Mereka tidaklah seramai Rakyat Malaysia yang ditawarkan BR1M dengan jumlah yang berganda tu!.

8 comments:

  1. Syukur.. Alhamdulillah.. tuan selamat muga Allah mengurniakan sdr Fakhruddin kesihatan hakiki & mampu menyumbang penulisan yg membuka minda marhaen khususnya pngunjung2 blog ini...
    JazakaAllahu khairan kathiraw..

    ReplyDelete

  2. PAS memang dah out.

    Bukan kah PAS telah menawarkan sesuatu lebih tinggi dari wang?

    Kenapa PAS mengajar umat Islam terutama ahli PAS dengan kesenangan dunia sedangkan PAS menjanjikan Syurga kepada Walaun-Walaun ?

    Gila ke apa PAS ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Pas yg giler, tapi pemimpin2 parti, dari yang no:1 hingga yang di bawah, semua dah mengamal berpolitik sewel!

      Delete
  3. Hairan jgk ku..senyap ja

    ReplyDelete
  4. Syukur....ada lagi tuan,ingatkan tuan dah kena tangkap dgn sb.Tertanya dlm hati apakah tuan selamat.Sy rindu dgn blog tuan ni.Blog ni saja sinambungan saya dgn bro Anwar Ibrahim yg saya sanjungi sbb bagi saya tiada lagi orang telah diuji sehebat Anwar.Trm ksh tuan atas sumbangan blog tuan ni.Saya doakan Allah memelihara tuan dan keluaga tuan..amiin..

    ReplyDelete
  5. Sy takut tuan hilang sebab termakan dadar.

    ReplyDelete
  6. Wak Kang, Banjo, Anonymous 1:11 PM,

    A'kum semua,
    Alhamdulillah sehingga ini saya masih dikurnia nikmat dan rahmatNya.

    Terima kasih di atas ingatan dan doa saudara2. Dan didoakan juga saudara2 semua berada di dalam rahman dan rahmatNya.

    ReplyDelete
  7. Nik amar nk jadi pm? Sapo pulak jadi tpm. Nik beduh ko? Aduh kelakor nik amar range rover ni. Hihihi

    ReplyDelete