Sunday, April 1, 2018

Harap Rakyat Kelantan tidak buta

#MSONews
HARAP RAKYAT KELANTAN TIDAK SEBUTA SPRM

Apa yang berlaku di Kelantan baik dalam kerajaan negeri atau pun individu yang berada dalam parti memerintah negeri itu sesuatu yang dikesalkan.

Setiap apa yang dibangkitkan demi kepentingan rakyat dan menjaga maruah kerajaan mengaku diuruskan berkonsepkan Islam tidak dilayan sewajarnya.

Beberapa penyelewengan dan kelemahan ketara pengurusan kerajaan didedahkan, dibiarkan begitu sahaja tanpa memberi jawaban memuaskan hati rakyat. Sikap “lembu kenyang” diambil oleh pihak kerajaan melukai banyak hati rakyat.

Kalau disebut satu persatu tentang apa-apa yang dibangkitkan sepanjang tahun, ia memerlukan laman yang cukup panjang. Cukup kalau disenaraikan beberapa isu terbaru sahaja.

1. Pembelian tidak berhemah setesen minyak Petronas di Tunjung oleh koperasi Ladang Rakyat bernilai RM3.5 juta, tetapi tidak beroperasi. Setesen itu kini jadi rumah hantu. Salahnya kerana pihak pengurus koperasi itu tidak membuat semakan sebaiknya sebelum mengambil keputusan membeli setesen itu.

Walhasilnya duit peserta ladang rakyat menjadi mangsa kerana terpaksa membayar pinjaman sebanyak RM12,000 setiap bulan.

2. Pemberian dan kelulusan ratusan ribu hektar tanah kerajaan kepada pelbagai syarikat dan agensi, atas nama penbangunan seperti ladang rakyat dan sebagainya, sedangkan hakikatnya kelulusan untuk merembak balak.

Salah satu contoh ialah kelulusan 200,000 hektar tanah untuk projek penanaman kayu putih, ianya berselindung di sebalik ingin merembak kayu balak. Projek pilot itu hanya dinding sahaja.

3. Terbaru ialah mengenai kelulusan projek pembekalan air di Merbau Chondong. Beberapa kelemahan di kesan dalam projek bernilai RM27.1 juta, antaranya kontrek projek itu diberikan kepada syarikat yang masih belum wujud atau pun berdaftar dengan SSM.

Projek reka dan bina mekanikal dan eletrikal Fasal II (pakej 1) itu yang sudah dimulakan beberapa tahun lalu sampai kini masih belum siap yang memberi kesan Kelantan mengalami krisis air setiap tahun.

Sedihnya apabila penyelewengan itu didedahkan pihak AKSB bertindak memburu mencari mana-mana pegawai yang mendedahkan maklumat tander projek tersebut sehingga menjadi pengetahuan umum kini. Kenapa, mereka harus diburu, apakah untuk diambil tindakan ke atas mereka. Cara itu seperti mahu melindungi perbuatan Abu Lahad dan Abu Jahal.

Kalau apa yang mereka dedahkan itu perkara benar, pihak AKSB perlu mengakui dan memperbetulkannya. Itulah baru dikatakan kerajaan berkonsep Islam.

Pendeknya setiap apa dibangkitkan tidak dijawab dengan tuntas oleh pihak kerajaan dan juga orang bertanggungjawab. Yang berlaku mencari salah pihak lain dan menuduh segala pendedahan itu sebagai fitnah walaupun kebenaran tergalang jelas. Tuduhan dan anggapan ia fitnah tidak menjawab persoalan.

Tidak mengapa, kalau pun pihak kerajaan dan MB, TMB dan para Exco tidak mahu menjawab dan membungkam, juga pihak SPRM menjadi sulit untuk menemui buktikan atas segala penyelewengan itu, insyaAllah rakyat Kelantan yang cerdik, peka dan tidak rela mereka ditipu sepanjang masa akan menjawab menerusi peti undi dalam Piraum ke 14 nanti.

Mereka yang kecewa dengan apa berlaku dalam kerajaan Kelantan tidak perlu berdukalara masa untuk mereka melihat kebenaran muncul sudah hampir tiba. Trims.

4 comments:

  1. Woah! I'm really loving the template/theme of this site. It's simple, yet effective.
    A lot of times it's very hard to get that "perfect balance"
    between usability and visual appeal. I must say that you've done a fantastic job with this.
    Additionally, the blog loads super fast for me on Chrome.
    Superb Blog!

    ReplyDelete
  2. Rakyat kelantan tidak bodoh...tapi mso je bodoh...bodoh pulak lebih dri lembu gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anta yg bodoh .. ada otak x pk...walaun kn...walaq jer la...ki2

      Delete
    2. pehal lu pulak menggelupor mcm lembu lapor xpasal2 .. tersentuh butir geli ke? kalau ye pn bagi la penafian berfakta ..

      Delete