Tuesday, April 3, 2018

Masih ada ke lagi perkara gini di zaman ini?

* Sinonim dengan Melayu?

Bau tengik bawah rumah
ADILA SHARINNI WAHID  -  3 APRIL 2018
Jiran tetangga turut bersimpati dengan kejadian menimpa mangsa

KOTA BHARU - Sekumpulan penduduk yang berkawal di sekitar rumah mangsa serangan didakwa orang minyak di Kampung Pengkalan Demit, semalam, terhidu bau tengik hingga mereka terbatuk-batuk.

Seorang penduduk, Mohd Fairuz Ab Rashid, 33, berkata, bau busuk itu dihidu kira-kira jam 12 tengah malam dan dipercayai datang dari arah bawah rumah mangsa, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17.

“Ada penduduk yang terbatuk-batuk termasuk saya sendiri akibat bau kuat tersebut. Kami cari di bawah rumah, namun tak jumpa apa-apa,” katanya.

Mohd Fairuz berkata, dia baru sahaja berpindah rumah yang terletak berhampiran rumah mangsa pada 5 Mac lalu.

“Saya kerja di sebuah pasar raya dan akan turun bersama orang kampung mengawal keadaan pada jam 11 malam sehingga Subuh. Sudah sebulan saya tidak dapat tidur lena sebab perkara ini.

“Saya sendiri pun buntu memikirkan perkara ini sama ada hendak percaya atau tidak, tetapi inilah yang berlaku pada kami penduduk di kampung ini,” katanya.

Ketika bau busuk tersebut timbul, Anis Ashira yang berada di dalam rumah dikatakan menjadi gelisah dan kembali trauma hingga terpaksa ditenangkan oleh ibunya, Tengku Hasnah Tengku Yusof, 43, yang baru pulang kerana tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur.

Sementara itu, bapa mangsa, Kamarulzaman Mat Yunus, 44, berkata, dia percaya kejadian orang minyak yang mengganggu penduduk sejak sebulan lalu adalah ‘ditujukan’ kepada anak gadisnya.

“Kalau ikutkan pandangan pengamal perubatan yang membantu kami, gangguan ini ditujukan kepada Anis Ashira, namun kami tidak mahu menuding jari pada mana-mana pihak.

“Perbuatan khianat dengan membaling batu ke rumah jiran juga untuk alihkan perhatian penduduk yang membuat rondaan sebelum ini, malah kami juga jumpa kesan minyak di sekeliling rumah,” katanya.

Kelmarin, Nik Anis Ashira menjadi mangsa serangan lelaki didakwa orang minyak ketika menjemur pakaian di belakang rumahnya.

Mangsa dikatakan dicekik dan diheret masuk ke dalam rumah sebelum diikat sehingga sesak nafas.

Ketika kejadian, mangsa memberitahu dia tidak dapat berfikir dan seolah-olah dipukau sebelum menyedari kelibat lelaki melompat keluar melalui tingkap dapur.

1 comment:

  1. Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-setan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan-setan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.

    dalam hidup ni jnagan lupa amalkan baca Al Quran
    kalau tidak nasib tak baik nilah jadinya
    3 Qul amat elok untuk amalan pagi petang n malam
    terus istiqomah sampai dimatikan oleh Allah
    insyaallah

    ReplyDelete