Thursday, April 12, 2018

Dengan kuasa sementara pun dok menjarah lagi?

'Projek besar balak akan diluluskan kerajaan sementara Kelantan?'
mk  |  Dikemaskini 12 Apr 2018, 2:25 petang
Tokoh pembangkang Kelantan Datuk Husam Musa hari ini mengutus surat kepada menteri besar sementara Datuk Ahmad Yakob supaya membekukan kelulusan balak di negeri itu.

“Pada hemat saya, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 7 April 2018, YAB dan kerajaan sementara ini seharusnya mengelak daripada sebarang komitmen baharu, meliputi kelulusan pembalakan membawa ikatan kontrak melepasi tempoh Kerajaan YAB yang sudah berakhir.

“Mengikut semangat undang-undang, dengan pembubaran sesebuah DUN, seorang menteri besar dengan sendirinya menjadi 'menteri besar sementara tanpa kuasa eksekutif sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif baru dilantik',” menurut Husam dalam surat itu.

Salinan surat itu turut dimajukan kepada media hari ini.

Husam mengeluarkan surat selepas mendakwa difahamkan Ahmad memanggil Jawatankuasa Kecil Perhutanan bermesyuarat pada hari Isnin, 16 April depan.

“Saya juga difahamkan ada kertas cadangan untuk meluluskan permohonan-permohonan melibatkan hutan simpan dengan keluasan yang amat besar pada mesyuarat itu,” dakwanya.

Sementara itu, dalam surat sama, Husam berkata, jika kelulusan tidak boleh dielakkan, pembangkang hendaklah dirunding bersama kerana kemungkinan mereka akan akan membentuk kerajaan baru.

“Mereka terpaksa memikul beban apa yang diputuskan sekarang,” katanya.

Selain itu, katanya, jika kelulusan diteruskan, satu klausa hendaklah dimasukkan untuk menyatakan kelulusan itu boleh ditarik balik oleh kerajaan baru.

Husam mendakwa pendapatnya itu selari dengan pandangan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, bekas menteri Tan Sri Rais Yatim dan peguam hak asasi manusia Datuk Dominic Puthucheary.

“Saya dengan ini, mencadangkan YAB membatalkan mesyuarat berkenaan atau mana-mana mesyuarat yang membawa kesan seperti itu.

“Saya juga ingin menegaskan, jika mesyuarat berkenaan diteruskan, saya mohon untuk hadir memerhati perjalanan mesyuarat itu bersama peguam saya atas kapasiti sebagai pembangkang di negeri ini,” katanya.

Salinan surat itu turut dihantar kepada penasihat undang-undang negeri Kelantan semua pengerusi parti pembangkang negeri Kelantan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi kerajaan sementara Kelantan berkaitan permohonan dan dakwaan Husam itu.

3 comments:

  1. Mata pun tak mampu nak buka bila menghadapi permasalahan rakuat Kelantan. Tapi bab balak dan bila nak matekedarah harta negeri dan wang rakyat Kelantan, ceroh mata. Binatang kapir lahanat pun tak korup setara kononnya pemimpin Islam.

    ReplyDelete
  2. xpyah la nk bg undi kt kerajaan yg xbertanggong jwb nie .. ulama pebende kalau mcm nie, kemaruk bnr ke rete dunie!.

    ReplyDelete
  3. Bukan ulamak yg berpwrangai hodoh begitu...tu kumpulan guna agama je!!!

    ReplyDelete