Saturday, March 18, 2017

Kit Siang sakit jiwa pulak dah! - komen pembaca sekali

Pas anggap Kit Siang sakit jiwa dan fikiran?
17 Mac 2017 | ARIF ATAN
Lim Kit Siang

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Amzad Hashim tampil mengecam Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan menganggap parti berlogokan roket itu semakin tertekan serta tidak tentu arah.

"Terbaru digesanya akar umbi Pas supaya menolak Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ternyata Kit Siang mengalami sakit jiwa dan fikiran," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Kit Siang paling tersepit menghadapi banyak persimpangan di hadapan langkah diatur yang akan menjerumus dan memperosoknya.

"Sama ada tersembam menyembah realiti atau kehilangan pegangan sedang dimiliki," ujarnya.

Menurutnya, semua angkara kelakuan politik DAP yang gopoh, ego dan rakus seperti senjata makan tuan apabila akibatnya menimpa kembali parti itu.

"Durjana paling besar DAP kerana menyinggung hal ehwal berkaitan Islam dengan semarak keangkuhan dan memperalatkan segelintir pemimpin Islam yang diperkudakan tawaran keduniaan.

"Juga sikap memaksa pihak lain tunduk kepada kehendak mereka," dakwanya.

Amzad juga menganggap kononnya DAP 'mengidam' jawatan Timbalan Perdana Menteri selain isu kleptokrasi yang berkaitan skandal mega 1MDB gagal mendapat sambutan rakyat.

"Cemasnya ketara saat umum dilihat menolak hasrat DAP yang mengidam kedudukan nombor dua negara.

"Kit Siang resah momokan kreptokrasinya tidak dimamah rakyat Malaysia," bidasnya.

Lebih sengsara, jelasnya, melihat kejayaan besar penganjuran Himpunan Menyokong RUU Pindaan Akta 355 (H355) di Padang Merbok yang sebenarnya merakam kedudukan penerimaan masyarakat terhadap Pas.

Turut mengaitkan Amanah yang hanya disebut Pan, Amzad menganggap Amanah  yang 'dikhadamkan' DAP semakin 'kartun serta gempita sahaja lebih.'

"Merasa Pas boleh 'dibeli' ketika itu melalui boneka-boneka tajaannya, ternyata meleset dan mereka itu ditunjuk jalan keluar.

"Walaupun menubuhkan PAN, sekali gus meminggir dan usaha mematikan Pas, tetapi perkembangan menunjukkan sebaliknya," kata beliau.

Bahkan, Amzad mendakwa Pas semakin diterima dengan keahlian semakin bertambah manakala DAP pula kehilangan pimpinan dan ahli.

"Tiba-tiba Tun Mahathir yang mahu ditunggangnya pula menjadi semakin mencengkam.

"Maka terkulailah segala cita-cita DAP yang sedang menyesak dan meningkatkan lagi porak peranda di dalam parti itu serta gabungan mereka," ujarnya.

Tambah Amzad lagi, hakikatnya DAP sekadar cuba memujuk diri setelah gagal memaksa Pas untuk bersama dan akur dengan nafsu mereka.

Komen pembaca malaysiadateline:




