Sunday, April 1, 2018

2 transaksi jutaan RM ke akaun rahsia pilihan raya dah jadi masalah: Parti mana tu?

2 transaksi wang masuk ke akaun pilihan raya sebuah parti
MALAYSIA DATELINE  - April 1, 2018 9:39 am
Tulisan Sayuti dalam FB beliau turut mengulas dakwaan itu

Selepas terdedah audio ‘Ana Tahu’, sebuah parti politik didakwa menerima sumbangan kewangan bernilai jutaan ringgit untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurut tulisan dalam akaun FB ‘Ana Tahu’, akaun yang mendedahkan audio ‘Saya Tahu” itu, dua transaksi wang telah berlaku dari sebuah parti kepada parti berkenaan.

“Duit (parti) yang masuk ke akaun pilihanraya (parti lain) minggu lepas tu macamana?

“Duit yang masuk ke akaun 3 penama pemimpin parti itu Pantai Timur (pemegang Amanah) tu macamana? Amat jelas mari dari sumber parti….,” tulis admin akaun FB berkenaan.

Perkara ini turut diulas oleh penulis politik Mohd Sayuti Omar dalam akaun FB beliau pada 30 Mac.

“Satu tabung pilihan raya sebuah parti politik dianggotai oleh tiga penama telah menerima wang derma berjumlah jutaan ringgit.

“Yang jadi sedikit masalah penubuhan Tabung ini rahsia tidak telus kepada ahli dan sebahagian pemimpin parti yang lain.

“Katanya perkara ini telah jadi masalah kepada parti berkenaan.

“Cerita selanjutnya kita tunggu. Maklumat selanjutnya dikumpul. Dan jika ada sesiapa maklum mengenai perkara ini boleh dikongsikan untuk sama-sama kita tahu parti mana dan Tabung itu wujud di negeri mana,” tulis Sayuti.

* Inikah satu sebab yang mereka keberatan untuk menyaman pengedar audio ni?
Dan parti itu tidak akan siasat tuan punya suara tu!

6 comments:

  1. Padanlah individu UMNU yg merasuah pemimpin PAS tu bodohnya tahap keldai Afrika. Sedari dahulu pun mereka tahu bahawa PAS memang amat lemah jika bersendirian, nak buat apa lagi mengharapkan PAS..? Lebih baik pemimpin PAS yang terima wang UMNU tu bolot kesemuanya ke dalam akaun sendiri, kalau mereka gunakan untuk parti sekalipun maka parti PAS akan kalah kesemuanya di PRU14 kelak.

    ReplyDelete
  2. Jgn fitnah depa. Duit berjuta tu depa kumpul melalui kutipan tin milo. kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Inilah pas hadi awang. Target mereka wang. Pimpinan pas dah mabuk wang. Lalu dinamakan taawun. Walaun dan walauntit tak sedar lagi. Sbb pimpinan pas makan senyap2. Tp ingat konspirasi akan terdedah jugak. Huhu

    ReplyDelete
  4. Kesian dgn ahli yg walak.. dgn nama
    derma ana lancarkan tabung jihad fisabilillah...
    Klau dikata bertopengkan islam marah..!!!
    Dikata walak tak bertempat.. hangin..!!
    Undi lah Pakatan Harapan..

    ReplyDelete

  5. Surat Al-Hujurat Ayat 6
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


    Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

    ReplyDelete
  6. Surat Al-Hujurat Ayat 6
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


    Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

    ReplyDelete