Thursday, March 16, 2017

Itulah sebabnya saya minta isteri menjaga cucu

* Bila cucu ketiga kami lahir, selepas berpantang di Kota Bharu anak saya mesti balik ke KL kerana cuti bersalin selama tiga bulan telah habis. Jadi anak saya katanya nak hantar ke rumah pengasuh. Mulalaj saya tak sedap hati sebab banyak sangat cerita insiden yang memilukan terjadi di rumah asuhan.

Isteri sayapun dah pencen awal, jadi saya minta dia menjaga dua orang cucu di KL. Yang sulong lelaki berumur tiga tahun dan siadiknya pula baru tiga bulan pada masa tu.

Isteri setuju cuma padanya dia merasakan tidak adil tinggalkan saya berseorangan di KB dengan masalah makan minum dan bagai. Saya kata tak apa saya boleh urus sendiri, saya akan berulang alik ke sana dua minggu sekali. 

Maka dari situlah sehingga sekarang isteri di KL dan saya berulang alik setiap dua minggu sekali KB-KL

Anak lebam, kemaluan ada kesan terkoyak
MUHAMMAD AFHAM RAMLI - 15 MAC 2017
Kes dera Grafik Sinar Online

PETALING JAYA - Kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia dipercayai kerana didera di rumah pengasuh di sebuah apartmen di Seksyen 51A, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sebelum itu, ibu mangsa telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh pada jam 1 petang.

Namun kira-kira jam 2 petang, pengasuh telah menghantar pesanan melalui WhatsApp menyatakan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak sihat dan muntah-muntah selain badannya yang lemah.

"Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang kemudian datang ke rumah pengasuh terbabit kira-kira jam 4 petang dan dapati anaknya itu tidak sedarkan diri.

"Mangsa terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).  Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.40 petang," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa.

Malah, bahagian kemaluan kanak-kanak terbabit juga cedera seperti kesan terkoyak.

Tambahnya, susulan itu, polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita malam tadi di Petaling Jaya. Siasatan akan diteruskan dan perkembangan akan dimaklumkan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

2 comments:

  1. aduhai tuan ngilunya...sya pun ada 3 cucu...dua dari anak yg sulung dan seorang dari anak yg ke dua msg2 skrg berusia9 tahun..6 tahun dan 2 tahun...kerana cerita2 ngeri begini lah sya menjaga mereka sendiri dgn syarat jika ingin kemana2 sya akan bawa mereka bersama x kira lah selama mana mana...jadi sya menjaga mereka sejak saya bersara awal..jika pergi agak lama spt mengerjakan umrah..atau keluar negara baru mereka hantar ke rumah tumpangan...wlupun sya selalu di perli kwn2 dan ustaz .."hai dh pencen kena jaga cucu pulak"....tapi hati sya bahagia ..dan tidak runsing....dan sementara sya masih mampu menjaga mereka...dan pada sya menjaga cucu2 ni juga satu hiburan...bermain2 dgn mereka juga merupakan satu "therapy"..
    Hujung minggu juga sya masih boleh bersosial...menghadiri kenduri kawin dan ber reunion dgn kwn2 sekolah..kolej....sebagainya....
    Kwn2 tolong jgn kecam sya kerana menjaga cucu...ustaz juga...sya redho...bila berlaku begini...semuga Allah jauhkan perkara2 begini..sian anak2...syaitan sungguh maanusia dewasa yg melakukankannya...

    ReplyDelete
  2. Anon 11:21 AM

    Sebenarnya kami ada 4 cucu. 2 dari yang sulong dan 2 dari anak kedua - kedua-dua anak kami perempuan. Yang dijaga ni cucu dari yang sulong sebab dia berkerja tetapi anak kedua kami pula sdah berenti kerja. Jadi kami tak perlu risau pada yang kedua. Dia jaga sendiri anak-anak dia.

    Yang dari anak sulong noi pulak siabangnya dah lima tahun dah pandai urus sendiri mandi dan pakai. minum dia pun kekadang masa dia rajin dia buat sendiri tak perlukan Opah sediakan. Siadik pula baru setahun dua bulan. Juga tak merenyahkan. cuma layan susu dan pakai jer.

    ReplyDelete