Thursday, March 9, 2017

Apa nak jadi masyarakat kita: Anak tergamak rogol ibu kandung

Anak kandung rogol ibu sendiri
Nazialita Geynna MaharanAstro Awani |  Mac 09, 2017 17:42 MYT
Anak kandung rogol ibu sendiri
Wanita berusia 48 tahun itu memberitahu anaknya iaitu suspek dipercayai menggunakan kekerasan untuk melakukan perlakuan rogol tersebut. - Gambar fail
TAIPING: Seorang lelaki tergamak merogol ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Kamunting, pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata pihaknya menerima aduan kes sumbang mahram tersebut daripada janda anak lima itu iaitu ibu suspek sebelum melaksanakan siasatan lanjut.

"Wanita berusia 48 tahun itu memberitahu anaknya iaitu suspek dipercayai menggunakan kekerasan untuk melakukan perlakuan rogol tersebut.

"Berikutan itu, pihak kami telah menahan suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai buruh di kilang tayar," katanya.

Kata beliau, hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan akan direman di bawah Seksyen 117  bermula hari ini ( Khamis) sehingga 15 March depan.

Harrith berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 376 B Kanun Keseksaan.

"Suspek boleh dipenjara tidak kurang daripada enam tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta menerima hukuman sebatan jika sabit kesalahan,"ujarnya

1 comment:

  1. kanun qonun dari bahasa Arab bahasa Al Quran
    tapi hukumnya tidak pulak

    ReplyDelete