Tuesday, April 3, 2018

Haa....apa punya baghal daa, kenapa tak bawa satu Pasir Salak?

* Pertelingkahan dalam sidang Parlimen, bawa anak and the gang serang. Dia ni ingat hidup di zaman keris, lembing ka?
Boleh pulak dia kata, dia di pihak yang benar?
Orang macam ni pun boleh jadi menteri!

Serang Khalid Samad: Tajuddin, rela anak dipenjara
JANATUL FIRDAUS YAACOB -  2 APRIL 2018
Pertelingkahan antara Tajuddin dan Khalid

KUALA LUMPUR –Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman enggan menyelesaikan kes di luar mahkamah melibatkan anaknya dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tajuddin menegaskan bahawa tiada sebarang denda yang akan dibayar oleh pihaknya.

Katanya, beliau dan anaknya sedia dimasukkan ke penjara kerana mereka yakin berada di pihak yang benar.

“Saya ingin jelaskan di sini, apa yang berlaku itu, tindakan sedang diambil. Kita tidak takut, pihak pendakwa raya sekarang mengambil tindakan terhadap anak saya dan juga beberapa orang rakan mereka yang datang ke mari (Parlimen). Bukan tujuan untuk merusuh, tapi nak memberitahu Shah Alam (Khalid Samad), ‘mulut tu jaga sikit, mulut tu jangan kurang ajar’.

“Itu saja, tapi dituduh merusuh, tidak mengapa. Walaupun ada jalan penyelesaian begitu, begini, suruh bayar denda sikit. Satu sen pun kami tak nak bayar. Kita mahu selesaikan di mahkamah,” katanya menjawab celahan Khalid Samad pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya berada dalam pihak yang benar.

“Saya nak bagi tahu, tindakan undang-undang itu lebih teruk, lebih tegas, lebih kuat. Kalau pihak mahkamah nak hukum, penjara berapa tahun pun penjara lah, kami bersedia. Kita berani kerana benar.

“Kalau pihak pendakwa raya rasa tuduhan yang dibuat oleh Shah Alam itu betul, ok. Teruskan. Kita sedia menerima. Kita bukan macam kamu, pengecut,” katanya.

Dalam kejadian pada 24 November 2016 itu, satu pergaduhan berlaku membabitkan penyokong Tajuddin yang juga Pemuda Umno Pasir Salak terhadap Khalid.

Kejadian ini susulan tindakan Khalid yang memanggil Tajuddin dengan kata kesat dalam Sidang Dewan Rakyat, beberapa hari sebelum kejadian itu.

Khalid bertindak demikian selepas Tajuddin mengeluarkan perkataan sinis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

3 comments:

  1. pasir menyalak ni berani bawah ketiak matjib saja
    anak pinak pung masuk campur
    kasi pinjara saja puak ni jnagn asingkan dari pinjinayah lain biar depa tau
    tengok muka sikit

    ReplyDelete
  2. Klu dia bukan anak hang tajudin, dah lama dah dia masuk penjara. Ada faham? Klu tak faham pi tanya mat maslan.... kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Kalau bukan kerana anak pinak hang la tajudin yg menyokong & mendokong kepala kleptokrat & suku sakatnya, lamo dah anak hang & konco2nya meringkuk dalam penjara..!!
    Hang ada pahaam kaa tajudin.

    ReplyDelete