Thursday, April 12, 2018

‘GENG 7′ UMNO Sepanggar 'lompat pagar': UMNO Bahagian Sepanggar rebah?

‘GENG 7′ UMNO SEPANGGAR, KETUA PENERANGAN KK PILIH PARTI WARISAN
April 12, 2018
Azhar Matussin menyerahkan borang keahliannya kepada Shafie Apdal, dua dari kiri, sambil di saksikan oleh bekas AJK dari Sepanggar pada satu acara di Kampung Likas pada Rabu malam

OLEH WARTAWAN BORNEOTODAY

LIKAS: Tujuh orang Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Sepanggar menyertai Parti Warisan Sabah pada Rabu, 11 April, 2018.

“Geng 7” yang diketuai oleh Azhar Matussin menyampaikan borang penyertaan mereka kepada Presiden Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal dalam satu acara di Likas, salah satu kubu kuat Umno.

Enam yang lain adalah Sahar Mantamin, Jamrin Wahid, Zaidi Atoh, Ladis Idris, Marino Ahmad dan Din Merin.

Program Santai PDM Kampung Likas, Kota Kinabalu, dihadiri lebih 800 orang di kediaman Matussin Awang Damit, ayah kepada Azhar.
Shafie Apdal ketika bercakap dengan media pada sessi sidang akhbar

Turut menyertai Warisan ialah Ketua Penerangan Umno Kota Kinabalu, Junaidi Abdul Rahman dan 150 orang ahli Umno Sepanggar pada acara yang sama malam itu.

Dalam ucapannya, Azhar berkata penyertaan ‘Geng 7’ itu membuktikan dakwaan Umno bahawa mereka tidak meninggalkan Umno, adalah rata-rata satu pembohongan.

Mereka mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Sepanggar baru-baru ini yang berkuatkuasa dengan serta merta.
Menurut kenyataan mereka, antara faktor yang menyebabkan tindakan untuk keluar dari Umno adalah kerana tiada keyakinan dan telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Umno Bahagian Sepanggar di bawah pemangku Ketua Bahagian Yakub Khan.

Selain itu, mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan Yakub menonjolkan Rahman Dahlan sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Sepanggar bagi menggantikan Jumat Idris.
Mereka berkata ia seolah-olah tidak ada lagi calon lain yang berkelayakan di kalangan kepimpinan Umno Sepanggar hingga terpaksa membawa masuk calon yang sememangnya sudah tidak popular di kawasan yang diwakilinya sebelum ini.

Sementara itu, Shafie dalam satu sidang akhbar kemudian, berkata, beliau yakin lebih ramai lagi ahli UMNO membabitkan AJK dan cawangan akan keluar untuk menyertai parti itu dalam tempoh terdekat ini.
JUMAT IDRIS

Bagaimanapun ketika ditanya reaksi sama ada penyandang Ahli Parlimen Sepanggar Jumat untuk turut berbuat demikian, Shafie berkata, tiada perundingan dilakukan setakat ini malah menyerahkan keputusan itu kepada beliau untuk keluar UMNO.

“Itu terserah dengan dia, saya tidak mahu paksa orang; kalau dia nak masuk, masuklah, orang yang nak masuk kita tak bolehlah nak tolak pasal dia akan menguatkan parti kita.

“Kita boleh terima semua siapa nak masuk dalam parti Warisan, tapi tidak ada syaratlah,” katanya dalam sidang media.

Sebelum, spekulasi kuat mengatakan Jumat yang keahliannya dalam UMNO masih tergantung setakat ini dijangka akan keluar daripada parti itu selepas kedudukannya sebagai calon kerusi parlimen berkenaan diambil alih oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan.

Berkaitan7 AJK Bahagian Umno Sepanggar Diketuai Azhar Letak Jawatan

Oleh WARTAWAN BORNEOTODAY LIKAS: Umno Sepanggar dikejutkan dengan pengumuman bahawa tujuh orang Ahli Jawatankuasa Bahagian itu melepaskan jawatan mereka yang berkuatkuasa dengan serta merta. Diketuai oleh Azhar Matussin, mereka terdiri daripada Sahar Mantamin, Jamrin Wahid, Zaidi Atoh, Ladis Idris, Marino Ahmad dan Din Merin. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, mereka membuat keputusan untuk mengambil tindakan Continue reading

2 comments:

  1. Stunning story there. What happened after? Take care!

    ReplyDelete
  2. who needs enemies when you have the most hated couple running umnobn and it’s last federal government.

    ReplyDelete