Sunday, March 19, 2017

Siapalah Mahfuz di mata wala'un: Ini kata Mahfuz, tapi hadi sebaliknya!

Pas umpama lepaskan peluang keemasan
ATIRAH HASLI - 19 MAC 2017
Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berharap parti itu menimbang semula keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan.

Ini kerana menurutnya, dengan adanya Bersatu dalam gabungan itu, Pas umpama sedang melepaskan peluang keemasan untuk memposisikan kedudukannya dalam arena politik negara.

“Kini Bersatu sudah berjaya menarik sokongan ahli-ahli Umno untuk menyokong mereka. Sekiranya Pas berada dalam Pakatan (Harapan), Bersatu mampu mempengaruhi ahli-ahli Umno yang sudah ditarik sokongannya untuk menyokong Pas pula.

“Tetapi bila Pas tidak menyertai Pakatan Harapan, Pas telah melepaskan peluang untuk meraih undi sokongan daripada bekas ahli Umno,” katanya menerusi video pendek yang dikirimkan beliau kepada Sinar Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rundingan kerjasama dengan Bersatu sudah berakhir: Hadi]

Menurutnya lagi, ahli Umno yang masih berada dalam parti itu sukar untuk memberikan sokongan kepada Pas kerana mereka terlalu ‘hard core’ (terlalu setia) dengan Umno.

“Kecuali kalau mereka memilih untuk kerjasama dengan Umno, barulah mereka boleh berfungsi.

“Bagi saya, ini adalah peluang yang terbaik untuk Pas. Elakkan tertinggal atau terpinggir daripada membawa perubahan,” katanya lagi.

Pas sebelum ini menegaskan pendirian untuk tidak menyertai Pakatan Harapan.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ia kerana DAP dan Amanah berada dalam gabungan parti pembangkang itu.

Parti itu kemudiannya dikatakan akan membincangkan mengenai kerjasama dengan parti lain pada Muktamar Tahunan kali ke-63.

Dalam perkembangan terkini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan undingan kerjasama politik antara parti itu dan Bersatu berakhir sebaik sahaja parti yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan.

"Secara rasmi tiada kerjasama, kalau itulah rasminya Bersatu (menyertai Pakatan Harapan)," katanya pada sidang medianya selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.

2 comments:

  1. pas tak da pun tak apa
    pati lain lain mampu bersaing ngan amano bn
    lupakan pas

    ReplyDelete
  2. Mr presideng parti lebai bulan terperasan yang parti nya hebat dan digeruni orang.

    Dia tu jenis tak sedar diri, dah masuk kantong umno pun masih terasa mereka pejuang rakyat.

    Kalau pejuang rakyat, takkan bila ngundi asyik berkecuali saja!!!

    Cocok sungguh la dia sebagai contoh seorang lebai tak de pendirian!!!

    ReplyDelete