Wednesday, April 11, 2018

Appercot........melatah pulak aku ni!

Mula-mula akui Pas terima duit Umno, selepas 15 jam nafi
Oleh ARIF ATAN  -  April 10, 2018 10:30 am
Status Azman yang mempertikaikan keikhlasan Umno memberikan duitnya kepada Pas.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim dilihat mengakui partinya menerima sejumlah wang daripada Umno secara rahsia tetapi menafikannya pula selepas 15 jam pendedahan itu dibuat di Facebook.

Beliau dalam status di media sosial itu yang dimuat naik jam 5.17 petang semalam turut mempersoal keikhlasan Umno memberi wang tersebut apabila pecah diketahui Pakatan Harapan (PH).

“Rupanya tak ikhlas Umno bagi pitih (duit) kepada Pas. Bagi tapi lepas tu bocor rahsia kepada PH.

“Umno yang tukang keluar modal, PH tukang canang merata-riti. Ada pakatan sulit rupanya antara Umno dan PH untuk menjatuhkan Pas!” dipetik daripada kenyataan bekas calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi itu.

Bagaimanapun, Azman pagi ini menganggap tentera siber PH sebagai “sedang mendedahkan kedangkalan sendiri saja tak faham status troll.”

Katanya, beliau tiada sebarang masalah malah mengikuti sahaja komentar dan maklum balas orang ramai di media sosial ekoran status tersebut yang didakwanya sebagai bernada sindiran.

Pemilik Klinik Gigi Dr Azman di Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu itu turut memberitahu terdapat pihak Umno menghubunginya sendiri menafikan tentang dakwaan tersebut.

Bahkan, orang Umno itu, dakwa Azman mengesahkan pula Pas bersih dalam hal berkaitan wang.

ORANG DALAM PAS BOCOR

Dalam perkembangan berkaitan, Facebook atas nama Ana Tahu berkata, sumber dalaman Pas sendiri yang membocorkan maklumat berkaitan penerimaan wang mencecah jutaan ringgit daripada Umno itu.

“Audio Nik Abduh dan bukti kemasukan duit RM2.5 juta kedua-duanya datang dari sumber dalaman Pas sendiri yang semakin rimas dengan sikap pemimpin-pemimpin boneka Umno dalam Pas ini.

“Ana juga ingin bertanya, selain RM2.5 juta yang masuk 21 Mac 2018 dan RM2 juta yang diterima Dr Samsuri (Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat) untuk pilihan raya Sarawak, berapakah lagi jumlah lain yang telah diterima oleh Pas dari Umno?” soalnya lagi.

* Dokter celupar ni dedahkan kebenaran. Itulah bangkai yang cuba disorok, baunya tetap terhidu juga dengan kehendakNya. Berpolitik dengan menjual takkan ke mana.

2 comments:

  1. Bukang mr presideng je yg kluk-klek, anak buah pung ikut berkluk-klek sama.
    Mcmana nk jd pimping dn perintah negeri bila kluk-klek berjangkit dari atas ke bawah ning?

    ReplyDelete
  2. Halalan toyyiban bg lebai2 cap bulan.
    Mereka ikut prinsip asas lebai2: HALALUNA WA HARAAMUKUM!!

    ReplyDelete