Thursday, June 1, 2017

Tak malukah bagi seorang yang digelarkan Ulama?

WEDNESDAY, MAY 31, 2017
Mokhtar Senik Kantoi lagi...
Nama Mokhtar Senik kembali viral di laman media sosial apabila kali ini telah memuat naik status di fesbuknya sebuah hadis yang mengandungi beberapa kesilapan ejaan yang menjurus membawa maksud yang lain dan menjadikan hadis tersebut jadi bercelaru!

Sebelum ini, Mokhtar Senik pernah dihebohkan kerana dikaitkan 'sembang lucah' dengan seorang janda muda bernama Nursyakiqah Shaari. Namun beliau tidak berani mengambil tindakan undang-undang walaupun individu yang mendedahkan perkara tersebut telah mencabarnya secara terbuka supaya melakukannya.

Mengenai hadis yang celaru itu, Ustaz Ridzwan Abu Bakar berasa sangat kesal dengan kesilapan tersebut kerana dilakukan oleh seorang yang digelar ulama oleh kalangannya.

"Ustaz Mokhtar Senik bukan calang-calang ulama! Beliau adalah Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Pahang dan merupakan Ahli Jawatankuasa Ulama Pas Pusat.

"Bayangkan kalau satu 'matan' hadith yang ditulis, dapat dikesan secara mudah sebanyak 7 kesalahan ejaan. Bayangkan, betulkah kefahaman mereka ketika membaca kitab ? Bayangkan, betulkah syarahan mereka kepada matan yang mereka baca? Bayangkan, bagaimana mereka 'membina' hukum atas 'salah baca' dan 'salah faham' itu? " Tanya Ust Ridwan melalui fesbuknya.

Berikut pula adalah komen seorang netizen :

Ustaz Mokhtar Senik 'ex-Jamaah al-Maunah' merangkap Ketua Dewan Ulama Pas Pahang melenting apabila ditegur Ustaz Ridzwan Abu Bakar daripada Parti Amanah Negara (Amanah) tentang 7 kesalahan berturut-turut tatabahasa bahasa arab dalam matan hadis yang dikongsi beliau dalam laman sesawang Facebook miliknya.


Ustaz Mokhtar Senik mengkritik balas teguran tersebut dengan mengatakan bahawa fasih berbahasa arab tidak menjamin apa-apa jika menolak Islam sebagai panduan serta perjuangan.

Bermakna, dapat kita fahami dari status beliau adalah bahawa Ustaz Mokhtar Senik sendiri secara tidak langsung seakan-akan mengakui kesilapannya dalam menulis status 'Facebook' bertujuan nak menghentam Parti Amanah Negara.

Tetapi akibat otaknya kalut sangat nak menghentam pihak lain, akhirnya terkena pula batang hidung diri sendiri sehingga di tegur ramai barisan ustaz baik 'Amanah' atau lain-lain pihak, kerana matan hadis yang ditulisnya itu, terdapat kesalahan "major' dalam bahasa arab yang mengubah makna asal hadis tersebut.

 Namun, disembunyikan perasaan malu mengaku itu dengan taktik menengking balas agar dapat dilihat tidak goyah oleh para pentaksub mayanya dan dapat pula menarik perhatian mereka ke isu lain berbanding tumpuan ke atas kelemahannya berbahasa arab atau menguasai ilmu tatabahasa arab lainnya.

Dalam Islam, perlakuan sebegini modelnya amat bertepatan dengan ta'rif sombong itu sendiri iaitu, menolak kebenaran dan tetap mempertahankan kesalahan dengan cara menghinakan orang lain.

Persoalannya bagaimana di angkat beliau ini sebagai ketua alim ulama dalam Pas, berfatwa itu ini haram dan sebagainya sedangkan beliau sendiri 'dhoif' dalam 'basic' asas ilmu 'lughoh' dan kecelaruan 'matan' hadis ?

Rosak agama jika yang memberi fatwa terdiri di kalangan mereka yang jahil namun berlagak alim. (Penulis tak dapat tag Ustaz Mokhtar Senik kerana pernah di 'block'nya dahulu kala, siapa yang mampu tag silakan tag, mudah-mudahan dia meletakkan jawatannya dan menyerahkan kepada individu lain dalam Pas yang lebih layak dan bermoral) ~ Mohamad Farid Mohd Noor

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:44 pm 

4 comments:

  1. Natang ni pun walaun angkat sebagai ulamak..
    Kes bawa lari anak dara org,kes tunjuk kote dlm fb..mcm2 kelaku lebai sarkas

    ReplyDelete
  2. Manusia manusia seperti inilah yang membawa kerosakan imej Islam. Bagaimana PAS tidak prihatin terhadap ahlak dan latarbelakang sesorang yang dijulangnya sebagai pemimpin? Adakah orang dalam PAS ini bodoh atau kurang analisa? Tidak ada tindakan dari PAS terhadap Mokhtar Senik apabila gambar kemaluannya ditunjuk dalam laman sosial. Sesi sembang lucah dengan seseorang yg memerangkapnya. Beliau gagal dalam ujian ini.. Memalukan dan mencemar imej agama.

    ReplyDelete
  3. Pas mmg memang memerlukan org2 macam nilah utk terus behujah baginpihak mereka. Sikit2 ulamak sikit2 ustaz. Sapa ug bagi itle dan apa kriterianya. Sama2 ada kemaluan so nak cakap apa. Inilah yg ada dlm pas skrg. Golongan ini nafsunya lebih hebat tau disebalik jubah n serban 4kilo. Yang jadi mangsa ialah ulamak2 yg bena2 jujur n warak pun kena tempias atas sikap mereka ni yg melacurkan agama. MAJLIS FATWA TAKKAN TAKNAK BERI KOMEN KE PEKARA2 MACAM NI. TAKKAN JADI OIC JUGA. INILAH MASANYA TEGURAN PERLU DIBERIKAN DGN IKHLAS TTG BYK ISU SPT KAPIR HARBI ETC. BUKAN ISLAM SEMAKIN KELIRU DGN ORG2 ISĹAM NI. BANGUNLAH DARI KERUSI EMPUK DEMI KEBENARAN ISLAM WAHAI MUFTI2 DAN ULAMAK2 SECARA JUJURNYA.

    ReplyDelete
  4. Majlis fatwa pon sokong umno. Bilo sokong umno mestilah sokong pas juga. Pas kan kawan baru umno. Hadi dah kata jaga lembu umno lebih mudah drp jaga babi dap. Hashim murshitul pula kata pas mgkn tak lawan umno dlm pru. Huhu. Depa dah pakat dgn umno dlm gelap. Huhu

    ReplyDelete