Showing posts with label Anak malang. Show all posts
Showing posts with label Anak malang. Show all posts

Sunday, September 17, 2017

'Sesudah selut di kakiku kering...'

 Anne Muhammad      16 Sep 2017, 9:57 malam      Hari ini, 3:21 pagi
Untuk dua tiga hari ini ada wartawan yang tidak mendapat tidur yang biasa. Mereka - seperti aku - ditakdirkan membuat laporan mengenai kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu mengorbankan 23 orang, dan sejumlah yang lain cedera.

Letih dan lesu sebu menjadi satu.

Semuanya bermula pada pagi Khamis lalu. Aku sepatutnya ke pejabat pada hari seperti selalu. Tidak ada tugasan khusus pada pagi itu.

Tapi, awal pagi itu tidurku dikejutkan dengan panggilan daripada editor yang meminta aku pergi ke pusat tahfiz tersebut.

“Siap-siap jurugambar, ramai yang mati,” katanya.

Pesanan itu membawa aku bingkas bangun, bersiap seadanya dan segera ke tempat kejadian.

Jarak antara rumah dan tempat kejadian hanya 16 kilometer tapi disebabkan keadaan trafik pagi, aku terpaksa mengambil masa lebih 40 minit untuk tiba.
Jenazah sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Apa yang tinggal ketika aku sampai di situ hanya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang sedang membuat penyiasatan, polis yang mengawal keadaan dan ahli keluarga mangsa.

Aku terpaku melihat bangunan tiga tingkat itu. Paling atas kelihatan rosak teruk dimakan api. Mataku berkaca, hatiku marah. Bagaimana ia boleh berlaku?

Aku masuk ke surau bersebelahan pusat tahfiz bagi mencari keluarga mangsa. Pandanganku tertumpu ke arah seorang seorang wanita berbaju oren, bertudung kelabu di sudut paling hujung.

Dia menangis sendirian.

Tanpa berfikir panjang, aku menghampiri dan menyapanya.

Wanita itu, Norhayati Karim, bercerita anak lelakinya Amiel Ashraf Abd Rasid adalah salah seorang pelajar yang maut pagi itu.

Suara hati anak

Tapi yang paling terkesan baginya ialah, Amiel Ashraf mengirimkan pesanan kepadanya kurang 12 jam sebelum itu. Maka jadilah ia nota terakhir daripada Amiel Ashraf untuk ibunya.

Antara kandungan nota itu, Amiel meluahkan rasa sayangnya kepada kedua ibu bapa, serta tujuan dia masuk ke tahfiz adalah membantu mereka ke syurga.
“Ibu ayah, Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa. Ibu ayah, Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.

"Amiel tak tahu macam mana nak balas jasa budi ayah dan ibu, hanya ini sahaja yang Amiel mampu (iaitu) masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga firdaus,” kata Amiel.

Tulisan anak berusia 11 tahun ini bukan sahaja membuatku runtun, mataku juga tak dapat ditahan daripada berkaca.

Aku juga sempat menemu ramah beberapa mangsa yang terselamat termasuk pengetua pusat tahfiz itu, Muhammad Zahid Mahmod, menyifatkan kesemua pelajarnya yang maut dalam kebakaran berkenaan sebagai mati syahid.

Sedang aku leka menulis hampir empat berita mengenai kejadian itu, aku sempat menjeling ke arah tingkat tiga pusat tahfiz itu. Kelihatan anggota bomba sedang membawa dua anjing pengesan ke arah dua tong gas masak berwarna kuning.

“Eh, tong gas datang dari mana?” soalku kepada rakan-rakan wartawan lain yang sedang leka menulis berita.

Kami semua terpaku. Ya kami akan tanya bomba selepas ini mengenai kemunculan dua tong gas itu.

Pondok Pak Ya

Bomba mendapati kebakaran di pusat tahfiz itu bukan berpunca daripada litar pintas serta mengesahkan mengenai penemuan dua tong gas.

Hujan mulai turun. Aku menghabiskan sisa-sisa akhir tulisan pada hari itu dan pada jam 6 petang, aku pulang dengan rasa lesu.
Malam itu, aku caj sehingga penuh segala kelengkapan elektronik kerana esok adalah hari panjang dan kes ini nampaknya masih lama.

