Saturday, October 29, 2016

Hilang lagi: Kali ini jurutera Australia hilang di Taman Negara Mulu

Kawasan pencarian jurutera Australia hilang di Taman Negara Mulu diperluas
Astro Awani |  Diterbitkan pada Oktober 29, 2016 13:39 MYT
Gaskell Andrew James, 26 hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Okt lalu. - Foto JBPM

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) jurutera warga Australia, Gaskell Andrew James, 26, yang hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Okt lalu diteruskan hari ini dengan memperluas kawasan pencarian dan bilangan anggota.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Zulbada Alior berkata operasi yang masuk hari ketiga hari ini ditambah kepada 34 orang berbanding 22 orang semalam.

"Lokasi pencarian kini meliputi Lagang Cave, Moon Milk Cave, Stonehorse Cave dan Mulu Summit," katanya.

Pencarian hari ini turut disertai oleh bapa saudara mangsa, Brian Giles.
Operasi hari ketiga pada hari ini telah bermula pada jam 8 pagi tadi disertai oleh seramai 34 orang anggota mencari dan menyelamat . - Foto JBPM

Sementara itu, operasi hari ini turut mengekalkan pencarian mengikut kumpulan iaitu pecahan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan satu terdiri daripada 10 orang yang lokasi pencarian mereka adalah di kawasan Lagang Cave dan Moon Milk Cave.

Manakala untuk kumpulan kedua pula terdiri daripada lapan orang  yang mencari di kawasan Stonehorse Cave yang memakan masa perjalanan selama 40 minit dari pejabat pengurusan Taman Negara Mulu.
Operasi hari ni turut mengekalkan pencarian mengikut kumpulan iaitu pecahan kepada tiga kumpulan. - Foto JBPM

Manakala untuk kumpulan SAR ketiga pula, ini terdiri daripada 6 orang ahli  akan mencari di kawasan Summit Mulu yang terletak  24 kilometer dari pusat operasi di pejabat pengurusan Taman Negara Mulu.

Kumpulan SAR ketiga telah  bergerak pada jam 11 pagi tadi bermula di pejabat SFC Mulu menuju ke Camp 1, Camp 2, Camp 3 dan Camp 4 seterusnya terus ke Summit Mulu menggunakan jalan darat.

Laporan kehilangan dibuat rakan mangsa, Kalang Anak Baling di Balai Polis Pusat Miri.
Mesej terakhir daripada mangsa yang diterima pada 20 Oktober lalu, memaklumkan bahawa mangsa akan pulang pada keesokan harinya, iaitu Sabtu lalu.

Namun sejak itu mangsa tidak dapat dihubungi.

5 comments:

  1. Atas pengalaman pak din apa sebab utama orang tersesat mcm dlm kes ni?

    ReplyDelete
  2. tanya sama itu hud hud

    Perkara begini pernah terjadi pada Pak Din semasa merintis trek dari gunung tahan ke kuala aring kelantan. Sebab pertama tertinggal peta yang lengkap. Kedua tidak study dulu keadaan fizikal laluan yang akan dilalului, maknanya pakai redah sesedap rasa. Ketiga tidak pedulikan papan amaran. selalunya bila tempat yang digazet segala maklumat dan papan tanda disediakan untuk kemudahan pengunjung tentang maklumat setempat.

    Taman Negara Mulu adalah satu kawasan yang amat luas dan banyak gua-gua yang besar dan laluan di dalam gua biasanya mengelirukan sekiranya tidak diambil ingatan dan pemerhatian. Jadi kalau tidak biasa kita mesti ditemani guide setempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Jadi kalau tersesat,apa petua yg perlu kita ikut?

      Delete
  3. tanya sama itu hud hud

    Pertama duduk dan tenangkan diri dan baca surah waddhuha dan mohon Allah bukakan minda dan jalan. Kalau tak berjaya juga carilah sungai dan berjalan ke arah air menghilir. Kalau tak jumpa sungai, pastikan arah matahari naik dan turun. Perhatikan batu batan dan pokok-pokok di sekeliling kita sebalah mana yang berlumut lebih tebal dan arah itulah matahari naik. Jadi kita akan tahu ke mana kita akan tuju.

    Kalau malam, jangan bergerak dan tunggu sehingga hari siang. Tapi sekiranya kita pandai menengok kedudukan bintang, boleh digunakan sebagai petujuk arah. Tapi terus terang Pak Din cakap menggunakan kedudukan bintang ni Pak Din pun keliru. Jadi lebih baik tunggu hari siang

    ReplyDelete
  4. Untuk jadi seorang explorer yg baik, tinggalkan kesan pada laluan yg telah dilalui. Pertama, ianya sebagai panduan untuk jalan keluar jika sesat.
    Kedua, apabila kita membuat tanda atau kesan tersebut, otomatik kita akan lebih peka kepada persekitaran kita. Ini dapat menghindar "main redah jer"...
    Wallahu alam

    ReplyDelete