MENGAPA PARTI 2H TERLALU ANTI DAP; TIDAK PADA MCA DAN PRO UMNO ??
Nasharrawy Rawaan
Dap tak pernah saman hudud di mahkamah tinggi . Sebaliknya Mca pernah saman hudud di mahkamah tinggi dan mengapa Parti 2H ( Hadi Hashim ) diam seribu bahasa ?? Ketua Parti Assobiyyah Jahilyyah Keris Telanjang pada 29 SEPT 2011 , berkata ,
." Hudud cannot b implemented " in Malaysia ! Mengapa parti 2H bisa sokongnya jangan letak jawatan PM dan bersubahah ?? yang juga penguasa yang zalim dan partinya parti assobiyyah ?? Mengapa bisa senggama dengan Keris Telanajng?
.Dulu Presiden Part 2H bilang ; bahawa realitas politik Malaysia ; Dap tak bisa perintah Malaysia kerna kerusi parlimen di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang majoriti bukan Islam cuma ada 86 kerusi sahaja . Bagaimana nak perintah Malaysia " simple majority " 112 pun tak bisa perolehi ?? . Sekarang orang yang sama ; selaku Presiden Parti 2H main isu perkauman dan putak alam shah kata : Jika Keris Telanjang kalah dalam PRU 14 nanti ; Dap akan perintah Malaysia ?
Kenapa ? Parti 2H sudah menjadi rasis ,perkauman ( " kaummiyah " ) lebih daripada Keris Telanjang dan Perkasam lagi ?? kuburkan perjuangan " Menentang fahaman . akidah assobiyyah jahiliyyah demi senggama dengan keris telanjang dengan ajaran " Melayu Islam " ( Nasionalisma Islam ). Kerna apa ? yang bukan daripada ajaran Nabi yang mengajar " Islam Rahmatan lil'alamin " tiada " Melayu Islam " , Turki Islam ( Kerajaan Osmaniyyah Turki ) atau Arab Islam ?? Kecuali " Islam Islam " yang " sudah " complete " .
Dan tiada " Nasionalisma Islam " ( Melayu Islam " ) . " Demokrasi Islam " ." Socialist Islam " atau ' Kapitalis Islam dan sebagainya . Kerna apa ? Islam itu sudah cukup cantik dan sempurna ; lengkap dan syummul . Yakni , " Innaddi na indal lahi Islam " tak bisa dipercantikan dengan" demokrasi Islam umpamnya maupun " Melayu Islam " ajaran Keris Telanjang dan Parti 2H ?? mengkuburi perjuangan penentangan assobiyyah dan Parti 2H menjadi lebih rasis menjaja rasis terhadap Dap ; gunapakai modal lama Keris Telanjang yang tak bisa hidup tanpa rasis ?? Kerna apa ?
Sedangkan Dap bukannya bernaunsakan perkauman seperti Keris Telanjang dan Mca??Kerna apa ? Ada tokoh-tokoh Islam seperti Prof. Abdul Aziz Bari , Sasterawan Negara A. Samad Said , Zairil Khir Johari , Mejar ( B ) Zaidi , Diana dan ramai lagi dalam Dap ?? Mengapa Parti 2H bisa jadi rasis semata-mata kerna sudah bisa jadi Pro Keris Telanjang dan " comfort Zone " politik . matang dan selesa kena main dengan keris telanjang yang begitu pintar dan licik politiknya memperbodohkan Parti 2H dan pengikutnya kena tipu ?? .
Kerna apa ? Sudah ada sekarang " FIKH SIASAH " Parti 2H !! : membenarkan sokong penguasa dan parti yang zalim ; tiada benarkan ketuanya letak jawatan PM dan senggama; bersubahah dan ' BERSEKONGKOL " dengan kezaliman dan assobiyyah ?? Parti 2H sudah TUKAR HALUAN perjuangan suci murni Pas asal yang di tegakkan oleh Yusuf Rawa , Fadhil Noor dan Tok guru yang istiqamah dengan perjuangan Islamis . Kerna apa ? Menjadi rosak; " SPOIL " dan musnah hancur setelah ketiadaan Tok Guru dikhianati dan dibeloti oleh Parti 2H ( Hadi Hashim ) ?? Fikirkanklah . ... Nasharrawy Rawaan
Oleh: www.nasharrawy.blogspot.com...
www.Twitter.com/adnanrawa
http://www.agendadaily.com/.....
Orang gila selalunya tak mengaku dia gila. Oleh kerana dia rasa dia tidak gila, dia sangka semua orang lain gila. Itu sebab dia kata dap gila, amanah gila, ppbm gila dan semua lain yg x sebulu dgnnya dia kata gila jugak. Dulu dia kata umno betul2 gila. Tapi skrg si gila ni tgh gila nak berkawan dgn si gila sorang lagi tu. Kedua2nya skrg dah jadi pasangan yg sedondon gila. Aduh...gila betul dibuatnya.
Biarlah si gila ni terus gila!

No comments:

Post a Comment