Tuesday, April 3, 2018

Gila, tak siuman!

Batal kerjasama Malaysia-China langkah ‘gila’, kata Najib
Bernama | April 3, 2018

Perdana menteri berkata jika cadangan PH itu dilaksanakan ia akan mengeruhkan hubungan 2 hala serta minyak sawit, perabot dan kayu kayan tidak terjual.
MUAR: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata cadangan pembatalan kerjasama terutama melibatkan projek pembangunan dengan China merupakan langkah “gila dan tidak siuman” yang boleh menimbulkan bahang buruk kepada rakyat.

Perdana menteri berkata hasrat yang diumumkan pembangkang untuk membatalkan projek kerjasama China seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya mereka menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah tindakan politik yang bakal merugikan rakyat negara ini.

“Bayangkan tuan puan kalau kita merenggangkan atau mengeruhkan hubungan 2 hala dengan China, kalau China tak beli minyak sawit, perabot dan kayu kayan kita, siapa nak beli? Kalau China tak beli, bukan pemimpin pembangkang rugi, tetapi rakyat Malaysia yang akan rugi.

“Pihak satu lagi ini memanglah haru-biru, jadi pilihlah kerajaan yang memperjuangkan nasib rakyat, membantu rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Muar Furniture Park dan pelancaran program Skim Usahawan Perabot Bumiputera (SuperBumi) di Bakri.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Muar Furniture Park yang dibangunkan di kawasan seluas 399.2 hektar dijangka siap pertengahan 2020 dan bakal menempatkan kira-kira 220 usahawan perabot di samping mewujudkan sekitar 5,000 peluang pekerjaan pelbagai bidang.

Program SuperBumi dilaksanakan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dengan kerjasama Persatuan Perabot Muar bertujuan meningkatkan penglibatan usahawan perabot Bumiputera khususnya generasi muda berfokus kepada menjadikan usahawan itu berpengetahuan tinggi, produktif, berkemahiran dan berdaya saing.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata pakatan itu tidak menolak kemungkinan menghentikan projek ECRL sekiranya menang PRU14 kerana projek bernilai RM55 billion itu dilihat sebagai satu pembaziran.

Najib berkata China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai lebih RM100 billion setahun dan eksport kayu serta produk kayu ke negara itu pada 2016 mencecah RM846.8 juta.

“Angka eksport ini menunjukkan peningkatan 3.7% daripada tahun sebelumnya, perabot masih produk eksport utama iaitu RM121.7 juta ke China meningkat 91 % daripada tahun sebelumnya,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan Muar sebagai Bandar Perabot Malaysia bagi mengiktiraf kawasan itu sebagai pengeluar utama perabot di negara ini.

Beliau berkata sebanyak 63% daripada jumlah perabot yang dihasilkan di negara ini adalah dari Johor dan Muar menjadi penyumbang terbesar iaitu 70% daripada pengeluaran perabot negeri ini.

Katanya projek Muar Furniture Park merupakan lonjakan kepada pertumbuhan industri perabot di negara ini pada masa akan datang, yang dijangka memberi nilai jualan perabot RM1.08 billion dan mampu menyediakan 5,000 peluang pekerjaan.

“Saya mahu melihat penjenamaan Malaysia sebagai pemain dalam industri ini diperkukuhkan. Kini kita di tempat nombor 9 di dunia dalam pengeksportan dan perabot Malaysia diekport ke lebih 160 buah negara,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau mahu melihat lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang perabot dilahirkan dan program seperti SuperBumi merupakan langkah terbaik dalam melaksanakan usaha tersebut.

“Sumbangan usahawan Bumiputera dalan sektor ini kecil 1% sahaja justeru wajar program seperti SuperBumi dilaksana, saya diberitahu skim ini mampu melahirkan 600 usahawan Bumiputera dalam pembuatan perabot,” katanya.

4 comments:

  1. Dia diberitahu 600 usahawan mampu di lahirkan....hmmmm?

    Tapi dia sudah tahu seorang saja usahawan dia lahir kan melalui anak rosmah ia itu riza ajiz dimana dengan sekelip mata dapat $200 juta US kemudian joli sakan....anak bumiputera tuh!!!

    ReplyDelete
  2. Ada orang dah merapu-meraban dan dah tak leh tidoq. Kesian.....

    ReplyDelete
  3. Woi PENCURI sial! Kah kah kah.

    ReplyDelete
  4. saya ni jenis diam2 jer. time PRU nanti tengok lah. kepada dacing berkarat, sori la kali ni ye. dan saya pasti serta yakin ramai lagi org2 seperti saya, lebih suka mengambil pendekatan secara berdiam diri namun jawapannya akan diterjemahkan dalam bentuk undi nanti.

    ReplyDelete