Jam 1.30 pagi. Biasanya aku sudah masuk ke mimpi yang kedua, namun malam itu tidurku tidak lena kerana masih terkenangkan kejadian yang menimpa anak-anak yang tidak berdosa.

Jumaat, 15 September: Pagi itu, seawal jam 9 tugasanku bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pulapol, Kuala Lumpur dalam acara Transformasi Nasional 50 (TN50).

Seperti biasa, dalam sidang media dipenuhi dengan ramai pengamal media dari merata agensi yang ingin bertanyakan mengenai kejadian di pusat tahfiz itu.

Zahid menjadi tumpuan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengadakan lawatan di AS.

Kata Zahid kerajaan persekutuan tidak boleh mengambil alih sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat  kerana ia di bawah bidang kuasa negeri dan ia dihormati.
Selain itu Zahid berkata laporan dan syor yang pernah dikemukakan kepada kerajaan mengenai kebakaran di Yan, Kedah 28 tahun lalu boleh dijadikan panduan untuk mengelak lebih banyak tragedi menimpa pusat tahfiz

Pada 22 September 1989, sebuah bangunan asrama perempuan Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah dijilat api dan mengorbankan 27 pelajar.

Selesai menemui Zahid, aku memandu ke tahfiz itu semula bagi melihat keadaan. Ternyata pada hari kedua keadaannya masih sama – dikunjungi orang ramai, pihak keselamatan dan pengamal media.

Dan tentu sedihnya tetap ada di mana-mana.

Aku fikir, tidak ada banyak berita yang aku akan dapat lalu aku mengambil keputusan untuk ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di Taman Batu Muda, di ibu negara.


Aku dimaklumkan, kesemua jenazah sudah dikenal pasti dan 11 daripadanya akan dikebumikan di situ.

Hujan mulai turun, namun tanah perkuburan itu tetap dikunjungi ahli keluarga, orang awam serta pengamal media.

Pada jam 6.25 petang, jenazah Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri adalah yang pertama tiba, tidak lama kemudian jenazah-jenazah yang lain tiba.

Azan Maghrib pun berkumandang, urusan pengebumian tetap dijalankan dan semuanya tamat pada jam 8.04 malam.

Hari itu, kasutku penuh dengan selut dari tanah perkuburan, melekat pada seluar dan pakaianku.

Tapi itu bukanlah perkara besar buatku apabila melihat banyak hati yang hiba dan menangis sayu mengenangkan insan tersayang pergi sekelip mata.

Seorang lelaki turut kelihatan memeluk erat batu nisan, manakala disatu sudut seorang ibu curi-curi mengelap air matanya. Sungguh, hatiku tersentuh.

Dalam diam aku berdoa mereka kekal tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi.

Hujan terus turun - di luar dan di dalam. Yang diluar membasahkan bumi, dan di dalam menenggelamkan hati.

Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Luahan pilu seorang jiran

'Maafkan saya tak mampu tolong'
WARTAWAN SINAR HARIAN  -  17 SEPTEMBER 2017
Norhayati Abdul Halim

KUALA LUMPUR - Seorang jiran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, yang terbakar Khamis lalu, berasa amat terkilan kerana tidak dapat membantu menyelamatkan pelajar yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu.

Norhayati Abdul Halim, 46, meluahkan perasaan sedih itu ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

“Saya nak minta maaf kepada semua ibu bapa pelajar yang terkorban.

“Saya tidak mampu buat apa-apa melainkan menjerit meminta tolong kerana kejadian berlaku dengan begitu pantas.

"Saya juga gagal masuk ke tahfiz sebab api sedang marak di bahagian pintu,” katanya sebak.

Ibu enam anak itu mengakui masih terbayang lambaian tangan pelajar-pelajar di tingkat tiga pusat tahfiz tersebut meminta tolong.

“Bila berseorangan, saya teringat detik itu dan masih terngiang-ngiang jeritan kuat mereka minta tolong.

