Thursday, April 12, 2018

Kerana rakyat, Rafidah bangun dan bingkas dengan lantang!

Agenda saya untuk rakyat, kata Rafidah
mk  |  Dikemaskini 11 Apr 2018, 5:58 petang
Tan Sri Rafidah Aziz berkata beliau tiada agenda tersembunyi apabila mengkritik kerajaan, termasuk yang terbaru isu dakwaan tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu membalas kenyataan Menteri Pertahanan sementara Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkannya mempunyai niat tersembunyi apabila membuat dakwaan berkenaan tanah ATM.

"Saya ulangi bahawa tuduhan ini tiada asas dan fitnah bulat-bulat. Harap pihak lain yang berkepentingan akan jawab secara fakta...Di sini, dia Rafidah memang mahu tekankan (sasar) kepada Najib dan saya," katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Rafidah berkata Hishammuddin tidak perlu membuat spekulasi berhubung niatnya yang hanya mahu memberi penjelasan kepada orang ramai tentang apa yang berlaku.

"Agenda saya adalah agenda rakyat, untuk jelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

"Bukan macam sesetengah mereka, mesti ada agenda peribadi. Saya tidak bertanding dalam PRU," katanya kepada Malaysiakini.

Hishamuddin juga berkata dakwaan tersebut bersifat serangan peribadi menjelang PRU ke-14.

Katanya, bekas Ketua Wanita Umno itu mempunyai masa yang lama untuk membangkitkan perkara itu tetapi baru kini berbuat demikian.

Rafidah bagaimanapun berkata tiada siapa yang melakukan kesalahan dapat berselindung daripada Tuhan.

"Siapa boleh berselindung daripada Allah yang maha melihat dan mengetahui segalanya. BN dan mereka yang gelar diri sebagai 'pemimpin' boleh berselindung?" soalnya.

Dalam surat terbukanya 8 April lalu, Rafidah mendakwa Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2007 mengesyorkan agar kira-kira 40,000 hektar tanah milik ATM seluruh negara diswastakan kepada syarikat yang dimiliki tiga individu.

Beliau mendakwa tanah itu dipajak selama 40 tahun dan selepas penilaian semula dibuat terhadap harga tanah itu, syarikat terbabit mengaut untung berkali ganda.

3 comments:

  1. Lama menghilang kemana aja bertapa..

    ReplyDelete
  2. Quote, "Hishamuddin juga berkata dakwaan tersebut bersifat serangan peribadi menjelang PRU ke-14.

    Katanya, bekas Ketua Wanita Umno itu mempunyai masa yang lama untuk membangkitkan perkara itu tetapi baru kini berbuat demikian." Unquote

    Sedara kepada si lanun-penyamun ingatan pendek ka apabila mencuba korek isu FOREX yang tidak mengena TARGET? Itu juga perkara lama dan tidak ada penyelewengan dilakukan Tun M...menteri pertahanan?

    Wei, kapal Jho Lo melepasi perairan Malaysia tidak nampak apalagi MH370 kan? Perjalan kapal boleh dipantau mudah, apalagi kapalterbang....jadi menteri dalam negeri bingai, tukar ke pertahanan tidak nampak lebih baik dari bingai....hmmmmm! Gi cium keris lagi ler....



    ReplyDelete
  3. Jamesdean1 Jamesdean1,

    Assalam, saya memang berada di dalam negara, cuma di tempat yang tidak ada capaian internet atau TV. Maka selama itulah saya terputus dengan hubungan dan perkembangan di luar. Malah bubar Parlimen pun saya tak tahu.

    Terima kasih kerana bertanyakan khabar

    ReplyDelete