Tuesday, June 13, 2017

Duta Malaysia di Chile dirompak, keluarga diugut

Duta Malaysia di Chile dirompak, keluarga diugut bunuh dan dikerat telinga - Laporan
Khairunnisa Kasnoon, Astro Awani |  Diterbitkan pada Jun 13, 2017 10:21 MYT
Menurut Portal Biobiochile.cl lima individu dipercayai warga tempatan memasuki rumah berkenaan dan mengikat tangan mangsa, isteri serta lima anak duta terbabit. - Foto portal Biobiochile.cl

KUALA LUMPUR: Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr. Mohamad Rameez Yahaya dilaporkan mengalami kerugian selepas dilaporkan dirompak sekumpulan lima penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Las Flores Avenue, Las Condes, Chile.

Kejadian berlaku pada jam 11.15 malam Ahad waktu tempatan (11.15 pagi Isnin waktu Malaysia).

Menurut portal Biobiochile.cl  yang berbahasa Sepanyol lima individu dipercayai warga tempatan memasuki rumah berkenaan dan mengikat tangan mangsa, isteri serta lima anak mereka.

"Mereka memukul kepala dan ikat tangan saya. Mereka juga mengugut untuk memotong telinga isteri saya, " ujar Dr. Mohamad Rameez dalam sidang media, beberapa jam selepas insiden.

"Mereka juga mengambil kesemua barang kemas anak-anak saya dan meminta sejumlah wang. Jika enggan, mereka akan membunuh anak saya," tambahnya lagi.

Perompak tersebut turut mengambil barang kemas milik isterinya.

Beliau juga memberitahu, keluarganya mengalami trauma namun bersyukur semuanya dalam keadaan selamat.

Sementara itu pihak berkuasa Chile menjalankan siasatan termasuk mengambil kesan cap jari serta memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan.

Dr. Mohamad Rameez pada masa sama meminta tahap keselamatan di Chile dipertingkat.

Pihak Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan dari Wisma Putra berhubung insiden terbabit.

2 comments:

  1. Malaysia masih aman untuk orang UMNO boleh mengamuk di bazar ramadan kat Kluang, sebagai contoh. Kalau mereka buat kelaku macam tu di Chile, sudah bersepai muka diorang tu.

    ReplyDelete
  2. Di faham kan bahawa Rosmah akan menganti kan kesemua barang kemas yang telah di rompak. Duit pula akan di ganti oleh Najib. Bergembira lah kerana Malaysia mempunyi pemimpin dan isteri yang prihatin

    ReplyDelete