“Saya rasa bersalah pada diri sendiri, setiap masa saya menangis kerana teringat pada mereka,” katanya.

Norhayati yang menjalankan perniagaan dobi serta menjual pisang goreng bersama salah seorang anaknya di hadapan rumah berkata, pelajar-pelajar tahfiz itu sememangnya rapat dengannya dan anak-anak.

“Mereka selalu beli pisang goreng dan keropok lekor dengan saya. Ada antara mereka panggil saya mama, ibu.

“Mereka suka bergurau dan sakat saya selain kerap pinjam telefon untuk hubungi keluarga. Mereka umpama anak sendiri,” katanya.

Petang sebelum kejadian, katanya, tiga daripada pelajar terkorban tiba-tiba meminta untuk mengait mangga jiran sebelah rumahnya.

“Saya pelik sebab mangga tu muda, tapi mereka kata teringin sangat nak makan dengan nasi. Jadi kami kait mangga bersama-sama selepas mereka selesai beriadah di taman berdekatan.

“Saya tak dapat dengar lagi suara mereka mengaji dan berzikir beramai-ramai setiap pagi dan malam.

“Malah anak, Mohd Ikhwan Muslim, 7, dan cucu, Muhamad Erfan Budi Arman, 9, juga hilang sahabat ajar mereka mengaji,” katanya.

* Aktiviti Terakhir Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (video dari YouTube)

Thursday, March 16, 2017

Itulah sebabnya saya minta isteri menjaga cucu

* Bila cucu ketiga kami lahir, selepas berpantang di Kota Bharu anak saya mesti balik ke KL kerana cuti bersalin selama tiga bulan telah habis. Jadi anak saya katanya nak hantar ke rumah pengasuh. Mulalaj saya tak sedap hati sebab banyak sangat cerita insiden yang memilukan terjadi di rumah asuhan.

Isteri sayapun dah pencen awal, jadi saya minta dia menjaga dua orang cucu di KL. Yang sulong lelaki berumur tiga tahun dan siadiknya pula baru tiga bulan pada masa tu.

Isteri setuju cuma padanya dia merasakan tidak adil tinggalkan saya berseorangan di KB dengan masalah makan minum dan bagai. Saya kata tak apa saya boleh urus sendiri, saya akan berulang alik ke sana dua minggu sekali. 

Maka dari situlah sehingga sekarang isteri di KL dan saya berulang alik setiap dua minggu sekali KB-KL

Anak lebam, kemaluan ada kesan terkoyak
MUHAMMAD AFHAM RAMLI - 15 MAC 2017
Kes dera Grafik Sinar Online

PETALING JAYA - Kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia dipercayai kerana didera di rumah pengasuh di sebuah apartmen di Seksyen 51A, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sebelum itu, ibu mangsa telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh pada jam 1 petang.

Namun kira-kira jam 2 petang, pengasuh telah menghantar pesanan melalui WhatsApp menyatakan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak sihat dan muntah-muntah selain badannya yang lemah.

"Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang kemudian datang ke rumah pengasuh terbabit kira-kira jam 4 petang dan dapati anaknya itu tidak sedarkan diri.

"Mangsa terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).  Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.40 petang," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa.

Malah, bahagian kemaluan kanak-kanak terbabit juga cedera seperti kesan terkoyak.

Tambahnya, susulan itu, polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita malam tadi di Petaling Jaya. Siasatan akan diteruskan dan perkembangan akan dimaklumkan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Monday, March 6, 2017

Kasihnya ibu hingga ke hujung nyawa

SUNDAY, 5 MARCH 2017

Parah Selepas Kemalangan. Ibu MERANGKAK Menyusu Bayinya Yang LAPAR Sebelum Hembus NAFAS TERAKHIR !!!

sumber screenshot dari sini

Thursday, January 26, 2017

Bapa jadi setan: Keluarkan Hati dan Jantung anak sendiri untuk dimakan - 7 gambar

(TrendinG) Keluarkan Hati dan Jantung utk dimakan, 7 Gambar Bapa Kerat dan Makan Organ Bayi Sendiri

"Dia keluarkan hati dan jantung utk dimakan..tempurung kepala bayi dia pecahkan, otak pun dia mkn..betul-betul ngeri.."

