Thursday, June 1, 2017

Ganti setan di bulan Ramadhankah?

Di bulan Ramadhan Syaitan dan Iblis dirantai

* YDP PAS Gombak lagi.......

Cukup bagus dan elok benar PAS kumpulkan manusia-manusia yang berotak begini di dalam partinya yang sekarang telah berubah arah dan haluan.

Kalau tuduhannya tak masuk dek akal, maka penuduhnya pula tidak berakal!

DAP cabar Salehhuddin tunjuk bukti atau mohon maaf
WARTAWAN SINAR HARIAN 1 JUN 2017
Shukri (tengah) bersama peguam, Farhan Haziq Mohamed (kanan), Setiausaha DAP Cawangan Taman Maya, Lim Yi Wei selepas membuat laporan polis, semalam.

PETALING JAYA - DAP mencabar Yang Dipertua Pas Gombak, Salehhuddin Nasir untuk mengemukakan bukti kukuh mengenai penganjuran parti arak dan onani seperti mana kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook  miliknya baru-baru ini.

Setiausaha Organisasi Dapsy Subang, Shukri Mokhtar berkata, pemimpin Pas itu diberikan tempoh masa selama 48 jam untuk mengemukakan bukti atau membuat permohonan secara terbuka sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Hari ini kami membuat satu laporan  polis terhadap kenyataannya yang kami anggap amat keterlaluan. Kami kecewa dengan keadaan yang berlaku kerana Ramadan bermula dengan perbuatan fitnah.

“Sepatutnya di bulan penuh mulia ini beliau mengambil pendekatan untuk melakukan perkara yang lebih membawa kepada kebaikan,” katanya pada sidang media, semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahlinya terutama pimpinan supaya mengawasi setiap tulisan mereka di laman sosial.

Menurutnya, ia sejajar dengan budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan parti itu.

Pada masa sama,  Shukri melihat tindakan Salehhuddin seolah-olah sedang mengapi-apilan perpaduan antara orang Islam dengan bukan Islam.

“Perkara seperti ini adalah sesuatu yang tidak matang malah tidak membawa kesejahteraan kepada negara.

“DAP sering menjadi mangsa fitnah, dan disebabkan itu beliau perlu mengemukakan bukti atau permohonan maaf,” ujarnya.

* Satu lagi sifat setan (dengki/dendam kesumat?): PAS ‘meluat’ tengok pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam

6 comments:

  1. beberapa tahun dulu dlm Ramadhan juga , hassan ali pas fitnah Teresa kok haling azan subuh di masjid.

    kenapalah puak lobai ni suka fitnah bulan puasa. bulan muharam takleh fitnah?.. haram betul la

    ReplyDelete
  2. Hustat dajal besepah dlm parti lebai sarkas

    ReplyDelete
  3. Usung tin milo pula bayar duit loyer.
    Jangan PAS tak ngaku ahli pulak.
    Hari tu kat Penang, Hafiz Norden pun dah ada yg kata bukan ahli PAS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg mana pakai tin milo tak standard n dah lapuk. Skrg guna tabung model Q7 bmw alphad siap remote takyah susah2 nak bejalan. Tekan aje geraklqh sendiri. Speker dipasang dgn ucapan saham akhirat2 murah lejeki222. Kena ikut perubahan semasa barulah walak. Dulu makan nasi bunkus skrg mkn kat hotel. Barulah org tabik kat parti kita kan22. Ada yg pandai makeup sekrg sbb dah ada pun yg jual kosmetik. Ikut trend tau wahai muslimah. Bole buat kusus make over ni.

      Delete
  4. Member lebai malang hj hassan omaq tu...

    ReplyDelete
  5. Agamawan akhor zaman. Bola pakai seban songkok haji cakap 2 patah arab trus iktiraf lobai ulamak ustaz. Tqpu prangai busuk hati penuh dengki mengubakqn agama swenang2. Yg herannya pekara2 bathil depan mata tutup mata pulak atau join tgk sekali kot. ABPH DAH MCM HOLYWOOD takdqlah nak demo ke nasihat ke. Hancus manusia mcm ni. Gelar org ikut suka jatuh hukum ikut suka. Yg gelaknya masa anti umno n dlm pakatan rakyat mereka inilah yg juga duk hentam umno dgn pelbgai cacian dan gelaran. Walaun pulak sama2 naik hentam ya. Jahanam dajjal2 laknat betopeng agama ni.

    ReplyDelete