Monday, June 5, 2017

Hisy......bomoh ni memang cari nahas!

Mangsa dera UPNM ada ‘laptop’ sendiri, ibu sanggah bomoh
Sunday June 4, 2017
3:24 PM GMT+8
Jenazah Zulfarhan Osman dibawa dari Hospital Serdang untuk dikebumikan di Kebun Teh, Johor Baru. — Foto ihsan Facebook/Info Roadblock JPJ Polis

JOHOR BARU, 4 Jun — Ibu pegawai kadet laut yang maut didera kelmarin yakin anaknya bukan pencuri komputer riba seperti yang didakwa seorang bomoh.

Hawa Othman, 54, terkejut alasan itu menjadi punca Zulfarhan Osman Zulkarnain didera, sedangkan anaknya juga memiliki gajet itu sendiri, lapor Sinar Harian.

Malah katanya sebelum ini anak sulungnya turut kehilangan beberapa barang termasuk telefon bimbit dan tablet, lapor akhbar itu lagi.

“Guru dan rakan sekolah pun tak percaya dia dituduh mencuri, saya yakin dia tidak bersalah dan berharap siasatan menyeluruh dijalankan agar namanya dibersihkan,” katanya.

Zulfahran, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang 10 malam Khamis lalu dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai ditekap seterika wap.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang penuntut memberitahu keluarga mangsa bahawa Zulfarhan dipukul beramai-ramai selepas mendakwa seorang bomoh memetik namanya sebagai dalang kes curi.

Seramai 36 pelajar direman bagi membantu siasatan kes kematian pegawai kadet laut tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu.

“Reda tapi tak dapat terima cara pemergiannya.

“Saya pun sudah belikan dia kuih siput sebab itu antara kudapan kegemarannya tapi tak sangka kami bawa pulang jenazahnya,” kata Hawa lagi.

Katanya baju raya telah dibelli untuk menyambut Aidilfitri nanti tetapi terkilan Zulfarhan tidak sempat melihatnya. - sumber

3 comments:

  1. Pembunuh mesti ke tali gantung sebagai teladan. - TQ Raden Galoh

    ReplyDelete
  2. Kesemua yang terlibat harus disisih dari UPNM, yang membunuh harus dihukum tidak mengira ibu bapanya juga pegawai tentera.
    UPNM tidak harus menyimpan pelajar yang tidak berkualiti dan jahat jika mahu setanding dengan universiti lain.
    Kejadian pembunuhan pelajar di UPNM harus dijadikan pembuka mata dan ia mencerminkan kepincangan dalam pentadbiran sesebuah institusi pelajaran.

    ReplyDelete
  3. Entah-entah ramai dari kalangan menteri kita lelaki mahupun wanita, semasa menuntut dulu adalah kaki buli. Kita boleh nilaikan mereka itu dari tata kelakuan yang dipamerkan. Ada yang menyingsing lengan, menunjukkan isyarat lucah dan macam-macam gelagat lagi.

    ReplyDelete