7 Gambar : Bapa Kerat & Makan Organ Bayi Sendiri
Seorang lelaki Russia di kampung Zabaikalsk yang telah dipengaruhi oleh dadah, membunuh bayi perempuannya dengan sangat kejam dan tragis.

Lebih memilukan lelaki apabila berusia 31 itu turut mengeluarkan hati dan jantung anaknya kemudian memakannya,tidak sampai disitu,lelaki berkenan juga turut memecahkan tempurung kepala mangsa dan memakan otaknya.
 
 
Dikutip dari Mirror lelaki itu ketika kejadian  berada dalam halusinasi melampau akibat dadah,halusinasi berkenan membuatkan suspek berada di dalam neraka yang kemudiannya cuba untuk menyelamatkan anak dan isterinya.

Walau bagaimanapun,suspek telah membelah dada anaknya dan mengeluarkan hati serta memakannya mentah mentah.

Manakala ibu mangsa yang berusia 21 tahun berada dalam jagaan hospital karena terlalu terkecut selain hanya mampu melihat bayi yang baru beberapa hari saja dilahirkan itu di bunuh dan dimakan oleh suaminya sendiri.

Akibat dari perbuatannya itu,suspek diletakkan dalam jagaan pihak polis yang mungkin akan mendapat hukuman beberapa tahun dalam penjara.
 
 
sumber

Wednesday, January 25, 2017

Kisah Ronaldo dan Haidar Mustafa anak yatim piatu mangsa serangan ISIS

Ronaldo Berharap Anak Yatim Piatu Mangsa Serangan ISIS Jadi Warga England
Bukhari Malek
January 25, 2017 - 4:26 PM
Bintang bola sepak terkenal dari pasukan Real Madrid, Cristiano Ronaldo tampil beri sokongan dan berharap Haidar Mustafa tinggal di London dan menjadi sebahagian dari warganegara itu.

Haidar Mustafar merupakan anak yatim piatu yang kehilangan kedua ibubapanya dalam serangan ISIS di Beirut, Lebanon, pada akhir 2015. Selepas mendapat berita keluarganya terlibat dalam serangan ISIS, Mohammad yang merupakan bapa saudaranya mengambil keputusan untuk membawa Haidar tinggal bersama-samanya di London.
Kini, Haidar berada di London bersama-sama keluarga bapa saudaranya dan berita ini telah sampai ke pengetahuan Ronaldo. Ronaldo dengan rasa gembira telah menjemput Haidar Mustafar datang ke Madrid untuk menemuinya.

Dalam kesempatan ini, Cristiano Ronaldo menggunakan peluang untuk beramah mesra dan memberi sokongan buat Haidar. Perkara ini membuatkan bapa saudaranya (Mohammad) rasa sungguh terharu memandangkan Haidar sangat meminati Ronaldo, ‘ini mungkin detik gembira buat Haidar setelah kehilangan keluarganya,’ ujar Mohammad.
HAIDAR TERSELAMAT WALAUPUN MUKANYA MENGALAMI KECEDERAAN

Atara ucapan yang diberikan oleh Cristiano Ronaldo ketika menemui Haidar:

“Saya sangat gembira melihat awak tidak apa-apa dan saya mahu mendoakan yang terbaik untuk awak walau di mana awak berada selepas ini”

“Kejar mimpi awak, berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikannya kenyataan”

Selain itu, Haidar turut mendapat hadiah istimewa berupa Jersi pasukan Real Madrid yang ditulis namanya yang tertera dengan no 7, iaitu nombor yang sudah sinonim disignifikan dengan Cristiano Ronaldo. Haidar juga berpeluang melihat piala-piala kemenangan yang diperoleh dari pasukan Real Madrid dan beramah mesra dengan ahli pasukan yang lain.

Cristiano Ronaldo juga berharap Haidar dapat tinggal bersama bapa saudaranya di London dan menjadi sebahagian daripada warganegara England. Beliau yakin barisan pemerintahan akan memberikan keputusan yang adil.

Lihat video pertemuan Ronaldo dan Haidar di bawah: