Tuesday, March 28, 2017

Sebelum ini kes sebegini berlaku di Terengganu, hari ini di Kuala Kangsar pula

Warga emas antara ditahan gara-gara pukul pencuri hingga mati di Kuala Kangsar
Mac 27, 2017 21:57 MYT
Warga emas antara ditahan gara-gara pukul pencuri hingga mati di Kuala Kangsar
Lelaki warga emas berusia 74 tahun itu direman lima hari mulai hari ini, manakala tiga lagi lelaki masing-masing berumur 19, 25 dan 28 direman tujuh hari. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang warga emas antara empat ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Kampung Kubang Panjang, Lubok Merbau dekat Kuala Kangsar awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ahmad Termizi Abd Haq berkata lelaki warga emas berusia 74 tahun itu direman lima hari mulai hari ini, manakala tiga lagi lelaki masing-masing berumur 19, 25 dan 28 direman tujuh hari.

Ahmad Termizi berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam bahawa mereka telah menangkap seorang pencuri yang sedang melakukan pecah rumah di tepi jalan kampung terbabit, kira-kira pukul 3.30 pagi.
"Setibanya anggota polis di lokasi kejadian, lelaki itu didapati tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek keras," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata suspek dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh akibat kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 5 petang.

Ahmad Termizi berkata siasatan mendapati si mati yang berumur 36 tahun telah mengambil beberapa barangan di dalam rumah terbabit melalui tingkap sebelum tindakannya itu disedari orang awam.

Menurutnya, si mati mempunyai empat rekod jenayah serta dadah, sememangnya dikehendaki polis.

Dalam pada itu, Ahmad Termizi menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak melampaui batas dan menyerahkan kepada polis jika menangkap suspek yang disyaki cuba melakukan perbuatan jenayah.

"Apabila dapat tangkap penjenayah, jangan sampai mencederakannya, sebaliknya serahkan kepada polis untuk tindakan. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat semua," katanya. - sumber

1 comment:

  1. Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    Menurutnya, si mati mempunyai empat rekod jenayah serta dadah, sememangnya dikehendaki polis.

    kalau ikut hukum dari Allah tak de nya bnayak rekod
    manusia memang kuat membantah suruhan Allah
    musibah pun mai betimpa timpa
    maseh tak sedar kediri lagi

    ReplyDelete