Tuesday, April 3, 2018

Berhasrat swastakan Felda: Benar atau fitnah, Dr. Mahathir kena jawab!

* Paling tidak pun sediktatornya Mahathir sebagaimana yang dituduh, beliau masih mendengar dan akur dengan bantahan Pengerusi Felda ketika itu.
Sekiranya apa yang dikatakan oleh Ismail ni benar

Berita ini bagaimana pun diambil dari Bernama. Apa pun kita baca nanti apa yang Dr. Mahathir jawab tentang ini.

Tun M pernah berhasrat swastakan Felda - Ismail Sabri
Astro Awani  -  Diterbitkan pada April 03, 2018 05:49 MYT
Tun M tidak pernah memberi peruntukan khas kepada Felda sepanjang beliau memerintah negara selama 22 tahun, kata Ismail Sabri Yaakob

BERA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berhasrat untuk menswastakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata cadangan itu diutarakan Dr Mahathir dengan memperkenalkan Dasar Persyarikatan Malaysia, namun mendapat bantahan daripada pengerusi Felda semasa itu Tan Sri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.

"Apabila diperkenalkan (Dasar Persyarikatan Malaysia), agensi pertama yang dia (Dr Mahathir) hendak swastakan ialah Felda tapi tak dapat (berbuat demikian) disebabkan bantahan Raja Alias.

"Akhirnya dia tak ada pilihan dan swastakan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kalau diswastakan Felda semasa itu, kita tidak tahu bagaimana nasib peneroka pada hari ini," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap pada Program Lawatan Kerja dan Pelancaran Model Baru Lot Perumahan Generasi Baharu Felda oleh Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak di Felda Kumai di sini, pada Isnin.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Beliau menambah Dr Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga tidak pernah memberi peruntukan khas kepada Felda sepanjang beliau memerintah negara selama 22 tahun.

Ini katanya, berbeza daripada pendekatan Najib yang telah melakukan pelbagai program dan memberi peruntukan khas kepada peneroka termasuk kepada generasi kedua dan seterusnya.

"Semua peruntukan dan projek yang dilaksanakan di bawah perdana menteri menunjukkan beliau prihatin dan sentiasa membela nasib peneroka. Sebab itu kita jangan percaya dengan pembangkang yang kata beliau mahu runtuhkan Felda.

"Perdana Menteri adalah orang yang paling sayang kepada Felda jika hendak dibandingkan dengan orang lain kerana yang mewujudkan Felda ialah ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein.

"Felda mempunyai nilai sentimental kepada beliau sebagaimana juga kalau kita ditinggalkan dengan peninggalan daripada orang tua... sudah pasti kita akan jaga sebaik mungkin," katanya.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera kemudiannya merujuk kepada peningkatan infrastruktur di 14 buah Felda di daerah ini, yang menurutnya menikmati kemudahan asas yang baik.

Mengambil contoh jalan raya, Ismail Sabri berkata Najib adalah individu yang meluluskan peruntukan bagi permohonannya untuk menaik taraf jalan raya dari Simpang Kerayong sehingga ke Triang dan Bukit Mendi yang turut memanfaatkan penduduk di Bentong dan Muadzam Shah.

"Sudah banyak jasa perdana menteri kepada kita di Bera dan saya harap penduduk di Bera dapat membalas jasa beliau dengan memberikan kemenangan besar di Parlimen Bera dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Guai dan Kemayan selain merampas semula DUN Triang," katanya.

7 comments:

  1. Kalau Felda diswastakan, apa nasib Felda hari ini? Tentulah lebih baik sebagaimana lebih baiknya TNB sekarang berbanding sebelum diswastakan. Ketika TNB masih dikenali sebagai LLN, apa kedudukan agensi itu dari segi ekonomi baik datr segi sumbangannya kepada negara mahupun dari segi kebaikannya kepeda kakitangannya? Banyak benda boleh dilihat dalam perbandingan ini namun memadailah satu soalan ini dahulu dikemukakan.

    ReplyDelete
  2. Perihatin ..sebenarnya perompak duit felda pokjib

    ReplyDelete
  3. Dol betullah menteri ni, skrg Felda tak diswastakan tapi syarikat Felda habis rugi. Apa cerita???

    ReplyDelete
  4. Che Det tak bagi peruntukan kpd Felda tapi dia tak menjahanamlan Felda. Tok bijaN bagi peruntukan tapi dia yang menjahanamkan Felda. Masih tak boleh membeza lagi kah, wahai bani Melayu? Tak kan nak dibohong berkali-kali oleh bani Melayu UMNO ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bg duit kpd felda supaya gerombolan penyangak dia boleh rompak felda!!

      Delete
  5. pendekatan Najib yang telah melakukan pelbagai program dan memberi peruntukan khas kepada peneroka termasuk kepada generasi kedua dan seterusnya.

    untuk rembat tanah peneroko ynag boddo

    kalau diswasta yang susah rakyat jugak ynag senang puak diatas saja dan kerabat

    banyak jasa perdana menteri kepada kita di Bera dan saya harap penduduk di Bera dapat membalas jasa beliau dengan memberikan kemenangan besa

    ini tnaggung jawab pemimping tak payah balas balek
    tak da dosa hnaya ucap tk. Allah tak marah pung

    hidup buat keja kerana Allah bukan nak dapat balasan, cilako punay amoano ni
    tongtaik amoano dah pecah ada lagi yang tak bau busok.idung tersumbat mata hati buta

    ReplyDelete
  6. "HASRAT" hanya baru Tun M berhasrat menswastakan felda pun satu kesalahan??
    Sesunguhnya UMNO memang tempat "Umat Melayu Naif Otak"nya laa..!!
    Zaman jiby la felda jdi caca marba pengurusannya. Zaman jiby la beliau melantik kepala koraptor jdi pengerusi felda. Zaman jiby la felda (FGV) mmbuat pelaburan membazir dgn mmbeli bangunan beratus juta ringgit di luar negara. Zaman jiby laa hutang peneroka jadi berlipat kali ganda banyaknya.

    Zaman jiby la harga getah jatuh merudum & harga kelapa sawit jatuh teruk. Zaman jiby la peneroka mencagarkan tanah mereka dgn dijanjikan saham yg nilai masa hadapan berlipatganda tpi rupa2nya akhirnya peneroka juga mengalami kerugian bukan setakat nilai sahamnya jatuh lebih parahnya peneroka juga menangung hutang bank. Zaman jiby la tanah2 felda tergada.
    Zaman jiby laa Mlysia dikenali sebagai Kerajaan Kleptokrat seantero dunia.
    Peergh.. femesnya Mlysia

    ReplyDelete